بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Munafik dan kafir laknatullah sebenarnya pemberontak dan pengganas.
"15 minit lagi saya sampai". Jadi tunggu punya tunggu sudah lebih 15 minit, dalam kereta depan warong tutup, seperti yang dicadangkan oleh "saya" itu tadi. Akhirnya bergeraklah hampir 3 kilometer menghala ke jalan utama supaya lebih dekat dari "saya" itu tadi. Oleh kerana dari tadi "saya" memberitahu "on the way". Telefon kali ke dua "saya" itu tadi sebagai memaklumkan pergerakan aku.
Singgahlah ke satu warong dan memesan teh O nipis. Tunggu lagi dekat hampir 45 minit, "saya" kata lagi "on the way". Telefon lagi "saya"., jawabnya "saya sudah ke situ tadi, tengok awak tak ada pun". Entahlah telefon bimbitnya tidak ada kredit agaknya.
Dalam perbualan tersebut, "saya" memberi tahu dia ada di rumah sekian-sekian yang berjarak hampir 5 kilometer. Oklah aku pun ke sana, tiba dilokasi yang disebutkan, "saya" tidak ada juga. Panggil dia lagi, "saya" kata dia ada di kedai makan. Maklumlah jam pun sudah 12 tengahari lebih.
Waktu yang diumpamakan kosong untuk aku tetapi tidak pada dia.
Bergeraklah aku menuju ke lokasi yang disebutkannya, dekat 2 kilometer jaraknya dari rumah sipolan itu tadi. Berjumpalah aku dengan "saya" hamba Allah S.W.T., itu tadi. Tanpa rasa sedikit pun rasa bersalah, aku langsung tidak harap "saya" melafazkan kata maaf. Erm tengok riak muka ketara tidak ada rasa bersalah langsung. Ialah orang harapkan bantuan dia.
Jam yang sepatutnya kita guna sama-sama kebenaran waktunya.
Selesai urusan aku pun "blah". Rupa-rupanya aku telah berhadapan dengan orang yang zalim dan segandingan dengan sikap kejam. Cumanya kerana aku perlukan bantuan "saya" yang berbayar, sebabnya "saya" ada kelebihan dalam perkara tersebut. Aku pun kena bersiap-siap sebelum jam 15.00 bergerak ke Johor Bahru. Bergerak ke Johor Bahru hari ini pun atas permintaan, yang ikhlas aku tunaikan kerana Allah S.W.T.. Sepatutnya esok sahaja aku ke sana.Alhamdulillah aku bahagia kerana Allah S.W.T., jadikan aku hamba-Nya yang sentiasa bersyukur dan terus mendalami maksud "Sabar itu separuh dari Iman". Amin Ya Rob.
Sumber gambar:
- warungflash.
- deyna83jam 5.
"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185]
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120]
KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< .
eaho™.
('_') Google Translate ('_') .
Baca Juga:
1214. Kemanakah Perginya Air Mandian Jenazah Rasulullah SAW?.
Baca Juga:
1214. Kemanakah Perginya Air Mandian Jenazah Rasulullah SAW?.
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263).
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69).
"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86).
Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. (Peceq Admin).
Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob.
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< .
eaho™.
('_') Google Translate ('_') .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan