Isnin, 27 Mei 2013

526. Makan dan Minum Yang Beradab.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Meja www.peceq.blogspot.com  

27 Pasal Makan dan Minum Yang Beradab.
Secara umumnya, umat Islam diperintahkan agar makan dan minum hanya dari apa-apa yang dihalalkan dan menjauhi segala bentuk makanan yang haram. Ini merupakan adab makan dan minum yang paling utama perlu difahami dan dipatuhi.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ كُلُوا مِمَّا فِي الْأَرْضِ حَلَالًا طَيِّبًا وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ

“Wahai manusia, makanlah makanan yang halal lagi baik dari apa-apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang jelas bagimu.” (Surah al-Baqarah, 2: 168)

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُلُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ وَاشْكُرُوا لِلَّهِ إِنْ كُنْتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ

“Wahai orang-orang yang beriman, makanlah dari rezeki yang baik-baik dari apa yang Kami kurniakan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar kepada-Nya kamu mengabdikan diri.” (Surah al-Baqarah, 2: 172)
Tetapi tidak hanya itu, bahkan ada lagi beberapa bentuk-bentuk adab makan dan minum yang harus dipelajari, difahami, dan diikuti sebagai seorang muslim yang sempurna keimanannya. Di antara adab-adab yang dimaksudkan tersebut adalah sebagai mana berikut

1. Makan dengan tangan kanan, Jangan makan seperti syaitan

Rasulullah Shallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

إِذَا أَكَلَ أَحَدُكُمْ فَلْيَأْكُلْ بِيَمِينِهِ، وَإِذَا شَرِبَ فَلْيَشْرَبْ بِيَمِينِهِ فَإِنَّ الشَّيْطَانَ يَأْكُلُ بِشِمَالِهِ، وَيَشْرَبُ بِشِمَالِهِ

“Jika seseorang di antara kamu makan, maka hendaklah dia makan dengan tangan kanannya. Jika minum, maka hendaklah minum dengan tangan kanannya, kerana syaitan makan dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan kirinya.” (Shahih Muslim, no. 2020. Bab: Adab Makan dan Minum serta Hukum-hakamnya) 

Dalam riwayat Ibnu Majah:

لِيَأْكُلْ أَحَدُكُمْ بِيَمِينِهِ وَلْيَشْرَبْ بِيَمِينِهِ وَلْيَأْخُذْ بِيَمِينِهِ وَلْيُعْطِ بِيَمِينِهِ فَإِنَّ الشَّيْطَانَ يَأْكُلُ بِشِمَالِهِ وَيَشْرَبُ بِشِمَالِهِ وَيُعْطِي بِشِمَالِهِ وَيَأْخُذُ بِشِمَالِهِ

“Makanlah kamu dengan tangan kanannya, minum dengan tangan kanannya, mengambil dengan tangan kanannya, dan memberi dengan tangan kanannya. Kerana sesungguhnya syaitan itu makan dengan tangan kirinya, minum dengan tangan kirinya, memberi dengan tangan kirinya, dan mengambil dengan tangan kirinya.” (Sunan Ibnu Majah, no. 3266. Dinilai sahih oleh al-Albani)

Dua hadis ini menunjukkan perintah agar apabila makan dan minum, hendaklah dengan tangan kanan. Ia juga menunjukkan larangan menyamai amalan atau cara syaitan laknatullah makan, di mana syaitan laknatullah apabila makan atau minum, maka mereka makan dan minum dengan tangan kiri.

Hukum menggunakan tangan kanan untuk menyuap makanan ke mulut itu hukumnya adalah wajib kerana asal bagi setiap perintah itu adalah menunjukkan hukum wajib melainkan ada dalil-dalil lain yang mengecualikannya. Atau jika ada udzur-udzur lain yang tidak dapat dielakkan seperti cedera teruk pada tangannya yang kanan, atau lumpuh, atau tidak memiliki tangan sama sekali.

Selain itu, hadis ini juga turut mengkhabarkan tentang sebahagian dari sifat-sifat syaitan laknatullah. Iaitu syaitan laknatullah itu memiliki tangan dan memiliki sifat makan, di mana apabila ia makan, maka ia makan dengan tangan kirinya. Kemudian, disunnahkan kepada kita agar menyelisihi perangai syaitan laknatullah tersebut.

2. Tidak Sombong Untuk Makan Dengan Tangan Kanan. 

Dalam Shahih Muslim disebutkan sebuah hadis:

أَنَّ رَجُلًا أَكَلَ عِنْدَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِشِمَالِهِ، فَقَالَ: كُلْ بِيَمِينِكَ، قَالَ: لَا أَسْتَطِيعُ، قَالَ: لَا اسْتَطَعْتَ، مَا مَنَعَهُ إِلَّا الْكِبْرُ، قَالَ: فَمَا رَفَعَهَا إِلَى فِيهِ

“Bahawasanya ada seorang lelaki makan dengan tangan kirinya di sisi Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Maka Rasulullah (SAW) pun bersabda: “Makanlah dengan tangan kanan engkau.” 

Lelaki itu pun berkata: “Aku tidak mampu.” Kata Rasulullah (SAW) lagi: “Kamu tidak mampu?” (Hakikatnya) tidaklah dia menolaknya melainkan kerana sombong. (kata perawi): Maka setelah itu, dia pun benar-benar tidak mampu menyuap makanan (dengan tangan kanannya) sampai ke mulutnya.” (Shahih Muslim, no. 2021. Bab: Adab Makan dan Minum serta Hukum-hakamnya)

3. Rasulullah mengajarkan adab makan buat anak kecil.

Daripada ‘Umar B. Abi Salamah, beliau berkata, “Ketika aku masih kecil berada di bawah jagaan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, tanganku ke sana ke mari di ketika makan. Maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

يَا غُلَامُ، سَمِّ اللهَ، وَكُلْ بِيَمِينِكَ، وَكُلْ مِمَّا يَلِيكَ

“Wahai Ghulam (anak kecil), sebutlah nama Allah (Bismillah), makanlah dengan tangan kananmu, dan makanlah makanan yang dekat denganmu.” Maka begitulah cara (adab) aku makan setelah itu.” (Shahih al-Bukhari, no. 5376. Muslim no. 2022) 

Hadis ini menunjukkan disunnahkan agar mengambil makanan yang paling hampir dengan tempat duduk kita, tidak berebut makanan, tidak sehingga berlaga tangan, tidak menyibukkan diri untuk mengambil makanan yang jauh, disunnahkan agar membaca Bismillah ketika hendak makan, dan disunnahkan agar makan dengan tangan kanan. Tetapi dibolehkan sekiranya kita meminta tolong orang lain agar mengambilkan makanan yang jauh untuk kita sebagaimana dalam hadis yang lain.

Hadis ini juga turut menunjukkan kepada kita bagaimana mendidik anak-anak tentang sebahagian dari adab-adab makan dan tidak memarahinya.

4. Apabila Makan, Sebutlah Nama Allah. 

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

إِذَا أَكَلَ أَحَدُكُمْ فَلْيَذْكُرِ اسْمَ اللَّهِ تَعَالَى، فَإِنْ نَسِيَ أَنْ يَذْكُرَ اسْمَ اللَّهِ تَعَالَى فِي أَوَّلِهِ فَلْيَقُلْ بِسْمِ اللَّهِ أَوَّلَهُ وَآخِرَهُ

“Apabila salah seorang di antara kamu makan, maka sebutlah nama Allah Ta’ala. Jika dia terlupa untuk menyebut nama Allah Ta’ala di awalnya, hendaklah dia mengucapkan:

بِسْمِ اللَّهِ أَوَّلَهُ وَآخِرَهُ

“Bismillaahi awwalahu wa aakhirahu (dengan nama Allah di awal dan akhirnya).”.” (Sunan Abu Daud, no. 3767. Dinilai sahih oleh al-Albani)

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

إِنَّ الشَّيْطَانَ لَيَسْتَحِلُّ الطَّعَامَ الَّذِي لَمْ يُذْكَرِ اسْمُ اللَّهِ عَلَيْهِ

“Sesungguhnya syaitan menghalalkan makanan yang tidak disebut nama Allah padanya.” (Sunan Abu Daud, no. 3766. Dinilai sahih oleh al-Albani)

Seorang lelaki yang menjadi pelayan kepada Rasulullah mengatakan:

أنه كان يسمع النبي صلى الله عليه و سلم إذا قرب إليه طعاما يقول: بسم الله

“Bahawasanya beliau mendengar Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam apabila makanan didekatkan (dihidangkan) kepadanya, maka beliau pun mengucapkan: “Bismillah”.” (Ibnu Taimiyah, Kalim ath-Thayyib, no. 190. Dinilai sahih isnadnya oleh al-Albani)

Al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani rahimahullah (Wafat: 852) berkata:

“Dalil yang paling tegas tentang maksud bacaan Tasmiyah (ketika hendak makan) adalah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan at-Tirmidzi dari jalan Ummu Kultsum daripada ‘Aisyah, secara marfu’:

إِذَا أَكَلَ أَحَدكُمْ طَعَامًا فَلْيَقُلْ بِسْمِ اللَّه، فَإِنْ نَسِيَ فِي أَوَّله فَلْيَقُلْ: بِسْمِ اللَّه فِي أَوَّله وَآخِره

“Apabila salah seorang di antara kamu makan, maka ucapkanlah “Bismillah”. Jika terlupa menyebutnya, hendaklah ia mengucapkan: “Bismillaahi fii awwalihi wa aakhirihi (dengan nama Allah pada awal dan akhirnya).” Hadis ini memiliki dukungan (syahid) dari hadis Umayyah B. Makhsyi yang dikeluarkan oleh Abu Daud dan An-Nasaa’i.” (Ibnu Hajar, Fathul Bari, 9/521. Hadis ini terdapat dalam Sunan at-Tirmidzi, no. 1858 dan dinilai sahih oleh at-Tirmidzi)

Boleh juga mengucapkan dengan doa sebagaimana dalam hadis berikut ini. Kata Rauslullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

مَنْ أَطْعَمَهُ اللَّهُ الطَّعَامَ فَلْيَقُلْ: اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيهِ وَأَطْعِمْنَا خَيْرًا مِنْهُ، وَمَنْ سَقَاهُ اللَّهُ لَبَنًا فَلْيَقُلْ: اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيهِ وَزِدْنَا مِنْهُ

“Sesiapa yang dikurniakan oleh Allah dengan makanan, maka ucapkanlah:

اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيهِ وَأَطْعِمْنَا خَيْرًا مِنْهُ

“Ya Allah, berkahilah kami padanya dan kurniakanlah makanan yang lebih baik lagi.” Dan sesiapa yang dikurniakan minuman berupa susu oleh Allah, maka ucapkanlah:

اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيهِ وَزِدْنَا مِنْهُ

“Ya Allah, berkahilah kami padanya dan tambahkanlah untuk kami darinya.”.” (Sunan Abu Daud, no. 3730. Sunan at-Tirmidzi, no. 3455)

5. Doa Makan Yang Masyhur Tetapi Tidak Sahih Dari Nabi Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa 
    Sallam.

Doa (hadis) yang dimaksudkan tersebut adalah:

أنه كان يقول في الطعام إذا قرب إليه: اَللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْمَا رَزَقْتَنَا، وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، بِسْمِ اللهِ

“Apabila Nabi SAW., dihidangkan dengan makanan, maka Rasullulah SAW., pun mengucapkan:

اَللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْمَا رَزَقْتَنَا، وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، بِسْمِ اللهِ

“Ya Allah berkahilah kami pada apa yang direzekikan untuk kami, dan jauhilah kami dari ‘azab neraka, Bismillah.” (Lihat: al-Adzkar an-Nawawiyah, m/s. 424,no. 674 – Daar Ibn Khuzaimah, Tahqiq: ‘Amir ‘Ali Yasin)

Kata Syaikh Amir ‘Ali Yasin:

“Hadis ini dha’if jiddan, diriwayatkan oleh ath-Thabrani dalam ad-Du’a, no. 888, Ibnu as-Sunni, no. 457, dan Ibnu ‘Adi, 6/2212 dari beberapa jalur, “dari Hisyam B. ‘Ammaar, Muhammad B. ‘Isa B. Sami’ menceritakan kepada kami, “Muhammad B. Abi az-Zu’aiza’ah, menceritakan kepada kami, daripada ‘Amr B. Syu’aib, daripada ayahnya, daripada datuknya…” dengan hadis tersebut.

Sanad hadis ini adalah sanad yang bersangatan lemahnya. Hisyam dan Ibnu Sami’, keduanya dipertikaikan, tetapi masalah yang sebenarnya terletak pada Ibnu Abi az-Zu’aiza’ah, kerana ia tertuduh pendusta lagi matruk (ditinggalkan hadisnya), dan hadisnya mungkar lagi sangat dha’if (syadid adh-dha’if). Dengannya, hadisnya ini dinilai mungkar oleh Ibnu ‘Adi, adz-Dzahabi, dan Ibnu Hajar al-Asqalani. (‘Amir ‘Ali Yasin, al-Adzkar an-Nawawiyah, m/s. 424 – Daar Ibn Khuzaimah)

Maka dari itu, hendaklah kita mengutamakan sunnah dan doa-doa yang sahih terlebih dahulu.

6. Jangan Makan Bersama syaitan.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

إِذَا دَخَلَ الرَّجُلُ بَيْتَهُ، فَذَكَرَ اللهَ عِنْدَ دُخُولِهِ وَعِنْدَ طَعَامِهِ، قَالَ الشَّيْطَانُ: لَا مَبِيتَ لَكُمْ، وَلَا عَشَاءَ، وَإِذَا دَخَلَ، فَلَمْ يَذْكُرِ اللهَ عِنْدَ دُخُولِهِ، قَالَ الشَّيْطَانُ: أَدْرَكْتُمُ الْمَبِيتَ، وَإِذَا لَمْ يَذْكُرِ اللهَ عِنْدَ طَعَامِهِ، قَالَ: أَدْرَكْتُمُ الْمَبِيتَ وَالْعَشَاءَ

“Apabila seorang lelaki memasuki rumahnya lalu dia berzikir kepada Allah (menyebut nama Allah) ketika dia masuk dan ketika dia makan, maka  syaitan pun berkata (kepada kaum kerabatnya):

“Tidak ada tempat bermalam dan tidak ada makan malam untuk kamu semua.”

Apabila dia masuk tanpa berzikir kepada Allah ketika dia masuk, maka syaitan pun berkata:

“Kamu semua akan mendapat tempat bermalam.”

Apabila dia tidak berzikir kepada Allah (menyebut nama Allah) ketika makan, maka syaitan pun berkata:

“Kamu semua akan mendapat tempat bermalam berserta makan malam.”.” (Shahih Muslim, no. 2018. Abu Daud, no. 3765)

Hadis ini menunjukkan apabila kita makan tanpa mengingat Allah, iaitu tanpa membaca Bismillah (atau tanpa dzikir yang disunnahkan sebagaimana di atas), maka syaitan akan turut serta makan bersama-sama tanpa kita sedari.

7. Makan berjama’ah (bersama-sama).

Para sahabat Nabi berkata:

يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّا نَأْكُلُ وَلَا نَشْبَعُ، قَالَ: فَلَعَلَّكُمْ تَفْتَرِقُونَ؟ قَالُوا: نَعَمْ، قَالَ: فَاجْتَمِعُوا عَلَى طَعَامِكُمْ، وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ عَلَيْهِ يُبَارَكْ لَكُمْ فِيهِ

“Wahai Rasulullah (SAW), sesungguhnya kami makan tetapi tidak merasa puas?” Beliau bersabda: “Mungkin kerana kamu makan sendiri-sendiri.” Mereka menjawab, “Ya benar.” Beliau bersabda: “Hendaklah kamu bersama-sama (berjama’ah) ketika makan, dan sebutlah nama Allah atasnya, maka kamu akan mendapat barakah padanya.” (Sunan Abu Daud, no. 3764. Dinilai hasan oleh al-Albani)

Hadis ini selainnnya menunjukkan sunnah mengucapkan Bismillah ketika hendak makan, ia juga menunjukkan disunnahkan agar makan secara berjama’ah, bukan sendiri-sendiri kerana padanya terdapat barakah lagi membuatkan kita merasa cukup (kenyang).

8. Minum Dengan Tiga Kali Nafas.

Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu berkata:

كان يشرب في ثلاثة أنفاس إذا أدنى الإناء إلى فيه سمى الله تعالى وإذا أخره حمد الله تعالى يفعل ذلك ثلاث مرات

“Bahawasanya (Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam) biasa minum dengan tiga kali nafas (selang seli antara meneguk air dan menarik nafas). Jika bekas minuman menghampiri ke mulut beliau, beliau menyebut nama Allah Ta’ala. Dan jika selesai satu nafas, beliau memuji Allah Ta’ala (mengucapkan tahmid). Beliau lakukan perkara yang sama tiga kali.” (Ibnu Hajar, Fathul Bari, 10/94. Majma’ az-Zawa’id, no. 8259. Al-Albani, Silsilah al-Ahaadits ash-Shahihah, 3/272, no. 1277)

9. Bacaan (Zikir) Setelah Makan.

Daripada Mu’adz B. Anas, daripada ayahnya ia berkata: Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

مَنْ أَكَلَ طَعَامًا فَقَالَ: الحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَطْعَمَنِي هَذَا وَرَزَقَنِيهِ مِنْ غَيْرِ حَوْلٍ مِنِّي وَلَا قُوَّةٍ، غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

“Sesiapa yang makan makanan kemudian mengucapkan:

الحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَطْعَمَنِي هَذَا وَرَزَقَنِيهِ مِنْ غَيْرِ حَوْلٍ مِنِّي وَلَا قُوَّةٍ

“Alhamdulillaahilladzii ath-amanii haadzaa wa rozaqaniihi min ghairi haulinm minnii wa laa quwwatin” (Segala puji bagi Allah yang telah memberiku makanan ini, dan merezekikan kepadaku tanpa daya serta kekuatan dariku), maka diampuni dosanya yang telah lalu.” (Sunan at-Tirmidzi, no. 3458. Kata at-Tirmidzi, hadis ini hasan gharib. Manakala al-Albani menilainya Hasan)

Juga sebagaimana doa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam ini, daripada Abu Umamah radhiyallahu ‘anhu beliau berkata:

“Setelah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam selesai makan, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berdoa:

الحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا طَيِّبًا مُبَارَكًا فِيهِ، غَيْرَ مَكْفِيٍّ وَلاَ مُوَدَّعٍ وَلاَ مُسْتَغْنًى عَنْهُ، رَبَّنَا

“Segala puji bagi Allah dengan pujian yang banyak, baik, dan penuh keberkahan padanya. Zat yang telah mengurniakan kecukupan, Zat yang tidak mungkin diabaikan, dan Zat yang sentiasa diperlukan. Engkaulah Rabb kami.” (Shahih al-Bukhari, no. 5458. Bab: Apa Yang Dibaca Sebaik Selesai Makan)

Dalam riwayat yang lain, juga daripada Abu Umamah radhiyallahu ‘anhu:

الحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي كَفَانَا وَأَرْوَانَا، غَيْرَ مَكْفِيٍّ وَلاَ مَكْفُورٍ

“Segala puji bagi Allah yang telah mencukupkan kami dan memberi kami minum, Zat yang telah mengurniakan kecukupan, dan yang nikmaNya tidak kami kufuri (ingkari).” (Shahih al-Bukhari, no. 5459. Bab: Apa Yang Dibaca Sebaik Selesai Makan)

Jika mengucapkan dengan ucapan “Alhamdulillah” setelah makan juga dibolehkan berdasarkan hadis berikut, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

إِنَّ اللَّهَ لَيَرْضَى عَنِ الْعَبْدِ أَنْ يَأْكُلَ الأَكْلَةَ فَيَحْمَدَهُ عَلَيْهَا أَوْ يَشْرَبَ الشَّرْبَةَ فَيَحْمَدَهُ عَلَيْهَا

“Sesungguhnya Allah redha kepada hamba-Nya yang mengucapkan Tahmid (Alhamdulillah) sebaik selesai makan dan minum.” (Shahih Muslim, no. 2734)

10. Menjilat Jari Sebelum Mengesat atau Membasuhnya.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

إِذَا أَكَلَ أَحَدُكُمْ فَلاَ يَمْسَحْ يَدَهُ حَتَّى يَلْعَقَهَا أَوْ يُلْعِقَهَا

“Apabila seseorang di antara kamu makan, maka janganlah dia membersihkan (atau mengesat) tangannya sehinggalah dia menjilatnya atau ada orang lain yang menjilatkan untuknya.” (Shahih al-Bukhari, no. 5456. Bab: Menjilat dan Menghisap Jari Sebelum Dibersihkan Dengan Kain Pengelap)

Hadis ini menunjukkan disunnahkan agar menjilat sisa-sisa makanan yang masih melekat pada jari-jemari sebelum dibasuh atau dikesat.

11. Berkumur-kumur Setelah Selesai Makan.

Suwaid B. An-Nu’man radhiyallahu ‘anhu berkata:

خَرَجْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَى خَيْبَرَ، فَلَمَّا كُنَّا بِالصَّهْبَاءِ دَعَا بِطَعَامٍ، فَمَا أُتِيَ إِلَّا بِسَوِيقٍ، فَأَكَلْنَا، فَقَامَ إِلَى الصَّلاَةِ فَتَمَضْمَضَ وَمَضْمَضْنَا

“Kami keluar bersama-sama Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam ke Khaibar. Ketika kami tiba di ash-Shahba’, beliau (SAW) meminta dibawakan makanan. Tiada apa (untuk dihidangkan) melainkan gandum. Maka kami pun makan. Kemudian beliau (SAW) berdiri untuk solat, maka beliau (SAW) berkumur-kumur, dan kami pun berkumur-kumur.” (Shahih al-Bukhari, no. 5454. Lihat juga no. 5455. Bab: Berkumur-kumur Setelah Selesai Makan)

Hadis ini menunjukkan disunnahkan agar berkumur-kumur sebaik selesai makan terutamanya apabila sebaik selesai makan itu kita hendak segera mengerjakan solat.

12. Mengajak Penyedia Makanan Untuk Makan Bersama.

Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

إِذَا أَتَى أَحَدَكُمْ خَادِمُهُ بِطَعَامِهِ، فَإِنْ لَمْ يُجْلِسْهُ مَعَهُ، فَلْيُنَاوِلْهُ أُكْلَةً أَوْ أُكْلَتَيْنِ، أَوْ لُقْمَةً أَوْ لُقْمَتَيْنِ، فَإِنَّهُ وَلِيَ حَرَّهُ وَعِلاَجَهُ

“Apabila pembantu (pelayan) salah seorang daripada kamu menyediakan makanan (untuk kamu) ajaklah dia makan sekali, jika tidak maka hendaklah kamu berikan padanya satu atau dua makanan, atau secubit atau dua cubit darinya. Ini kerana dia telah membantu kamu menyediakannya.” (Shahih al-Bukhari, no. 5460) 
13. Apabila Makanan Telah Terhidang.

Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

إِذَا وُضِعَ العَشَاءُ وَأُقِيمَتِ الصَّلاَةُ، فَابْدَءُوا بِالعَشَاءِ

“Apabila makan malam telah terhidang dan dalam masa yang sama seruan solat dikumandangkan, maka dahulukanlah makan malam tersebut.” (Shahih al-Bukhari, no. 5463. Lihat juga: no. 5465, hadis daripada ‘Aisyah)

Nafi’ berkata:

أَنَّهُ تَعَشَّى مَرَّةً، وَهُوَ يَسْمَعُ قِرَاءَةَ الإِمَامِ

“Bahawasanya beliau (Ibnu ‘Umar) pernah makan dan dalam masa yang sama suara bacaan imam bersolat telah kedengaran.” (Shahih al-Bukhari, no. 5464)

Hadis ini menunjukkan disukai agar menghabiskan makanan yang telah sedia terhidang terlebih dahulu jika tiba-tiba telah masuk waktu solat. Tetapi sekiranya hidangan makanan tersebut tidak mengganggu kekhusyukkan atau kesempurnaan solatnya, maka dibolehkan dia untuk meninggalkan sementara makanan tersebut (dalam keadaan baik) kemudian dia segera menunaikan solat.

Ini sebagaimana hadis Amr B. Umayyah radhiyallahu ‘anhu:

أَنَّهُ رَأَى رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَحْتَزُّ مِنْ كَتِفِ شَاةٍ فِي يَدِهِ، فَدُعِيَ إِلَى الصَّلاَةِ، فَأَلْقَاهَا وَالسِّكِّينَ الَّتِي كَانَ يَحْتَزُّ بِهَا، ثُمَّ قَامَ فَصَلَّى وَلَمْ يَتَوَضَّأْ

“Bahawasanya aku nampak Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sedang memotong daging pada peha kambing, tiba-tiba seruan solat berkumandang. Beliau pun meletakkan pisau dan daging di tangannya lalu bergegas menuju solat tanpa memperbaharui wudhu’.” (Shahih al-Bukhari, no. 5462)

14. Tidak Mencela Makanan

Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu berkata:

مَا عَابَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ طَعَامًا قَطُّ، إِنِ اشْتَهَاهُ أَكَلَهُ، وَإِنْ كَرِهَهُ تَرَكَهُ

“Nabi tidak pernah mencela makanan sedikit pun. Jika beliau mahu, beliau makan, dan jika tidak suka, beliau meninggalkannya.” (Shahih al-Bukhari, no. 5409)

Maksudnya adalah tidak berkata yang bukan-bukan tentang makanan tersebut walaupun ianya tidak sedap. Tidak mengejeknya, tidak mempersendakannya, dan tidak mencelanya. Sekiranya mahu atau menyukainya, dia boleh makan, dan sekiranya tidak mahu, maka dia boleh untuk tidak memakannya. Dan dalam hadis yang lain, apabila makanan tersebut sedap dan enak, maka dianjurkan memujinya ketika sedang menikmatinya.

Jabir B. ‘Abdillah radhiyallahu ‘anhu berkata:

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَأَلَ أَهْلَهُ الْأُدُمَ، فَقَالُوا: مَا عِنْدَنَا إِلَّا خَلٌّ، فَدَعَا بِهِ، فَجَعَلَ يَأْكُلُ بِهِ، وَيَقُولُ: «نِعْمَ الْأُدُمُ الْخَلُّ، نِعْمَ الْأُدُمُ الْخَلُّ

“Sesungguhnya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah meminta lauk daripada para isterinya. Maka para isterinya berkata, “Tiada apa di sisi kami kecuali khal (cuka).” Maka beliau pun meminta dibawakan cuka tersebut lalu beliau pun makan berlauk dengannya. Dan beliau mengatakan, “Lauk yang paling nikmat (enak) adalah cuka, lauk yang paling nikmat adalah cuka.” (Shahih Muslim, no. 2052)

Tetapi apabila ditanya kenapa kita tidak makan makanan tertentu, maka dibolehkan menyatakan alasannya dengan baik tanpa memburuk-burukkan makanan tersebut. Ini sebagaimana hadis di mana Rasulullah enggan makan makanan berupa daging dhab (biawak padang pasir). Apabila beliau ditanya sama ada dhab itu haram dimakan, maka Rasulullah mengatakan:

لاَ، وَلَكِنْ لَمْ يَكُنْ بِأَرْضِ قَوْمِي، فَأَجِدُنِي أَعَافُهُ

“Dhab tersebut tidak terdapat di kampung halamanku (bukan makanan kebiasaan bagi masyarakatnya), jadi aku rasa tidak biasa dengannya (atau tidak selera terhadapnya).” (Shahih al-Bukhari, no. 5391, 5537)

15. Tidak Disukai Makan Sambil Bersandar.

Kata Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

لاَ آكُلُ مُتَّكِئًا

“Aku tidak makan dalam keadaan bersandar.” (Shahih al-Bukhari, no. 5398, 5399. Bab Makan Sambil Bersandar)

16. Larangan Makan Dari Bekas Terbuat Dari Emas dan Perak.

‘Abdurrahman B. Abi Laila mengkhabarkan:

أَنَّهُمْ كَانُوا عِنْدَ حُذَيْفَةَ، فَاسْتَسْقَى فَسَقَاهُ مَجُوسِيٌّ، فَلَمَّا وَضَعَ القَدَحَ فِي يَدِهِ رَمَاهُ بِهِ، وَقَالَ: لَوْلاَ أَنِّي نَهَيْتُهُ غَيْرَ مَرَّةٍ وَلاَ مَرَّتَيْنِ، كَأَنَّهُ يَقُولُ: لَمْ أَفْعَلْ هَذَا، وَلَكِنِّي سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: لاَ تَلْبَسُوا الحَرِيرَ وَلاَ الدِّيبَاجَ، وَلاَ تَشْرَبُوا فِي آنِيَةِ الذَّهَبِ وَالفِضَّةِ، وَلاَ تَأْكُلُوا فِي صِحَافِهَا، فَإِنَّهَا لَهُمْ فِي الدُّنْيَا وَلَنَا فِي الآخِرَةِ

“Bahawasanya ketika mereka (orang-orang) berada di sisi Hudzaifah, Hudzaifah meminta minuman, maka seorang Majusi pun membawa untuknya minuman dalam sebuah bekas di tangannya. Lalu Hudzaifah pun melempar bekas tersebut dari tangannya lalu berkata:

“Kalau bukan kerana aku telah melarangnya lebih dari sekali atau dua kali (tentu aku tidak melemparkannya).” Seolah-olah beliau mengatakan:

“Aku tidak mahu melakukan seperti ini tetapi aku telah mendengar Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Janganlah kalian memakai sutra, jangan kalian minum dari bekas terbuat dari emas dan perak, dan janganlah kalian makan di atas bekas yang terbuat dari emas dan perak. Kerana semua itu adalah untuk mereka (orang-orang kafir) di dunia, dan untuk kita di akhirat kelak.” (Shahih al-Bukhari, no. 5426)

Dalam hadis yang lain, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

الَّذِي يَشْرَبُ فِي إِنَاءِ الفِضَّةِ إِنَّمَا يُجَرْجِرُ فِي بَطْنِهِ نَارَ جَهَنَّمَ

“Orang-orang yang minum dengan menggunakan bekas terbuat dari perak sesungguhnya di perutnya akan bergelojak dengan api jahannam.” (Shahih al-Bukhari, no. 5634)

17. Makanan Yang Tidak Dimakan Hendaklah Ditutup

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

إِذَا كَانَ جُنْحُ اللَّيْلِ، أَوْ أَمْسَيْتُمْ، فَكُفُّوا صِبْيَانَكُمْ، فَإِنَّ الشَّيَاطِينَ تَنْتَشِرُ حِينَئِذٍ، فَإِذَا ذَهَبَ سَاعَةٌ مِنَ اللَّيْلِ فَحُلُّوهُمْ، فَأَغْلِقُوا الأَبْوَابَ وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ، فَإِنَّ الشَّيْطَانَ لاَ يَفْتَحُ بَابًا مُغْلَقًا، وَأَوْكُوا قِرَبَكُمْ وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ، وَخَمِّرُوا آنِيَتَكُمْ وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ، وَلَوْ أَنْ تَعْرُضُوا عَلَيْهَا شَيْئًا، وَأَطْفِئُوا مَصَابِيحَكُمْ

"Apabila memasuki waktu malam (atau ketika senja), maka tahanlah anak-anak kalian (agar tidak keluar rumah) kerana syaitan-syaitan sedang berkeliaran ketika itu. Jika waktu malam telah berlalu beberapa ketika, maka lepaskanlah mereka. Kuncilah pintu-pintu dan sebutlah nama Allah S.W.T., kerana syaitan tidak mampu membuka pintu yang tertutup. Tutuplah bekas-bekas air kalian dan sebutlah nama Allah. Tutuplah bekas-bekas makanan kalian dan sebutlah nama Allah S.W.T., walau pun hanya dengan meletakkan sesuatu (sebatang kayu) di atasnya, dan matikanlah lampu-lampu kalian.” (Shahih al-Bukhari, no. 5623. Bab: Menutup Bekas-bekas Makanan)

Dalam riwayat lain, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

أَطْفِئُوا المَصَابِيحَ إِذَا رَقَدْتُمْ، وَغَلِّقُوا الأَبْوَابَ، وَأَوْكُوا الأَسْقِيَةَ، وَخَمِّرُوا الطَّعَامَ وَالشَّرَابَ – وَأَحْسِبُهُ قَالَ – وَلَوْ بِعُودٍ تَعْرُضُهُ عَلَيْهِ

“Matikanlah lampu-lampu apabila kamu tidur, dan tutuplah (kunci) pintu-pintu. Ikatlah (tutuplah) bekas-bekas minuman, dan tutuplah makanan-makanan dan minuman-minuman walaupun hanya sekadar dengan meletakkan sebatang kayu (lidi) di atasnya.” (Shahih al-Bukhari, no. 5624)

18. Tidak Bernafas Ke Dalam Bekas Makanan atau Minuman.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

إِذَا شَرِبَ أَحَدُكُمْ فَلاَ يَتَنَفَّسْ فِي الإِنَاءِ، وَإِذَا بَالَ أَحَدُكُمْ فَلاَ يَمْسَحْ ذَكَرَهُ بِيَمِينِهِ، وَإِذَا تَمَسَّحَ أَحَدُكُمْ فَلاَ يَتَمَسَّحْ بِيَمِينِهِ

“Apabila salah seorang di antara kamu minum, maka janganlah dia menghembuskan nafasnya ke dalam bekas. Dan apabila salah seorang di antara kamu kencing, maka janganlah dia membasuh (menyentuh) kemaluannya dengan tangan kanannya. Dan apabila dia beristinja’, maka janganlah dia beristinja’ dengan tangan kanannya.” (Shahih al-Bukhari, no. 5630)

Abu Sa’id al-Khudri radhiyallahu ‘anhu berkata:

نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ الشُّرْبِ مِنْ ثُلْمَةِ الْقَدَحِ، وَأَنْ يُنْفَخَ فِي الشَّرَابِ

“Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam melarang perbuatan minum dari bahagian bekas yang retak, dan beliau juga melarang meniup ke dalam minuman.” (Sunan Abu Daud, no. 3722. Dinilai sahih oleh al-Albani)

19. Tidak Makan Makanan Yang Terlalu Panas.

‘Urwah B. Az-Zubair radhiyallahu ‘anhuma berkata:

أَنَّهَا كَانَتْ إِذَا ثَرَدَتْ، غَطَّتْهُ شَيْئًا حَتَّى يَذْهَبَ فَوْرُهُ، ثُمَّ تَقُولُ: إِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: إِنَّهُ أَعْظَمُ لِلْبَرَكَةِ

“Bahawasanya pernah beliau (Asma’ B. Abi Bakr) membuat tsarid, beliau menutupnya sehinggalah asap panasnya hilang. Kemudian beliau berkata:

“Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berkata: “Sesungguhnya itu menambahkan barakah.” (Musnad Ahmad, no. 26958. Dinilai sahih oleh al-Albani dan hasan oleh Syu’aib al-Arnauth)

Tsarid adalah makanan berupa campuran potongan-potongan roti dengan kuah daging.

20. Mengambil makanan yang terjatuh.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

إِذَا وَقَعَتْ لُقْمَةُ أَحَدِكُمْ فَلْيَأْخُذْهَا فَلْيُمِطْ مَا كَانَ بِهَا مِنْ أَذًى وَلْيَأْكُلْهَا وَلَا يَدَعْهَا لِلشَّيْطَانِ وَلَا يَمْسَحْ يَدَهُ بِالْمِنْدِيلِ حَتَّى يَلْعَقَ أَصَابِعَهُ فَإِنَّهُ لَا يَدْرِي فِي أَيِّ طَعَامِهِ الْبَرَكَةُ

“Apabila makanan salah seorang dari kalian terjatuh, maka ambil dan bersihkanlah kotoran yang terdapat padanya dan kemudian makanlah, dan jangan biarkannya untuk Syaitan. Dan janganlah kalian bersihkan tangan kalian dengan kain pengelap sehinggalah terlebih dahulu ia dijilat. Kerana sesungguhnya kalian tidak tahu di bahagian manakah makanan tersebut mengandungi barakah.” (Shahih Muslim, no. 3793)

21. Larangan Minum Dari Bahagian Gelas Yang Retak.

Abu Sa’id al-Khudri radhiyallahu ‘anhu berkata:

نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ الشُّرْبِ مِنْ ثُلْمَةِ الْقَدَحِ، وَأَنْ يُنْفَخَ فِي الشَّرَابِ

“Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam melarang perbuatan minum dari bahagian bekas yang retak, dan beliau juga melarang meniup ke dalam minuman.” (Sunan Abu Daud, no. 3722. Dinilai sahih oleh al-Albani)

22. Membuang Kotoran Dari Minuman.

Abu Sa’id al-Khudri radhiyallahu ‘anhu berkata:

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى عَنِ النَّفْخِ فِي الشُّرْبِ» فَقَالَ رَجُلٌ: القَذَاةُ أَرَاهَا فِي الإِنَاءِ؟ قَالَ: «أَهْرِقْهَا»، قَالَ: فَإِنِّي لَا أَرْوَى مِنْ نَفَسٍ وَاحِدٍ؟ قَالَ: «فَأَبِنِ القَدَحَ إِذَنْ عَنْ فِيكَ

“Bahawasanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam melarang dari perbuatan meniup ke dalam minuman.” Seorang lelaki bertanya: “Adakalanya aku melihat sesuatu (kotoran) terapung di dalam bekas air.” Rasulullah pun berkata: “Keluarkanlah (kotoran tersebut).” Lelaki itu berkata lagi: “Bahawasanya aku tidak merasa puas dengan sekali tarikan nafas.” Rasulullah bersabda: “Kalau begitu, jauhkanlah bekas tersebut dari mulutmu.” (Sunan at-Tirmidzi, no. 1887. Dinilai sahih oleh at-Tirmidzi)

23. Makan Dari Bawah Hidangan.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

كُلُوا وَكُلُوا مِنْ أَسْفَلِهَا، وَلَا تَأْكُلُوا مِنْ أَعْلَاهَا، فَإِنَّ الْبَرَكَةَ تَنْزِلُ مِنْ أَعْلَاهَا، فَأَكَلُوا مِنْهَا حَتَّى شَبِعُوا

“Makan dan makanlah dari bahagian bawahnya, dan jangan kamu makan dari bahagian atasnya. Kerana sesungguhnya barakah itu turun dari bahagian atasnya, maka makanlah darinya sehingga kenyang.” (Musnad Ahmad, no. 16006. Dinilai hasan sanadnya oleh Syu’aib al-Arnauth)

Dalam riwayat Abu Daud, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabdsa:

إِذَا أَكَلَ أَحَدُكُمْ طَعَامًا فَلَا يَأْكُلْ مِنْ أَعْلَى الصَّحْفَةِ، وَلَكِنْ لِيَأْكُلْ مِنْ أَسْفَلِهَا، فَإِنَّ الْبَرَكَةَ تَنْزِلُ مِنْ أَعْلَاهَا

“Apabila salah seorang di antara kamu makan, maka jangan ia makan dari bahagian atas hidangan, tetapi makanlah dari bahagian bawahnya. Kerana sesungguhnya barakah itu turun dari bahagian atasnya.” (Sunan Abu Daud, no. 3772. Dinilai sahih oleh al-Albani)

24. Larangan Minum Dari Bekas Tempat Menyimpan Air.

Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu berkata:

نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ الشُّرْبِ مِنْ فَمِ القِرْبَةِ أَوِ السِّقَاءِ

“Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam melarang minum secara langsung dari bekas simpanan air atau dari kantong air.” (Shahih al-Bukhari, no. 5627)

Maka yang benar, hendaklah air dituang ke dalam bekas yang lain seperti gelas atau cawan mengikut jumlah kadar yang diperlukan, lalu kemudian barulah diminum.

25. Mengagihkan Minuman Bermula Dari Yang Paling Kanan.

Anas B. Malik radhiyallahu ‘anhu berkata:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أُتِيَ بِلَبَنٍ قَدْ شِيبَ بِمَاءٍ، وَعَنْ يَمِينِهِ أَعْرَابِيٌّ، وَعَنْ شِمَالِهِ أَبُو بَكْرٍ، فَشَرِبَ ثُمَّ أَعْطَى الأَعْرَابِيَّ، وَقَالَ: «الأَيْمَنَ فَالأَيْمَنَ

“Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam diberikan dengan susu yang telah dibancuh air. Di sebelah kanan beliau ketika itu adalah seorang ‘Arab Badwi manakala di kiri beliau adalah Abu Bakr. Maka beliau pun meminumnya kemudian memberikannya kepada orang ‘Arab Badwi lalu beliau bersabda, “Yang paling kanan, kemudian yang kanan.” (Shahih al-Bukhari, no. 5619)

26. Tidak Berlebihan Dalam Makan.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

مَا مَلأَ ابْنُ آدَمَ وِعَاءً شَرًّا مِنْ بَطْنٍ

“Tidak ada tempat yang diisi oleh anak keturunan Adam yang lebih buruk dari perutnya.” (Musnad Ahmad, no. 17186. Sunan at-Tirmidzi, no. 2380. Dinilai sahih oleh at-Tirmidzi)

Sambungan hadis dalam riwayat at-Tirmidzi:

بِحَسْبِ ابْنِ آدَمَ أُكُلَاتٌ يُقِمْنَ صُلْبَهُ، فَإِنْ كَانَ لَا مَحَالَةَ فَثُلُثٌ لِطَعَامِهِ وَثُلُثٌ لِشَرَابِهِ وَثُلُثٌ لِنَفَسِهِ

“Cukuplah bagi anak keturunan Adam agar makan sekadar untuk menegakkan tulang sulbinya (tulang punggung). Melainkan jika ia tidak dapat mengelak, maka isilah 1/3 untuk makanannya, 1/3 untuk minumannya, dan 1/3 untuk nafasnya.” (Sunan at-Tirmidzi, no. 2380. Dinilai sahih oleh at-Tirmidzi)

Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

الْكَافِرُ يَأْكُلُ فِي سَبْعَةِ أَمْعَاءٍ، وَالْمُؤْمِنُ يَأْكُلُ فِي مِعًى وَاحِدٍ

“Orang-orang kafir makan dengan tujuh perut, manakala orang-orang beriman makan dengan satu perut.” (Shahih al-Bukhari, no. 5395. Bab: Orang-orang beriman makan dengan satu perut. Shahih Muslim, no. 2060)

27. Melazimi Makan dan Minum Dalam Keadaan Duduk.

Anas radhiyallahu ‘anhu berkata:

أَنَّهُ نَهَى أَنْ يَشْرَبَ الرَّجُلُ قَائِمًا، قَالَ قَتَادَةُ: فَقُلْنَا فَالْأَكْلُ، فَقَالَ: ذَاكَ أَشَرُّ أَوْ أَخْبَثُ

“Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam melarang seseorang minum dalam keadaan berdiri.” Qotadah berkata, “Kami bertanya (kepada Anas): Bagaimana pula dengan makan (sambil berdiri)?” Maka katanya: “Itu lebih buruk atau menjijikkan.” (Shahih Muslim, no. 2024. Bab: Dibencinya Minum Sambil Berdiri)

Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu berkata:

أَنَّهُ رَأَى رَجُلًا يَشْرَبُ قَائِمًا، فَقَالَ لَهُ: قِهِ قَالَ: لِمَهْ ؟ قَالَ: أَيَسُرُّكَ أَنْ يَشْرَبَ مَعَكَ الْهِرُّ ؟ قَالَ: لَا. قَالَ: فَإِنَّهُ قَدْ شَرِبَ مَعَكَ مَنْ هُوَ شَرٌّ مِنْهُ، الشَّيْطَانُ


“Bahawasanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah melihat seseorang minum dalam keadaan berdiri. Maka beliau pun berkata, “Tahan orang itu.” Orang tersebut pun bertanya, “Kenapa?” Maka Nabi berkata, “Sukakah sekiranya kucing turut minum bersama-sama denganmu?” Lelaki itu berkata, “Tidak.” Nabi pun menjelaskan, “Kerana sesungguhnya telah turut minum bersama-sama denganmu yang lebih buruk dari kucing, iaitu syaitan.” (Musnad Ahmad, no. 8003. Dinilai sahih sanadnya oleh al-Albani)

Abu Sa’id al-Khudri radhiyallahu ‘anhu berkata:

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ زَجَرَ عَنِ الشُّرْبِ قَائِمًا

“Bahawasanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mencela perbuatan minum dalam keadaan berdiri.” (Shahih Muslim, no. 2025. Bab: Dibencinya Minum Sambil Berdiri)

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

لَا يَشْرَبَنَّ أَحَدٌ مِنْكُمْ قَائِمًا، فَمَنْ نَسِيَ فَلْيَسْتَقِئْ

“Janganlah salah seorang di antara kamu minum dalam keadaan berdiri, sesiapa yang terlupa makan muntahkanlah.” (Shahih Muslim, no. 2026. Bab: Dibencinya Minum Sambil Berdiri)

Al-Jarrud B. Al-Mu’alla radhiyallahu ‘anhu berkata:

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى عَنِ الشُّرْبِ قَائِمًا

“Bahawasnaya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam melarang perbuatan minum dalam keadaan berdiri.” (Sunan at-Tirmidzi, no. 1881)

Hadis-hadis ini semuanya menjelaskan larangan makan dan minum dalam keadaan berdiri. Sekaligus menunjukkan keutamaan agar melazimi makan dan minum dalam keadaan duduk. Walaupun begitu tidaklah ia terlarang secara mutlak. Tetapi tetap dibolehkan makan dan minum dalam keadaan berdiri sekali-sekala sebagaimana perbuatan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sendiri dan berdasarkan perbuataan sebahagian sahabat yang bersamanya.

Ulama berbeza pendapat dalam memahami antara dalil-dalil yang melarang dengan perbuatan Nabi bersama-sama para sahabatnya yang menunjukkan dibolehkan perbuatan tersebut. Di antara dalil-dalil yang menunjukkan keharusannya adalah:

An-Nazzaal berkata:

أَتَى عَلِيٌّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَلَى بَابِ الرَّحَبَةِ «فَشَرِبَ قَائِمًا» فَقَالَ: إِنَّ نَاسًا يَكْرَهُ أَحَدُهُمْ أَنْ يَشْرَبَ وَهُوَ قَائِمٌ، وَإِنِّي رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَعَلَ كَمَا رَأَيْتُمُونِي فَعَلْتُ

“‘Ali radhiyallahu ‘anhu membawa air ke pintu masjid, kemudian beliau pun meminumnya dalam keadaan berdiri. Beliau berkata, “Sebahagian orang membenci minum dalam keadaan berdiri, sedangkan aku melihat sendiri Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam melakukannya sebagaimana yang engkau lihat aku melakukannya.”.” (Shahih al-Bukhari, no. 5615. Bab: Minum Dalam Keadaan Berdiri)

Kata Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma:

شَرِبَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَائِمًا مِنْ زَمْزَمَ

“Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah minum zam-zam dalam keadaan berdiri.” (Shahih al-Bukhari, no. 5617)

Ibnu ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma berkata:

كُنَّا نَأْكُلُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَنَحْنُ نَمْشِي، وَنَشْرَبُ وَنَحْنُ قِيَامٌ

“Kami pernah makan di zaman Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sambil berjalan dan minum dalam keadaan berdiri.” (Sunan at-Tirmidzi, no. 1880. Dinilai sahih oleh at-Tirmidzi)

Imam an-Nawawi rahimahullah dalam Syarah Shahih Muslim (13/195) menyatakan larangan makan dan minum dalam keadaan berdiri tersebut adalah merujuk maksud makruh tanzih. Iaitu makruh yg menghampiri mubah, tidak disukai sekiranya dijadikan sebagai kebiasaan.

Demikian juga yang dipegang oleh al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani dalam Fathul Bari dan penyusun ‘Aunul Ma’bud, Abu Thayyib Al-Adzim Abadi rahimahullah. Adapun perintah memuntahkan minuman tersebut sekiranya terminum dalam keadaan berdiri, maka itu menunjukkan tuntutan bersifat sunnah (istihbab), bukan wajib.

Kata al-Hafiz Ibnu Hajar rahimahullah:

بل الصواب أن النهي فيها محمول على التنزيه وشربه قائما لبيان الجواز وأما من زعم نسخا أو غيره فقد غلط فإن النسخ لا يصار إليه مع إمكان الجمع لو ثبت التاريخ وفعله صلى الله عليه و سلم لبيان الجواز لا يكون في حقه مكروها أصلا فإنه كان يفعل الشيء للبيان مرة أو مرات ويواظب على الأفضل والأمر بالاستقاءة محمول على الاستحباب فيستحب لمن شرب قائما أن يستقيء لهذا الحديث الصحيح الصريح فإن الأمر إذا تعذر حمله علىالوجوب حمل على الاستحباب

“Sebaliknya yang benar berkaitan larangan beliau tersebut dibawa kepada makna makruh tanzih. Dan dalil yang menunjukkan beliau minum dalam keadaan berdiri tersebut menunjukkan keharusannya (dibolehkan). Adapun yang mengatakan adanya nasakh (pemansuhan hukum) atau selainnya, maka itu adalah salah. Kerana nasakh tidak boleh dilakukan ketika masih ada ruang kebarangkalian untuk menggabungkan di antara dalil-dalil yang ada walaupun setelah adanya tarikh (difahami mana dalil yang datang awal dan terkemudian).

Dan perbuatan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam minum sambil berdiri tersebut menunjukkan hukum boleh (harus) kerana tidak mungkin kita katakan beliau melakukan sesuatu yang makruh (dibenci). Ini kerana beliau adakalanya melakukan sesuatu sekali atau berulang-ulang kali dalam rangka untuk menjelaskan (sesuatu hukum). Dan adakalanya beliau membiasakan sesuatu untuk menunjukkan keutamaan (sesuatu amal). Manakala perintah memuntahkan minuman jika seseorang terminum dalam keadaan berdiri maka ia dibawa kepada perintah istihbab (dianjurkan, bukan wajib). Menunjukkan, disukai bagi yang minum dalam keadaan berdiri agar memuntahkan yang diminum berdasarkan isyarat dari hadis yang sahih lagi jelas ini. Kerana apabila suatu kata perintah itu tidak dapat dibawa kepada makna wajib, maka ia dibawa kepada makna istihbab (anjuran).” (Ibnu Hajar, Fathul Bari, 10/83)

Wallahu a’lam.
Copy & Paste dari sumber: Adab-adab Makan & Minum ...

  • Alhamdulillah. Catitan dibawah merupakan rumusan yang admin perolehi dari pembacaan serta pengajian sumber ilmu berserta Ayat Al Quran dan Hadis di atas:

    01 - Kesucian sumber makanan dan minuman berlandaskan kepada sumber rezeki yang halal dan 
            menjauhi rezeki yang haram. Tidak mencontohi syaitan laknatullah.

         - Penegasan tentang tingkah laku dan menyelisihi perangai syaitan yang direjam. Disunnahkan 
            makan & minum dengan menyelisihi kelakuan syaitan laknatullah.

         - Penegasan menggunakan tangan kanan hukumnya WAJIB, tanpa melibatkan tangan kiri dalam 
            adab makan & minum.

         - Makan & minum dengan tangan kanan.

    02 - Makan & minum dengan tangan kiri kerana keuzuran dan ketiadaan nikmat tangan.

    03 - Mendidik anak-anak adab makan & minum tanpa memarahinya.

         - Mengajarkan anak-anak makan & minum dengan tangan kanan.

         - Disunnahkan mengambil makanan & minuman yang terhidang paling hampir dengan kita dan 
            meminta bantuan untuk mendapatkan makanan & minuman yang jauh hidangannya dari kita.

    04 - Kemudaratan dan bahayanya makan & minum, yang ditempah oleh orang Islam jika makan & 
            minum tanpa mengutamakan amalan membaca Kalimah Allah S.W.T.. Bacaan Tasmiyah 
            (ketika hendak makan)

         - Nabi Muhammad SAW., membaca Bismillah apabila makanan & minuman dihidangkan.

         - Makan & minum dalam keadaan sentiasa ingat Allah S.W.T., dengan membaca Bismillah.

         - Membaca Bismillaahi awwalahu wa aakhirahu jika terlupa menyebut nama Allah S.W.T..

         - Menghalalkan makan & minum tanpa menyebut nama Allah S.W.T., adalah perbuatan syaitan
            laknatullah.

    05 - Doa makan & minum yang popular tetapi tidak saheh.
     اَللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْمَا رَزَقْتَنَا، وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، بِسْمِ اللهِ

         - Peringatan tentang Hadis Soheh dengan Hadis Dusta. Penegasan tentang mendapatkan Sanad 
            Hadis. Mengutamakan Sunnah- Sunnah dan doa-doa yang saheh terlebih dahulu.

    06 - Impak masuk rumah dengan Zikrullah. Jangan makan bersama syaitan laknatullah - Lelaki yang 
           masuk rumah dengan berzikir menyebut nama Allah S.W.T., dan ketika makan Allah S.W.T., 
           akan melindungi rezekiNya dari gangguan syaitan laknatullah.

    07 - Sunnah makan secara berjamaah. Makan secara berjamaah akan mendatangkan rasa 
            kepuasan (cukup - kenyang) berbanding makan sendirian.

        - Menegaskan pentingnya membaca Bismillah dan Doa sebagai adab makan & minum.

    08 - Mengamalkan dan mencontohi adap makan & minum Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.
            Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam biasa minum dengan tiga kali nafas.

         - Semasa bekas minuman menghampiri ke mulut Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam , 
            Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menyebut nama Allah Ta’ala. Selesai satu nafas, 
            Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam memuji Allah Ta’ala (mengucapkan Tahmid). 
            Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam lakukan perkara yang sama tiga kali.

    09 - Zikir sesudah makan & minum - Menghargai dengan bertasbih dan bersyukur Alhamdulillah 
            kepada Allah S.W.T., Pemilik rezeki dan Pemberi rezeki dan Penguasa nikmat makan & 
            minum hamba-hambaNya.

    10 - Sunnah menjilat jari membersihkan makanan yang masih terlekat dijari, sebelum mencuci 
            tangan.

    11 - Sesudah selesai makan Sunnah berkumur-kumur untuk menanggalkan sisa makanan yang 
            masih berada dan melekat didalam mulut dan celah gigi. Keutamaan menjaga kebersihan diri 
            sebelum bersolat. Seperti memberus gigi selepas makan.

    12 - Menghargai penyedia makanan dengan mengajak penyedia makanan makan bersama-sama. 
           Jika tidak memadailah dengan memberikan satu atau dua bahagian makanan atau secubit dua 
           makanan.

    13 - Dahulukanlah makan malam tersebut sehingga selelsai (Azan berkumandang)..

    14 - Tidak mencela makanan. Nabi Muhammad SAW., akan makan yang disukai dan 
            meninggalkan makanan yang tidak disukai.

    15. - Tidak makan sambil bersandar.

    16. - Tidak menggunakan bijana atau bekas untuk makan yang diperbuat daripada emas dan perak.

    17. - Waktu siang kepada memasuki malam (senja) syaitan laknatullah berkeliaran, pastikan anak-
             anak dari turut menyertai syaitan  berpesta. Penegahan dari keluar rumah waktu senja.

          - Jika waktu malam telah berlalu beberapa ketika, maka lepaskanlah mereka.

          - Kuncilah pintu-pintu dan sebutlah nama Allah S.W.T., kerana syaitan tidak mampu membuka 
             pintu yang tertutup. Padam lampu dan jika tidak upaya gunakanlah cahaya yang samar-samar 
             dengan mengutamakan menyebut nama Allah S.W.T..

          - Sebutlah nama Allah S.W.T., waktu menutup bekas air dan bekas makana, walau dengan 
             hanya meletakkan sesuatu (eg. sebatang kayu) di atasnya. 

          - Padam lampu dan jika tidak upaya gunakanlah cahaya yang samar-samar dengan 
             mengutamakan menyebut nama Allah S.W.T..

    18. - Minum tanpa menghembuskan nafasnya ke dalam bekas minuman. Tabiat ini menjauhkan diri 
             dari keracunan dan gangguan syaitan laknatullah. 

          - Kencing - tidak menggunakan tangan kanan untuk membasuh (menyentuh) kemaluannya.

          - Qadha hajat - tidak beristinjaq dengan tangan kananya.

    19. - Makan makanan yang tidak terlalu panas akan menambahkan barakah.

          - Tsarid adalah makanan berupa campuran potongan-potongan roti dengan kuah daging.

    20. - Ambil makanan yang terjatuh dan bersihkanlah kotoran yang terdapat padanya dan makanlah
             makanan tersebut. Dengan tujuan tidak membiarkan makanan tersebut untuk syaitan 
             laknatullah.

         - Bersihkan tangan setelah terlebih dahulu dijilat, kerana sesungguhnya kita tidak tahu di 
            bahagian manakah terdapatnya "Barakah" dalam makanan tersebut.

    21. - Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam melarang perbuatan menggunakan bekas minuman 
            yang retak.

          - Tidak meniup minuman.

    22. - Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam melarang perbuatan meniup minuman. Keluarkan 
             kotoran tanpa meniup minuman tersebut.

          - Jauhkan bekas minuman dari mulut, untuk menikmati rasa puas minuman tersebut dan
             mengelakkan diri dari meminum minuman dengan sekali nafas.

    23. - Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam memulakan makan makanan dari bahagian bawahnya 
             dan tidak dari bahagian atasnya. Makanlah darinya sehingga kenyang.

          - Barakah itu turun dari bahagian atas makanan ke bahagian bawah makanan.


    24. - Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam melarang perbuatan minum terus dari bekas tempat 
             menyimpan air atau kantong air. Tuangkan air minuman secukupnya mengikut keperluan 
             dengan menggunakan bekas lain (eg. gelas/cawan).

    25. - Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mengagihan minuman bermula dari yang paling kanan 
             darinya. - Bancuh susu dengan air. 

    26. - Tidak ada tempat yang diisi oleh anak keturunan Adam yang lebih buruk dari perutnya.

          - Makanan dan minuman bagi anak keturunan Adam agar makan sekadar untuk menegakkan 
             tulang sulbinya (tulang punggung). Melainkan jika ia tidak dapat mengelak, maka isilah 1/3 
             untuk makanannya, 1/3 untuk minumannya, dan 1/3 untuk nafasnya.

          - Orang kafir makan dengan 7 perut. Orang berIman makan dengan 1 perut.

    27. - Membiasakan (melazimi) makan dan minum dalam keadaan duduk dan bukan berdiri. 
             Perbuatan minum dalam keadaan berdiri adalah perbuatan tercela.

          - Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam melarang minum sambil berdiri dan makan sambil 
             berdiri lebih buruk dan jijik. Minum sambil berdiri yang turut minum bersama-sama adalah 
             syaitan laknatullah yang lebih buruk dari kucing.

          - Minum air Zam Zam dibolehkan dalam keadaan berdiri.

          - Muntahkan minuman yang diminum sambil berdiri.

    NOTA:
    Banyak kekurangan dengan rumusan ini. Masih ada yang tertinggal mungkin. Rumusan ini akan dipertingkatkan dari masa ke semasa. Tetamu jom kongsi - nampak yang kurang tambah baikkan bersama-sama.
    s3v3n

    IP
    s3v3nه
Meja www.peceq.blogspot.com  

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 

Tiada ulasan: