Rabu, 29 Mei 2013

544. Angkatan Pemuda Insaf (API).

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Angkatan Pemuda Insaf (API) merupakan sebuah parti politik yang ditubuhkan pada 17 Februari 1946 di Ipoh, Perak, oleh Ahmad Boestamam, Abdul Rahman Rahim dan Bakar Thareek.

API adalah sebuah badan politik kiri dan sosialis Melayu yang pada asalnya merupakan sayap pemuda Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Parti ini mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan Gabungan Pemuda Demokratik Sedunia dan Pertubuhan Lembaga Pemuda Bangsa Asia di Indonesia yang banyak mempengaruhi API dalam setiap sudut perjuangannya.

Parti ini diharamkan oleh kerajaan British pada 17 Julai 1947 dalam Warta Kerajaan Malaya Union. Tindakan mengharamkan pertubuhan yang berhaluan kiri itu adalah mengikut Ordinan Persatuan, 1947 (Societies Ordinance, 1947).
Tindakan mengharamkan API didakwa disebabkan kekacauan yang dilancarkan oleh AMCJA-PUTERA serta kegiatan-kegiatan golongan kiri yang dipelopori oleh API. Kerajaan British juga mendakwa asas-asas perjuangan API yang membahayakan melalui buku Testament Politik API yang ditulis oleh Ahmad Boestamam. API merupakan pertubuhan politik yang pertama diharamkan oleh British.

Ideologi dan perjuangan API

Tujuan berdirinya API sebagaimana yang terkandung dalam buku "Testament Politik A.P.I." adalah:
  • Menyatukan pemuda-pemuda insaf dalam satu barisan.
  • Mengukuhkan barisan perjuangan untuk bangsa dan tanah air.
  • Memberi latihan sahsiah, rohani dan jasmani kepada pemuda-pemudanya supaya bersedia menjadi pemimpin bila dikehendaki.
  • Membina semula Malaya mengikut fahaman demokrasi yang sejati berdasarkan kedaulatan rakyat.
  • Menuntut perwakilan dalam pemerintahan Malaya.
Sementara itu tuntutan API pula adalah seperti berikut:
  • Tuntutan politik: Negara merdeka, demokrasi tulen, pemerintahan datang dari rakyat dan faedah kebajikan untuk rakyat (dari rakyat untuk rakyat).
  • Tuntutan ekonomi: Gagasan ekonomi yang teratur dari rakyat untuk rakyat. Susunan ekonomi yang dipegang oleh negara.
  • Perubahan susunan masyarakat dan keadilan sosial: Keadilan sosial adalah merupakan kayu pengukur sama ada demokrasi berjalan sepenuhnya atau pun tidak. API menyatakan bahawa selagi ada susun kelas mesyarakat selagi itulah demokrasi tidak tulen. API mahukan penentangan kelas antara rakyat dihapuskan dalam masyarakat bangsa Melayu.

Rujukan

Lihat juga

Sumber (Bold Copy): 


ms.wikipedia.org/wiki/Angkatan_Pemuda_InsafTranslate this page
Angkatan Pemuda Insaf (API) merupakan sebuah parti politik yang ditubuhkan pada 17 Februari 1946 di Ipoh, Perak, oleh Ahmad Boestamam, Abdul Rahman ... 

ms.wikipedia.org/.../Fail:Angkatan_Pemuda_Insaf.jpgTranslate this page
Fail:Angkatan Pemuda Insaf.jpg. Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Lompat ke:

tukartiub.blogspot.com/.../api-angkatan-pemusa-insaf-...Translate this page
Feb 17, 2013 – Angkatan Pemuda Insaf (API) merupakan sebuah parti politik yang ditubuhkan pada 17 Februari 1946 di Ipoh, Perak, oleh Ahmad Boestamam, ...

suratdalampeti.blogspot.com/.../apiangkatan-pemuda-i...Translate this page
Jun 27, 2011 – API adalah akronim bagi Angkatan Pemuda Insaf.Angkatan ini telah diharamkan oleh pihak british waktu dulu.Tapi N3 ini bukanlah hendak ...

psejarahsmkdds.blogspot.com/.../pkmm-dan-angkatan...Translate this page
Jan 14, 2011 – PKMM DAN ANGKATAN PEMUDA INSAF (API). Foto Tokoh-tokoh PKMM & API Gambar ini di ambil di tepi belukar di sebuah kampung, ...

papanputih.wordpress.com/.../api-angkatan-pemuda-i...Translate this page
Sep 19, 2010 – Posts about API (Angkatan Pemuda Insaf) written by Papan Putih. 


apinsaf.tripod.com/latar.htmlTranslate this page
Gerakan Pemuda Insaf berasaskan dan merupakan kesinambungan dari perjuangan menuntut kemerdekaan oleh Angkatan Pemuda Insaf (API) yang telah ...


melayumoden.com/?p=304Translate this page
Oct 20, 2008 – Beliau adalah Ketua Angkatan Wanita Sedar (AWAS) yang berganding bahu dengan Angkatan Pemuda Insaf (AP!) bagi mengibarkan ...


https://twitter.com/Amirsyafiq25/statuses/170380284158676993
Instantly connect to what's most important to you. Follow your friends, experts, favorite celebrities, and breaking news.

demamalaysia.wordpress.com/.../angkatan-pemuda-ins...Translate this page
Oct 20, 2008 – Posts about Angkatan Pemuda Insaf (API) written by DEMA Malaysia. 

Nota: 
Gambar yang dipaparkan adalah dari pemuka imeg google tajuk berkenaan. Tersiar gambar tidak berkenaan adalah bukti ketidak upayaan individu yang berkenaan memaparkan kepada tajuk yang tidak sepatutnya untuk imeg tajuk tersebut. Harap maklum dan terima kasih.

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 






Tiada ulasan: