Rabu, 29 Mei 2013

540. Adalah.

Ada pihak kata adat pertandingan ada kalah menangnya, kalau berfikiran macam ini cukup bagus. Ada satu pihak lain kata terutama yang kalah, cara pertandingan ada yang tidak kena. Tidak kurang juga satu lagi pihak mengata "padan muka" kalah. Tidak menariknya ada pula pihak yang berkata sebelum pertandingan "tengoklah!, tak kan menang punya". 

Allah Maha Adil Lagi Maha Bijaksana. Sebagai hamba Allah S.W.T.. Sesama manusia hormatilah dan menghormatilah.

Sebagai pembaca, ambil yang baik dan hindari yang sebaliknya. Jadikan diri tidak terikut-ikut. Kalau ikut pun ada rasionalnya. Kalau tidak ikut pun biarlah sentiasa rasional. Patuh kepada perentah dan larangan Allah S.W.T.. 
Lidah Islam. Jangan "kaco owang". Kalau orang kacau kita, bijak-bijakkanlah diri bermuhasabah diri kerana Allah S.W.T., dan carilah jalan penyelesaian yang dianjurkan Islam. Supaya lidah kita sentiasa menggambarkan, kita umat Islam hamba Allah S.W.T.. 
"Ce" baca juga kisah ini  Meleleh juga air mata baca kisah ini
Walau apa pun mari kita baca apa pendapat Ustaz Idris Ahmad dalam tulisannya yang dicedok dari Idris Ahmad Wordpress bertajuk Kalah Menang Adalah Tarbiah. Ambil yang baik sebagai tauladan, yang sebaliknya sebagai sempadan.
Kalah Menang Adalah Tarbiah -     Idris Hj Ahmad -     27/5/13

Adat perlawanan ada kalah, ada yang menang. Sama seperti pilihanraya, ada parti menang, ada yang kalah. Cuma Islam marah kalau menang secara tipu. Berdosa juga kalau kita redha kita ditipu. Sebab itu penipuan dan tidak telus merupakan suatu yang munkar, wajib ditegah. Sebagaimana Sabda Rasulullah SAW “Siapa yang melihat kemunkaran wajib mencegah dengan tangan (kuasa), jika tidak mampu maka cegah dengan lidah, jika tidak mampu dengan hati. Ini adalah selemah-lemah Iman”. 

Protes mesti dibuat sebagai menunjukkan kita tidak rela dengan penipuan dan penyelewingan. Islam tidak benarkan negara ditadbir oleh mereka yang menang secara menipu.

Pas sudah menyertai Pilihanraya sejak diperkenalkan di negara ini pada tahun 1955. Kerana ini adalah wasilah Pas untuk mendapatkan kuasa, supaya Islam dapat dijadikan cara hidup yang lengkap. Tanpa kuasa Pas hanya boleh menyeru tetapi tidak ada kuasa untuk melaksanakan idealisma perjuangan parti.

Oleh itu menjadi calon di dalam Pas adalah amanah, bukan kemuliaan. Apabila menjadi calon, ia bukan bertanding atas tiket peribadi tetapi atas nama jamaah. Ia menjadi duta Pas. Tingkah laku dan tutur kata diperhati oleh orang ramai kerana ia mewakili parti yang menjadikan Islam sebagai dasar.

Oleh itu menjadi calon bukan pilihan individu. Melobi meminta menjadi calon merupakan pantang larang di dalam Pas. Orang yang hendak sangat menjadi calon, inilah senarai pertama yang akan ditendang daripada senarai.

Restu daripada majoriti ahli dan organ parti merupakan perkara asas untuk menjadi calon. Kerana kita bertanding atas lambang parti. Menang kalah kita bersama dengan parti. Jangan sama sekali kita takbur kepada jentera parti. Kononnya menang kerana popular peribadi kita, bukan faktor jentera.  Jika mempunyai sifat ini, ia akan mendatangkan musibah kepada jamaah. 

Bukan senang untuk menjadi calon Pas. Ia memerlukan kekuatan fizikal, spritual dan mental. Terutama untuk menghadapi serangan musuh dan media yang sarat dengan fitnah. Terpaksa menghadapi memokan masyarakat, ahli keluarga yang tidak sealiran. 

Tidak perlu kecewa jika kalah di dalam pertandingan. Jangan angkuh dan sombong jika diberi kemenangan. Bertasbih dan bersyukur memuji Allah serta dengan sujud syukur sebagai tanda kebesaran Allah yang memberi kemenangan. Ingat kemenangan adalah amanah yang perlu dipikul. 

Amanah boleh mendekatkan ke syurga atau ke neraka. Kita perlu mengambil posisi mana yang sesuai untuk meletakkan diri kita agar kita adalah  orang yang bersama dengan para Anbiya’ di akhirat. Jika berlaku sebaliknya maka kita akan bersama dengan Firaun, Haman, Qarun. Nauzubillah. 

Sebenarnya ujian bagi yang menang lebih sukar daripada yang kalah. Mempertahankan kemenangan lebih sukar daripada mencapai kemenangan. 

Masyarakat akan fokus kepada kita, kerana kita mewakili Parti Islam SeMalaysia (Pas). Mereka akan menilai apakah orang Pas bercakap serupa dengan bikin. Ada atau tidak kelainan (tamayyuz) dengan pihak musuh. Segala tingkah laku, perkataan, pakaian, ahli keluarga, cara hidup semuanya dinilai oleh kawan dan lawan.

Oleh itu bagi mereka yang menang pertingkatkan tarbiah ruhiah dan perkasakan tarbiah fardiah. Ini adalah benteng kekuatan untuk menghadapi cabaran sewaktu memikul amanah jamaah. Ujian menang begitu sukar jika kita tidak mempunyai ketahanan dalaman. Berbagai penyakit mazmumah begitu mudah menetas di dalam jiwa mereka yang menang. 

Penyakit riya’, suma’ah, takbur, bakhil, ujub cukup subur jika kita tidak awasi.

Ujian bagi mereka yang kalah,   bahawa penilaian Allah ialah bukan menang atau kalah. Tetapi nawaitu kita dengan perjuangan. Kemenangan di dalam perjuangan Islam ialah apabila kita telah berjaya meletakkan diri kita berintima’ (bersama) jamaah. 

Kita sudah merintis jalan untuk orang yang terkemudian daripada kita untuk memperolehi kemenangan. Mungkin kita tidak sempat mencapai kemenangan.  Ia akan menjadi amal jariah sewaktu kita bertemu dengan Allah. Jangan ada rasa kecewa atau putus asa di dalam perjuangan. Maksud Firman Allah “Jangan kamu putus daripada Rahmat Allah”. 

Pesanan al-Marhum Sayyid Qutb kepada adiknya Hamidah dan Aminah Qutub ketika saat beliau hendak ke tali gantung “Kamu akan merasa sempit dada jika kamu merasakan kamu yang memulakan dan kamu yang mengakhiri perjuangan. Kamu akan merasa lapang dada jika kamu merasakan bukan kamu yang memulakan  perjuangan dan mengakhiri perjuangan.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
DOA PEMBUKA Bagus diamalkan untuk:

1) Hati yang tertutup untuk melakukan amal soleh & amal jariah...
2) Hati yang tertutup untuk menerima nasihat...
3) Pintu rezeki yang dirasakan seperti tertutup...
4) Minda @ akal yang dirasakan seperti tertutup...
5) Hati yang tertutup utk berkahwin...

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya telah diturunkan kepadaku pada waktu malam sebuah Surah yang aku cintai lebih dari dunia ini dan isinya.”

Pada riwayat yang lain, “yang lebih aku cintai daripada apa yang disinari oleh cahaya matahari.” Dan kemudian baginda membaca: “Innaa fatahnaa laka fatham mubiinaa (ayat pertama Surah al-Fath).”
(Riwayat Bukhari)
"Ce" baca juga kisah ini: Jangan marah.

Sumber: 
Jawab semua soalan berikut.
Masa sesegera yang boleh.

01. Pernahkah anda mencarut?.

      =A= Ya.
      =B= Tidak.

02. Apakah anda suka politik?.

      =A= Tidak.
      =B= Ya.

03. Seringkah anda bersama keluarga?.

      =A= Tidak.
      =B= Ya.

04. Di manakah anda tinggal?.

      =A= Bandar/Kota.
      =B= Luar Bandar/ Pekan.

05. Jenis perumahan anda?.

      =A= Rumah tradisional/Rumah kampung.
      =B= Taman perumahan/Lot perumahan.

06. Makanan yang dimakan sebentar tadi?.

      =A= Pedas.
      =B= Tidak pedas.

07. Minuman sebentar tadi?.

      =A= Tawar.
      =B= Manis.

08. Rasa masin makanan sebentar tadi?.

      =A= Secukup rasa.
      =B= Masin/Tawar.

09. Ada kicap bersama sebagai menu makanan sebentar tadi?.

      =A= Tiada.
      =B= Ada.

10. Makan dan minum bersendirian?.

      =A= Tidak.
      =B= Ya. 
Jawapan (select tanda * ke *) dibawah

(* Soalan berangka ganjil jawapan A, bermarkah 3 dan jawapan B bermarkah 2. Soalan berangka genap jawapan A, 2 markah dan jawapan B, 3 markah. Jumlahkan markah yang diperolehi. Markah bawah 20 - Banyak perkara baik yang telah anda lakukan. Teruskan usaha anda. Markah 21 ke atas - Banyak perkara yang perlu diperbaiki. Anda sering diperhatikan. Soalan sekadar membantu diri untuk menilai diri sendiri dengan tujuan memperbaiki diri. *)

Perhatian:
Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, admin lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.WT. 

Tiada ulasan: