بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهKLIK UNTUK KE MENU UTAMA.
"KATA-KATA HIKMAH".
✽ WANITA YANG CANTIK ITU ✽
❥ Tetap TERSENYUM walau hatinya sedang terluka..
❥ Tetap TEGAR walau sebenarnya ia ingin menangis..
❥ Tetap MENERIMA walau hatinya begitu kecewa..
❥ Tetap KUAT walau sebenarnya ia merasa tak sanggup lagi..
❥ Tetap SEMANGAT walau diterpa banyak masalah..
❥ Tetap TAWAKAL karena semuanya akan kembali baik-baik saja..

Save our soul because Allah S.W.T..
Sahabat SEJATI senantiasa mengajak kepada KEBAIKAN dan selalu bersama di kala susah dan senang.
Dikisahkan bahawa Buhlul adalah merupakan seorang lelaki gila pada zaman al-Khalifah al-'Abbasi Harun ar-Rasyid. Pada suatu hari, Harun ar-Rasyid lalu berdekatan dengannya. Ketika itu dia sedang duduk di sisi kubur.
Harun ar-Rasyid berkata kepadanya dalam keadaan menghina: "Wahai Buhlul, wahai si gila, bilalah kamu ni akan ada akal?
Buhlul pun memanjat sebatang pokok sehingga sampai ke tempat yang paling tinggi. Kemudian dia menyeru Harun dengan sekuat-kuat suaranya. Wahai Harun, wahai si gila, bilalah kamu ni akan ada akal?
Harun pun pergi ke bawah pokok tersebut sambil menunggang kudanya. Harun berkata kepada Buhlul:"Aku yang gila atau engkau yang yang berada di atas pokok?"
Buhlul berkata kepada Harun: "Aku ada akal".
Harun bertanya: "Bagaimana kamu mengatakan kamu ada akal?"
Buhlul menjawab: "Aku ada akal dan tidak gila kerana aku tahu bahawa benda ni akan hilang (sambil dia menunjukkan ke arah istana Harun) dan benda ini akan kekal (sambil dia menunjukkan ke arah kubur). Maka aku telah meng'imarahkan ini sebelum ini. Manakala kamu pula sesungguhnya telah meng'imarahkan yang ini (dimaksudkan istana Harun) dan kamu telah merosakkan yang ini (dimaksudkan kubur). Kamu benci untuk berpindah daripada tempat yang kamu makmurkan kepada tempat yang kamu rosakkan sedangkan kamu tahu bahawa kubur itulah tempat kamu kembali bahkan tidak mustahil lagi. Buhlul pun berkata:"Katakanlah kepadaku siapakah di antara kita yang gila sebenarnya?"
Gementar hati Harun ar-Rasyid dan dia menangis sehingga basah janggutnya. Lalu dia berkata:"Demi Allah, sesungguhnya engkau benar." Kemudian Harun berkata: "Tambahkanlah nasihat untukku ya Buhlul."
Buhlul berkata: "Cukuplah bagimu Kitab Allah maka berpegang teguhlah dengannya." Harun berkata: "Adakah kamu ada sesuatu hajat, aku akan tunaikannya."
Buhlul berkata: "Ya, aku ada tiga hajat. Jika kamu menunaikannya, aku berterima kasih kepadamu."
Harun berkata:"Mintalah hajatmu itu."
Buhlul pun berkata: "Engkau tambahkan umurku."
Jawab Harun: "Aku tak mampu."
Buhlul berkata lagi: "Kamu selamatkan aku daripada Malaikat Maut."
Jawab Harun: "Aku tak mampu."
Buhlul berkata lagi: "Engkau masukkan aku ke dalam Syurga dan jauhkan aku daripada Neraka."
Jawab Harun: "Aku tak mampu."
Buhlul berkata: "Maka ketahuilah bahawa sesungguhnya engkau adalah 'mamluk' (yang dimiliki) dan engkau bukanlah 'malik' (yang memiliki). Aku tiada apa-apa hajat di sisimu."
Sumber: كتاب عقلاء المجانين
Terjemahan: Abu 'Ammar Madani. 2 Jun 2013.
Terjemahan: Abu 'Ammar Madani. 2 Jun 2013.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Imam Masjidil Haram Makkah, Sheikh Khalid Al Ghamidi dalam bacaan solat isya' Surah Al Haj Ayat 40: "Mereka yg dikeluarkan dari negeri mereka tanpa hak, semata-mata kerana mereka berkata: (Tuhan kami ialah Allah...) telah merobek persaan kami yg berada di hadapan Kaabah ini..
Terbayang-bayang di hadapan mata kami Nabi SAW disiksa, dipukul dan dihina di depan Kaabah ini...sehingga datang Sayyidina Abu Bakar melepaskannya dengan membaca ayat ini..
Ya Allah, berilah kepada kami taufiq, hidayah dan 'inayah-Mu dalam menyebar dan mempertahankan Agama ini. (AAM, Masjidil Haram, 24 Rajab 1434H).
Kita mengaibkan zaman kita sedangkan aib itu adalah diri kita. Tiadalah aib pada zaman kita itu melainkan diri kita sendiri. Kita seringkali menyalahkan zaman kita walaupun tiada noda padanya. Jika zaman itu mampu berbicara pasti ia akan menyalahkan kita... (Abu Fatih - AAM, Makkah, 3 Jun 2013).
Ya Allah, berilah kepada kami taufiq, hidayah dan 'inayah-Mu dalam menyebar dan mempertahankan Agama ini. (AAM, Masjidil Haram, 24 Rajab 1434H).
Renungan Insaf diri;
Daripada permusuhan itu ada sesuatu yang memberi manfaat kepadamu. Manakala daripada persahabatan pula ada sesuatu yang memudharatkan dan menyakitimu. Maka berhati-hatilah dalam semua keadaan. Bersederhana, tenang & tidak gopoh dalam tindakan. (AAM, Makkah, 24 Rajab 1434H). Kita mengaibkan zaman kita sedangkan aib itu adalah diri kita. Tiadalah aib pada zaman kita itu melainkan diri kita sendiri. Kita seringkali menyalahkan zaman kita walaupun tiada noda padanya. Jika zaman itu mampu berbicara pasti ia akan menyalahkan kita... (Abu Fatih - AAM, Makkah, 3 Jun 2013).
shared 1001 Sirah Nabi Muhammad's status.
Rasulullah s.a.w bersabda: Sembunyikanlah kebaikan-kebaikanmu sebagiamana engkau menyembunyikan keburukan-keburukanmu, dan janganlah engkau kagum dengan amalan-amalanmu, sesungguhnya engkau tidak tahu apakah engkau termasuk orang yang celaka (masuk neraka) atau orang yang bahagia (masuk syurga). (H.R. Al-Baihaqi) Slot Kisah Para Sahabat
Perilaku Abu Ayyub ra. terhadap Nabi SAW.
Dari Abu Ayyub ra. "Ketika Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah. maka Beliau tinggal di rumah Abu Ayyub ra. Rasulullah SAW tinggal di bagian bawah sedangkan Abu Ayyub di bagian atas rumah. Ketika malam tiba. Abu Ayyub tersadar bahwa ia tinggal di atas Nabi SAW berarti dirinya berada di antara Rasulullah SAW dan wahyu. Hal itu membuat ia susah untuk tidur. la pun khawatir jikalau ia menggerakkan kakinya dapat merontohkan debu-debu sehingga menyusahkan Nabi SAW.
Ketika pagi hari tiba maka ia berkata kepada Nabi SAW "Wahai Rasulullah, saya baru tersadar bahwa saya berada diatasmu Dan engkau berada di bawahku. sehingga saya takut bergerak yang menyebabkan jatuhnya debu-debu kepadamu Dan saya pun berada di antara engkau dan wahyu." Jawab Nabi SAW, "Wahai Abu Ayyub jangan kamu berlebihan, maukah aku ajarkan kepadamu suatu ucapan yang jika kamu mengucapkannya setiap pagi dan sore, sebanyak sepuluh kali. maka Allah akan memberikan sepuluh kebaikan. menghapuskan sepuluh dosa dan mengangkatmu sepuluh derajat dan kelak padi hari Kiamat engkau akan digolongkan sebagai seorang yang telah mcmbebaskan sepuluh budak. Ucapan itu ialah: Laa ilaaha illallaahu wahdahulaa syarikalahu ...
(Thabrani, Kanzul Ummal, 1/294)
Dari Abu Ayyub katanya,"Ketika beliau tinggal di rumahku maka aku berkata kepadanya, "Demi ayah dan ibuku, sesungguhnya daku merasa tidak enak jika tinggal di atasmu dan engkau berada di bawahku." Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya lebih mudah bagi kami untuk tinggal di bawah saja, agar memudahkan kami ketika menerima tamu." (Thabrani)
Suatu ketika tempat airku pecah maka airnya tumpah ke lantai. maka aku bersama istriku (Ummu Ayyub) segera mengeringkanya dengan kain milik kami padahal kami tidak memiliki lagi selimut lain kecuali itu. dengan perasaan takut dan khawatir air tersebut akan mengenai beliau dan menyusahkannva. Dan setiap hari kami menghidangkan makanan bagi Rasulullah SAW dan jika ada sisa dari makanan tersebut maka kami makan pada bagian bekas-bekas tangan Rasulullah SAW agar kami mendapat berkat dengan hal itu.
Pada suatu malam ketika kami hidangkan makan malam. kami bubuhkan di dalam masakan tersebut bawang. Beliau mengembalikannya kepada kami. Dan kami melihat tidak ada sedikit pun bekas tangan beliau. Maka hal ini kami ceritakan kepada Rasulullah SAW, mengenai makanan kami dan apa sebab beliau tidak mau menyentuh makanan kami sedikit pun Kata Beliau, "Aku dapatkan pada makanan ini bau bawang putih, di karenakan aku adalah seorang lelaki vang senantiasa berdzikir kepada Allah. maka aku tidak senang bila mulutku tercium bau yang tidak enak. Sedangkan untuk kalian maka silahkan kalian memakannya." (Kanzul Ummal. 5/50)
shared "KATA-KATA HIKMAH"'s status.
15 PINTU SYAITAN
①. Pintu marah.
②. Cinta dunia.
③. Enggan menghadiri majlis ilmu.
④. Panjang angan².
⑤. Rakus.
⑥. Bakhil.
⑦. Suka pujian.
⑧. Riak.
⑨. Ujub (mengagumi diri sendiri).
⑩. Takut dan gelisah.
⑪. Buruk sangka.
⑫. Memandang rendah orang lain.
⑬. Suka pada dosa.
⑭. Merasa aman dari pembalasan Allah SWT.
⑮. Putus asa dari rahmat Allah SWT.
Assalamualaikum ..
Saya mengucapkan dua kalimah syahadah (masuk Islam) pada malam Sabtu (18/05/13) di Perth , Australia di hadapan keluarga saya, rakan-rakan dan kenalan saya. Saya sentiasa berminat mengenai Islam dan dan minat saya lebih mendalam terhadap Islam apabila berjumpa dengan seorang lelaki Muslim yang mahu mengahwini saya . Saya telah mendalami mengenai Islam melalui saudara sangat rapat dan rakan-rakan saya . Awal pagi Khamis (yang saya dapati adalah masa Subuh) saya bangun dan saya membuat keputusan saya sudah bersedia untuk memeluk agama Islam. Alhamdulillah, saya tidak pernah begitu gembira dan berasa bangga seperti sekarang kerana telah menjadi seorang Islam .
oleh ,
Carly Saville
Perth , Australia ....

Pattani Darussalam. Pattani merupakan salah satu daripada 4 wilayah di selatan Thailand selain daripada Narathiwat, Yala dan Songkhla. Wilayah ini mempunyai majoriti penduduk yang beragama Islam iaitu 85 %.
Masyarakat Melayu tempatan memanggil wilayah ini sebagai Pattani Darussalam atau pun sebagai Patani Raya. Pattani berasal dari perkataan dalam Bahasa Melayu iaitu 'Pantai Ini'.
Pattani Darussalam asalnya adalah sebuah wilayah Islam yang telah dijajah Siam pada 1785. Pemerintah Pattani - Phraya Pattani ke-V dan terakhir iaitu Sultan Abdul Kadir Kamarudin Syah telah dibuang negeri ke Kelantan kerana terlibat dalam usaha untuk membebaskan Pattani dari Siam pada tahun 1902 sekaligus menghapuskan sistem beraja melayu di Pattani.
Penguasaan Siam ke atas Pattani diperkukuhkan pada tahun 1909 diakui oleh British secara rasmi melalui perjanjian yang dimeteraikan dengan British.
Inilah catatan ringkas sejarah Pattani yang perlu diinsafi oleh saudara-saudara seaqidahnya.

Perhatian:
Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan
dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk
menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan
larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak
bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan
perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana
individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina.
BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
Save our soul because Allah S.W.T..
Save our soul because Allah S.W.T.. Save our soul because Allah S.W.T..
Dengan Siapa Saya Wajib Berhijab dan Haram Bersalam?.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan