Selasa, 28 Mei 2013

531. Makan berkhasiat dengan izin Allah S.W.T..


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com 
Munafik dan kafir laknatullah sebenarnya pemberontak dan pengganas. 
KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< . eaho.  
('_') Google Translate ('_') . 
Follow my tweet: (AlWaser) . 


RAHSIA PEMAKANAN BIJAK PANDAI ISLAM. 

Assalammualaikum. Berikut adalah antara jenis makanan yang diamalkan oleh bijak pandai Islam yang telah dibongkarkan.
Add caption
Jenis2 makanan ini telah tercatat dalam sebuah kitab tradisional dalam bahasa Arab dan tersembunyi dari pengetahuan orang Islam dan Orang Arab sendiri.




Penemuan saintifik juga telah membuktikan bahawa senarai makanan di bawah memberi kesan positif kepada pengamalnya terutamanya susu, madu dan telur.
1). MADU. 

Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai "shifa'" iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar "Raja Ubat", dapat menyembuh kebanyakkan penyakit.

Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu.

Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental.

Cara minum: 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam. Pantang: Jangan makan tembikai semasa dan beberapa ketika selepas meminum madu. Sangat merbahaya!.
2). KISMIS. 

Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen
yang mencukupi untuk disalurkan ke otak.

Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami
kelemahan dalam berfikir.

Cara makan:
i)   Menghadap Kiblat
ii)  Baca "Bismillah" dan selawat ke atas Nabi SAW.. (3 kali)
iii) Baca doa penerang hati
iv) Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang.
v)  Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.

3). SUSU SEGAR. 

Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal.
Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk
pertumbuhan badan dan otak. 

Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang  amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan.

Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri-biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.

Cara minum:

i)Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam
ii)Baca "Bismillah" dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah s.a.w..

4). TELUR. 

Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli-ahli
kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein,
mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air,
choline dan bahan ekstraktif. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.
5). HALIA. 

Ia sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia
yang dijadikan manis - manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.

Cara makan: Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.
6). LIMAU OREN. 

Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau - limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.

7). BUAH DELIMA. 

Untuk penerang hati.

8). DAGING BURUNG MERPATI. 

Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak,  kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak-kanak.

Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak - kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.

9). OTAK AYAM. 

Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.

10). DAGING AYAM. 

Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki
darah. Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.

11). DAGING BIRI-BIRI. 
Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.

12). HATI. 

Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.

13). KEKACANG. 

Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio
dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang
pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di
Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.

14). BUAH BADAM. 

Untuk meningkatkan kecerdasan.

15). ZA'FARAN : KOMKOMA (CROCOS SATIVUS). 

Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.

16). KEMENYAN PUTIH (kemenyan serani/luban/kundar). 

Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.

17). BUNGA KOBIS. 

Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.

18). BUNGA CENGKEH. 

Ditumbuk sehingga halus lalu diamakn sedikit sahaja.

19). LABU. 

Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal.

20). BUAH KEDEKAI (MAJALAWI). 

Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.

21). MINYAK SAPI. 

Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.

22). SAYUR-SAYURAN DAN BAUH-BUAHAN SEGAR. 

Juga membantu meningkatkan akal dan memori.
Anda mungkin juga meminati:
Sumber gambar:
www Islam photo.

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 

nv.

Tiada ulasan: