Rabu, 29 Mei 2013

543. Kesatuan Melayu Muda. (KMM)

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja p3c3q

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Lompat ke: pandu arah, cari
Kesatuan Melayu Muda (KMM) ditubuhkan pada 1938 di Kuala Lumpur, ibu negara Negeri-negeri Melayu Bersekutu oleh Ibrahim Yaakob untuk melindungi hak-hak orang Melayu dan menentang penjajahan British. KMM merupakan pertubuhan politik bersifat kebangsaan yang pertama di British Malaya. Pertubuhan ini berhasrat untuk menggulingkan pemerintahan Inggeris di Tanah Melayu dengan tindakan keras dan menyatukan Tanah Melayu dengan Indonesia di bawah Panji Melayu Raya. Perjuangan yang amat radikal ini menyebabkan pihak Inggeris menggangap mereka pejuang berhaluan kiri.

Isi kandungan

Anti penjajah British

Penubuhan KMM berkait rapat dengan keadaan di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), yang kini dikenali sebagai Universiti Pendidikan Sultan Idris di Tanjung Malim,Perak pada tahun 1930-an.

Semangat anti-British dipanaskan melalui syarahan dan penulisan di maktab tersebut. Cikgu Ibrahim Yaakob sendiri merupakan seorang bekas guru pelatih maktab itu. Antara bekas pelajar MPSI yang lain yang bergiat di dalam KMM adalah Hassan Manan, Abdul Karim Rashid dan Mohd Isa Mahmud.

Selepas penubuhan pusat KMM di Kuala Lumpur, ahli-ahli KMM yang ramai terdiri daripada guru-guru graduan MPSI mula menyebarkan sayap KMM ke pelusuk Tanah Melayu. Kemudiannya, KMM dan beberapa pertubuhan Melayu yang lain telah mengaturkan satu kongress Melayu di Kuala Lumpur pada Ogos, 1939.
Kongress kedua telah diadakan di Singapura pada Disember 1940. Kongress sepatutnya diadakan di Ipoh pada tahun 1941. Akan tetapi, kehendak itu terhalang apabila Perang Dunia II meletus dan Tanah Melayu jatuh ke tangan Jepun.

Membeli Warta Malaya

Sewaktu Perang Dunia II semakin menghampiri Tanah Melayu,pemuda-pemuda KMM telah menyemarakan semangat anti-British. Pada 1941, Konsul Jeneral Jepun di Singapura telah membantu KMM membeli akhbar Melayu di Singapura yang dipanggil Warta Malaya dengan memberikan kemudahan kewangan.

Pada tahun 1941, pihak British telah mula mengesan pengaruh Jepun di dalam KMM. British telah memerhati KMM dengan dekat dan pada akhir tahun 1941, pucuk kepimpinan KMM termasuk Ibrahim Yaacob dipenjarakan. Perjuangan KMM menjadi lemah apabila ramai pemimpin mereka ditangkap. Kelemahan mereka semakin ketara apabila Jepun mula menduduki Tanah Melayu.

Jurubahasa tentera Jepun 

Semasa tentera menyerang Tanah Melayu, pemuda-pemuda KMM telah membantu kemaraan tentera-tentera Jepun ke Tanah Melayu sepanjang tahun 1941-1942 sebagai penunjuk jalan dan juru bahasa.

Ibrahim dilatih selama enam bulan dan sebelum Jun 1944 dia dilantik sebagai Komandan Giyuugun dengan pangkat Leftenan Kolonel. Dengan bantuan tentera Jepun pasukan Giyuugun telah ditubuhkan di Semenanjung Tanah Melayu dan di Sumatera.

KMM mempunyai hubungan yang akrab dengan Jepun. Pada Januari 1942, KMM meminta kemerdekaan Tanah Melayu dengan rasminya daripada Jepun. Ini membuatkan KMM sebagai badan politik kebangsaan Tanah Melayu yang pertama yang berbuat demikian. Walaupun begitu, Jepun menolak permintaan tersebut.

Ibrahim ke Jakarta

Ibrahim Yaakob menghantar tiga wakilnya ke Jakarta untuk berunding dengan Soekarno. Di Jakarta, Badan Penyelidikan Usaha Persiapan Kemerdekaan Indonesia membicarakan batas sempadan negara Indonesia iaitu termasuk bekas Hindia Belanda, atau bekas Hindia Belanda ditambah dengan Malaya, New Guinea, Borneo Utara dan Timor Timur Portugis. Ataukah bekas Hindia Belanda tolak New Guinea. Prof. Mohammad Yamin menganjurkan alternatif kedua, yakni Indonesia Raya. Soekarno setuju dan pada pemungutan suara 39 dari 62 anggota Badan tersebut memilih Indonesia Raya.

Pertemuan Taiping 1945

Pada 13 Ogos 1945, Ibrahim Yaakob telah bertemu dengan delegasi Ir Sukarno, Drs Mohammad Hatta, Drs Burhanuddin Helmi dan Mejar Jeneral Umezu di bandar Taiping, Perak. Sukarno dan Hatta singgah di Lapangan Terbang Taiping dalam perjalanan pulang dari Saigon, Vietnam ke Indonesia.[1] Mereka menyatakan bahwa rakyat di Tanah Melayu ingin bersatu dalam negara Indonesia. Ibrahim Yaakob lahir di Temerloh,Pahang pada 1911. Beliau berketurunan Bugis dan mengkagumi karisma Sukarno. Ibrahim Yaakob menegaskan kepada Sukarno bahawa orang- orang Melayu bertekad untuk menjadi orang Indonesia yang merdeka.

Indonesia Raya tidak menjadi kerana Jepun menyerah kalah secara tiba-tiba pada 15 Ogos 1945. Ibrahim diarahkan membubarkan Giyuugun . Pada 19 Ogos Ibrahim,isterinya, iparnya Onan Haji Siraj dan Hassan Manan terbang ke Jakarta dengan pesawat tentera Jepun. Sukarno mengaskan gagasan memasukkan Malaya tidak mudah kerana terpaksa berjuang menentang dua kuasa besar iaitu Belanda dan British.

Sukarno menyarankan Ibrahim dan rakan rakan-rakan berjuang di pulau Jawa untuk mencapai 'Indonesia Raya'. Sehingga 1973 barulah Ibrahim kembali ke Malaysia kerana sebelum itu kerajaan Malaysia melarang beliau kembali.

Pertemuan dengan Tunku Abdul Rahman 1955

Pada November 1955, Ibrahim Yaakob bertemu dengan Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu iaitu Tunku Abdul Rahman yang menemui Presiden Sukarno di Jakarta. Tunku mahu Malaya merdeka dalam Komanwel British. Sedangkan Ibrahim mahu Malaya merdeka dalam kerangka 'Indonesia Raya'

Ibrahim menjadi ahli parlimen Indonesia

Dengan sokongan Sukarno, Ibrahim dilantik sebagai ahli Parlimen Indonesia dengan nama 'Iskandar Kamel'. Apabila terjadi peristiwa lubang buaya 1965, Ibrahim / Iskandar Kamel mengundurkan diri menjadi ahli parlimen. Kemudian beliau merintis membentuk 'Bank Pertiwi' dan menjadi pengarahnya.
Ibrahim Yaakob meninggal dunia pada 8 Mac 1979 dan disemadikan di Kalibata, Jakarta - tanda bukti beliau seorang patriot.

Rujukan

Sumber (Bold Copy):

Imeg Kesatuan Melayu Muda (KMM).


en.wikipedia.org/wiki/Kesatuan_Melayu_Muda
Kesatuan Melayu Muda (Jawi: كساتوان ملايو مودا ;KMM; roughly Young Malays Union in Malay) was the first national political establishment in British Malaya. 

sukosenseispm.blogspot.com/.../kesatuan-melayu-mud...Translate this page
Apr 3, 2009 – Kesatuan Melayu Muda(KMM). Ditubuhkan pada tahun 1939. Dipimpin oleh Ibrahim Haji Yaakob(wartawan akhbar Majlis) Objektif: ... 

Catatan Sejarah: Kesatuan Melayu Muda 
coretansejarah.blogspot.com/.../kesatuan-melayu-mud...Translate this page 
Nov 13, 2009 – Namun, perjuangan politik yang mula jelas di Tanah Melayu pada akhir tahun 1930-an dengan penubuhan Kesatuan Melayu Muda (KMM) ... 

matamin02.blogspot.com/.../kesatuan-melayu-muda-k...Translate this page
Jan 23, 2010 – Kesatuan Melayu Muda ringkasnya KMM ialah perubuhan Melayu yang berunsur politik yang pertama di Tanah Melayu. KMM ditubuhkan ...


ieshamww2.blogspot.com/2011/.../kmm-1938-1942.h...Translate this page
Kesatuan Melayu Muda atau lebih dikenali sebagai KMM telah ditubuhkan di Kuala Lumpur pada tahun 1938. Ia merupakan pertubuhan politik kebangsaan ...


gbgerakbudaya.com › Featured TitlesTranslate this page
Kesatuan Melayu Muda (KMM) merupakan parti politik Melayu pertama ditubuhkan ... KMM sering dianggap sebagai pelopor jalur politik moden Melayu yang ...


khaikerr.blogspot.com/.../kesatuan-melayu-muda-km...Translate this page
Feb 12, 2013 – Kesatuan Melayu Muda (KMM) ditubuhkan pada 1938 di Kuala Lumpur oleh Ibrahim Yaakob.KMM merupakan pertubuhan politik bersifat ... 

www.mole.my/content/misplaced-admiration
Sep 5, 2012 – “Kesatuan Melayu Muda…pro-actively aided the Japanese invasion in the planning and ground work that led to the landings in Kelantan on 8 ... 

kesatuanmelayumuda.wordpress.com/Translate this page
Jun 9, 2009 – Mungkin ia merujuk kepada API, AWAS dan Kesatuan Melayu Muda… Nak tunding kat UMNO, waktu tu UMNO sleeping partner penjajah. 

Nota: 
Gambar yang dipaparkan adalah dari pemuka imeg google tajuk berkenaan. Tersiar gambar tidak berkenaan adalah bukti ketidak upayaan individu yang berkenaan memaparkan kepada tajuk yang tidak sepatutnya untuk imeg tajuk tersebut. Harap maklum dan terima kasih.

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 
fgtyucv. 

Tiada ulasan: