بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja p3c3qNota:1. Keajaiban Air Zam Zam.
“Sebaik-baiknya air di muka bumi ialah Air Zam Zam. Padanya ada makanan yang menyegarkan dan penawar bagi segala penyakit.” [HR. Ibnu Abbas Radhiallaahu ‘anhu].
Keajaiban air Zam Zam.
Dari
kajian yang telah dilakukan, ternyata air Zam Zam mengandung fluoride
yang memiliki daya efektif membunuh kuman dan membuat air Zam Zam
seolah-olah sudah mengandungi ubat.
Perbezaan air Zam Zam dengan air
lain di kota Mekah dan kota lain adalah dari segil kuantiti kalsium dan
garam magnesiumnya.
Kandungan kedua mineral itu lebih banyak pada air
Zam Zam yang menyebabkan air Zam Zam dapat memberi kesegaran bagi
jemaah yang kehausan. Hal ini dibuktikan oleh seorang doktor dari
Universiti Yokohama, Dr. Masaru Emoto.
Dr. Masaru Emoto yang mendapati
bahawa air Zam Zam memiliki daya penyembuhan yang luar biasa. Keajaiban
struktur air Zam Zam telah dibuktikan Dr. Masaru Emoto dalam suatu
penelitian yang dipaparkan dalam sebuah seminar di Malaysia.
Kesimpulannya adalah bahawa tidak ada kandungan air di dunia yang
menyamai kandungan air Zam Zam. Kehebatan lain adalah telaga air Zam Zam
tidak pernah ditumbuhi lumut, sedangkan di seluruh dunia telaga mana
pun selalu ditumbuhi lumut dan tumbuhan mikroorganisme yang lain.
Molekul Air Zam Zam Paling Cantik.
Menurut
kajian yang dilakukan, molekul air Zam Zam merupakan molekul air
paling cantik dan indah di antara air semua jenis air.
Dr. Emoto
menjelaskan bagaimana sebuah kata yang diucapkan dapat mempengaruhi
bentuk molekul air.
Tentu saja setiap doa yang terhembus dari setiap
jemaah haji selama ini menjadikan air Zam-Zam sebagai air terindah yang
akan terus menghapus dahaga setiap tamu Allah di Makkah.
Keistimewaan Air Zam Zam.
1. Meminum Air Zam Zam menjadi satu amalan ibadah, dengan niat mengikuti anjuran Rasulullah.
2. Diriwayatkan oleh Abdullah ibnu Abbas, Aku pernah menyiapkan air Zam Zam untuk Rasulullah,
kemudian beliau meminumnya sambil berdiri.
3. Makruh hukumnya apabila dipergunakan untuk mencuci najis atau dipakai untuk membersihkan hadas
besar.
4. Disunatkan membawa air Zam Zam pulang ke negera masing-masing bagi jemaah (penunai rukun Islam
ke lima) yang memang berasal dari luar Negara Arab,
dan Rasullulullah adalah orang pertama yang
membawanya keluar dari kota
Mekkah, iaitu ke Madinah.
5. Mata Airnya tidak pernah kering, meski pun berjuta-juta umat manusia meminumnya setiap hari terutama
pada musim Ibadah Haji, bahkan sekarang
dengan peralatan canggih, orang yang berada di Masjid
Nabawi (Madinah)
yang berjarak 450 Km dari Mekah boleh minum air Zam Zam setiap saat.
6. Pada waktu Rasululullah akan melakukan Sa’ie, beliau meminum air Zam Zam sampai kenyang,
kemudian menyiram kepalaNya dengan air Zam Zam.
7. Banyak orang menyiram dan membasahi kain (baju) ihram, kemudian direntang tanpa diperah agar kering
sendiri, dan akan dipakai sebagai
‘Kafan” ( pembungkus mayat) kalau meninggal nanti.
Keutamaan Air Zam Zam.
1. Air Syurga (maa’ul-Jannah): ertinya air yang penuh Berkat dan Manafaat.
2. Nikmat Allah S.W.T..: salah satunya nikmat Allah S.W.T.. bagi para Jemaah haji yang dapat merasakan
nikmatnya air ditengah-tengah padang pasir.
3. Pencuci hati: Air Pencuci hati Nabi Muhammad SAW, ketika Malaikat Jibril membasuh hati Muhammad
dengan Air Zam Zam.
4. Penuh Berkat : kerana Rasulullah SAW sering meminumnya dan tangannya yang penuh berkat
dicelupkannya ke telaga Zam Zam.
5. Mengenyangkan : Air yang mengenyangkan dan menghilangkan dahaga.
6. Ubat penyakit : Air penyembuh penyakit, baik penyakit zahir dan batin.
7. Abadi: Tidak akan kering hingga hari Kiamat, kerana ia menjadi bukti keAgungan dan keBenaran Allah
S.W.T..
Nota:2. Keajaiban Air Zam Zam.
Dr. Masaru Emoto dari Universiti Yokohama telah melakukan penyelidikan tentang molekul air. Gambar diambil dengan mikroskop elektron menggunakan kamera halaju tinggi. Lalu molekul air tersebut membentuk kristal berbentuk segi enam yang indah.Kemudiannya diulang dengan meyebut kata, "Arigato (terima kasih dalam bahasa Jepun)" lalu kristal yang terbentuk sangat indah. Lalu dicuba menghadapkan tulisan huruf Jepun, "Arigato". Kristal membentuk dengan keindahan yang sama. Selepas itu, ditunjukkan kata "setan", kristal berubah menjadi bentuk buruk.
Didengarkan pula molekul air itu dengan muzik Symphony Mozart, kristal muncul berbentuk bunga. Kemudian dengan musik heavy metal pula diperdengarkan, bentuk kristal tadi hancur.
Ketika 500 orang memusatkan pesanan "peace" di depan sebotol air, kristal air tadi mengembang bercabang-cabang dengan indahnya. Dan ketika dicuba dibacakan doa Islam, kristal bersegi enam dengan lima cabang daun muncul berkilauan. Subhanallah!
Semasa di suatu seminar yang rata-ratanya dihadiri oleh bukan Islam, Prof. Masaru Emoto menunjukkan beberapa molekul air yang buruk rupanya. Kemudian yang terakhir beliau menunjukkan molekul-molekul air yang begitu indah, berbentuk kristal yang bercabang-cabang dan berkilauan. Beliau kemudiannya bertanya kepada hadirin tentang molekul air tersebut. Hadirin senyap.
Dengan yakinnya seorang peserta seminar dari Malaysia bangun dan berkata "Itu molekul air Zam Zam, air yang paling mulia". Prof. Emoto menggangguk "Saya tidak pasti sama ada itu adalah air yang paling mulia atau tidak tetapi memang benar itu adalah molekul air Zam Zam".
Ternyata air boleh "mendengar" kata-kata, "membaca" tulisan, dan boleh "mengerti" pesanan. Lagi satu kehebatan air Zam Zam ini adalah ia sahaja didapati boleh merakam dengan tepat gelombang warna alam yang sering bertukar pada waktu-waktu yang tertentu.
Subhanallah!.
Disedut, diedit disusun dari Sumber Asal:
2).
3). Imeg Air Zam Zam.4). Lain-lain link membincangkan Air Zam Zam.
5). Air Zam Zam - Youtube.
Perhatian: Pemaparan
tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan
pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk
menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan
larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak
bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan
perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana
individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina.
BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
rck.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan