Selasa, 28 Mei 2013

539. Lidah Malay ...

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

KLIK UNTUK KE MENU UTAMA.


Memang tidak boleh dibandingkan lidah Islam dengan lidah Melayu. Itu sebab agaknya dalam perumpamaan Malay ada menyatakan "Lidah Bercabang". Jika tidak masakan begitu hasilan perumpamaan Malay yang sedemikian rupa. 
                                           "Tidakkah kamu suka Allah mengampunkan dosa kamu?"


Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26).

Lidah Islam patuh kepada perentah dan larangan Allah S.W.T.. Lidah melayu 'bebas'., "born to be free"., agaknyalah yang menyebabkan lidah melayu jadi begitu.
Cuba perhatikan gaya sebahagian Melayu kalau berbual atau pun komen-komen mereka di media sosial. Jujur memang aku cukup takut dengan Allah S.W.T., bila membaca komen-komen dan ulasan-ulasan mereka. Suka menempelak, mengejek, kadang tuju hala kata entah benar entah tidak. Lengkap dengan kata lucah, kata caci, kata maki, siap "anu-anu" pun habis disebut. Sampai tau "tang situ" ada tahi lalat. Betul-betul "caker" Melayu jenis ini.
Kan kah dalam perumpamaan Melayu ada menyatakan "Paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih". Ini lagi satu bukti Melayu suka mengata orang dan suka mengejek, turun temurun. Kawan kepada perumpaan tersebut ialah "Pulang paku buah keras".

Agaknyalah sebab timbul "Pulang paku buah keras", Melayu jenis ini memang suka berdendam. Ialah kalau Islam tidak macam itu sikap dan sifatnya. Maklumlah 100% Melayu yang bersemangatkan Melayu dan sentiasa hidup ber"tuan". Agaknya Melayu memang suka "membuli",yang pandai menghambakan yang kurang cerdik, di kalangan mereka.

Melayu ni kadang jadi satu bangsa tidak boleh ditegur. Hendak dikata sombong, memang jenis ini tidak boleh terima teguran punya. Melayu yang ini pun, satu jenis yang suka cakap besar (Takbur). Kadang kala kalau berbual seolah-olah minta perhatian meja lain. Sekuat hati bercakap semacam 5 lagi kawannya "sound trouble" tidak pun "double trouble".
Bahasa berseloroh mereka antaranya sebagai contoh "bapak kau sekarang dah sombong". Bahasa berseloroh ini aku baru sahaja perolehi beberapa minggu lepas. Rupa-rupanya ayat tersebut emak maksudkan bapanya dah "sound trouble"., cerita pada si anak.

Melayu jenis ini pun suka dolak dalik contohnya sekejap Bahasa Melayu, sekejapan jadi Bahasa Malaysia, lagi satu abad jadi Bahasa Melayu semula. Kata orang utara no' "Pi mai, pi mai, tang tuuu gak!". Aku bukan apa minta Malay yang bagus jangan terikut-ikut dengan Melayu jenis ini. Teruskan berlidahkan Islam.

Kalau diterjemahkanlah Melayu nie. Jenis perosak bangsa sendiri boleh diguna pakai seperti "Melayukan perempuan bangsa sendiri". Tidak percaya tengok di media sosial dan pelbagai media, handal jenis-jenis ini memporak-perandakan maruah bangsa sendiri, melalui media yang dilahirkan oleh bangsa lain. Tidak segan silu mengata "bangsa asing"., walhal yang dikata bangsa asing itu Rakyat Malaysia lah juga.

Yang beri kerakyatan kepada "bangsa asing" dulu pun bangsa Melayu juga. Melayu yang diberi amanah sebagai perisai terakhir Malay. Dulu Melayu mana pandang ikan sardin, "ikan kurung" katanya. Sebab ikan berada dalam tin. Sekarang anak, cucu, cicit Melayu sudah lupa apa datok nenek moyang dia dulu mengata "ikan kurung".

Bagilah sebarang idea kepada Melayu jenis ini, buruk sangka yang diberi kepada kita. Beri idea atau cadangan, segala benda cari salah orang lain. Habis tujuan asal kita yang mengarah kepada kebaikkan.
Kalau tidak percaya selidik sendiri, 9 kebaikan seseorang habis disorok tetapi 1 kejahatan seseorang yang sama, segala habis, segala bagai digembar-gemburkan. Nauzubillah.


Habis juga diselongkar kelemahan-kelemahan "mamat-mamat", "minah-minah", "sipolan-sipolan". Habis buruk individu dan organisasi serta badan-badan direndah-rendahkan. Kononnya dia lagi hebat, lagi gah. Sedangkan nama bangsa pun ada perkataan "LAYU" kalau ditunggalkan.
Itu sebab aku suka guna perkataan Malay. Tidak jadi pun atau tidak ada langsung perkataan "Layu".

Huh! ...
Aku suka Malay yang berlidahkan Islam. Sopan santun orangnya, berbudi bahasa serta lemah lembut gayanya. Aku suka Malay yang sering ingatkan aku tentang Islam. Sama-samalah kita jauhkan diri dari perkataan bohong yang menjadi budaya sebahagian Melayu.

Malay yang baik, yang bagus jom kita teruskan menggunakan LIDAH ISLAM. In Syaa Allah memang boleh diamal di dunia dan menjadi bekalan di akhirat. Allah Maha Mengetahui.
Sumber gambar:
The Malay and Malaysian Film – Where Are We?.
Facebook.

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 
nvcfr.

Tiada ulasan: