Khamis, 30 Mei 2013

550. Ya Allah gerun aku dengan jenis-jenis me"layu". Ketakutan aku Ya Allah. Ampunkan aku hambaMu Ya Allah.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

اسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Munafik dan kafir laknatullah sebenarnya pemberontak dan pengganas.

Bahaya dengan lidah dan jari me"layu" nie ... sampah yang langsung x boleh diguna pakai semula. Bahasa pun kesat lambang keperibadian me"layu". Semua milik melayu jadi "layu" semuanya, gara-gara 100% guna lidah mata jari yang kononnya 100% me"layu" punya. 

Walhal semua benda tu ciptaan serta pinjaman dan milik Allah S.W.T.. Langsung tiada takut dengan azab Allah S.W.T.. Semua jadi saksi kecuali mulut. Ya Allah ampunilah aku Ya Allah.

Bahasa main lepas sahaja. Mencarut, maki hamun, melucah, mengada-adakan cerita, mengiakan perkara bohong, bersubahat dengan perkara bohong dan fitnah. Gerun aku dengan bahasa mereka. 

Politik punya hal, langsung sepertinya tidak takut mati. Sementara hidup habis semua di"layukan". 
Menyatakan perkara baik untuk menyedarkan me"layu" supaya menjaga keIslaman mulut, jari, mata dan lidah., pun kena sembur, siap kata baru keluar gua ke apa. Bila ditanya tidak pula menjawab. Kena perlekeh, siap kata "buat penat aje". Ya Allah gerun aku dengan jenis-jenis me"layu". 

Anak siapa lah mereka agaknya?. Bab memperkecil dan merendah-rendahkan orang lain, bukan main lagi. Jadilah laman sosial penambah dosa. Nauzubillah. Ya Allah jahatkah aku Ya Allah. Ampuni aku Ya Allah. 

Dah tau bendera tu dipasang terbalik ... pergi betulkan kalau mampu. kalau x mampu tel bagitahu ... banyak cara. Ini pun diisukan. Rakyat Malaysia sepatutnya tidak begitu. Alhamdulillah semakin aku kenal lidah me"layu". Muhasabah diri kerana Allah S.W.T.. melidahkanku, menjarikanku kepada jalan yang benar Islam agama Allah S.W.T.. 

Mengadu-dumba...
Ilmu adalah kehidupan dan cahaya. Sedangkan, kebodohan adalah kematian dan kegelapan. Semua keburukan penyebabnya adalah tidak adanya kehidupan (hati) dan cahaya. 

Semua kebaikan sebabnya adalah cahaya dan kehidupan (hati). Sesungguhnya cahaya itu menyingkap hakikat segala sesuatu dan menjelaskan tingkatan-tingkatannya. Dan, kehidupan adalah bukti sifat-sifat kesempurnaan yang mengharuskan munculnya kebenaran terhadap ucapan dan perbuatan. 

Kerana itu setiap kali dia berbuat dalam kehidupan, maka semuanya adalah kebaikan, seperti rasa malu yang disebabkan oleh kesempurnaan kehidupan hati, pemahamannya terhadap hakikat keburukan, dan ketakutannya dari keburukan. 

Sebaliknya, kebodohan dan keburukan yang disebabkan oleh kematian hati dan tidak takutnya kepada yang buruk. hadam slow2.. 
========================================================================
Kisah berikutnya. Sebelum  PRUTT! yang pertama!.

Aku baru kawin & duduk dgn bini aku bdua. Aku ni ada tabiat suke mkn telo rebus. x tau la nape, sedap agaknye. Sejak aku kawin tabiat tu kurang sket sbb bini aku msak sedap2 tp dh lame gak la aku x pekena telo rbus ni.

So, citernya bulan lps balik dr keje, kete aku rosak, aku cal bini aku n ckp aku balik lmbt sbb kena menapak. Sbb lapar sgt,masa otw tu, aku singgah kedai mkn.. 


ada telo rebus! apelagi..........., aku mkn nasi dgn telo rebus lah n order lg wat ratah. Sbelum balik aku bgkus lak, wat mkn smbil bjalan balik. kenyang yg amat, mklumla bls dendam sbb lama xmkn.

Buke je pintu rmh, bini aku ckp "abg, ada 'surprise'.." smbil sengih2 dia tutup mata aku n ikat ngn kain hitam n pimpin aku ke meja makan. Aku pn duduk, dia siap pesan jgn try2 nk buka ikatan. 

Aku nk gi toilet sbb perut start buat hal, tp mls nk spoilkan 'surprise' bini. Aku pn tahan je le dulu.. Tetiba fon bini aku berbunyi, dia angkat n gi jauh dr meja. Aku agakla, smp ke dapor dia pegi.

Peluang ni, aku pn kentut sbb dh dr td aku tahan.. bau bleh tahan sbb mkn byk telo..ok, lg skali.. aku pn angkt sbelah punggung dan lps lg satu das! 

PRUTT! bau mmg xhingat, aku pn x tahan.. lama plak bini aku ni, aku x sbr nk tau surprise dia. Aku rase nk kentut lg.. aku bangun, tonggeng dan PROTT!!.. fuhh lega. bau mcm bangkai.. dekat 2,3minit bru bau hilang..

Pstu bini aku dtg & mtk mf sbb lmbt, dia pn jerit 'SURPRISE!! HAPPY BIRTHDAY ABG!!' Lupe lak arini bday aku, dia suh aku buka kain pnutup mata, aku buka.. mulut aku terus melopong..

ALAMAK!!! aku tgk merah padam muke bpk n mak mertua aku, adik2 ipar aku, duduk keliling meja mkn. 


Bos n jiran sblah rmh aku pn ade? Aku nk cover malu, aku pn tanya la bpk mertua aku, 'dah lama ke bapak smpai?'. 

Slamber je bpk mertua aku jwb '"dah lama, sbelum kentut pertama lagi!!"
Baca yg ini bole hilang stress!!!!



 "..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH KESENANGAN YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185].

FIRMAN ALLAH S.W.T., YANG BERMAKSUD: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120]. 

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 




Tiada ulasan: