Isnin, 3 Jun 2013

559. Indonesia hebatnya.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

KLIK UNTUK KE MENU UTAMA.

1001 Sirah Nabi Muhammad
Sifat Ahli Neraka

Sabda Nabi SAW.: Mahukah aku beritahu (sifat-sifat) ahli neraka? Para sahabat menjawab, Ya. Baginda bersabda, 'utul (suka bertengkar/kasar bahasanya/tidak mahu mengalah), jawwaz (berlagak/ego/keras hati) dan mustakbir (sombong/bongkak/angkuh). 

(HR. Bukhari dan Muslim).
Eloklah. 7,317 rakyat Indonesia pemegang saham di Malaysia. Pengarah Syarikat dalam kalangan warga Indonesia di Malaysia pula berjumlah 10,989 orang.
JAKARTA - Seramai 7,317 warga Indonesia adalah pemegang saham dalam sejumlah syarikat yang didaftarkan di Malaysia pada masa ini.

Pada masa yang sama, pengarah syarikat dalam kalangan warga Indonesia di Malaysia pula berjumlah 10,989 orang, demikian menurut data yang dibentangkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Mohd Naim Daruwish di forum perniagaan Malaysia-Indonesia di sini pada Sabtu.


Forum perniagaan itu dipengerusikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia Datuk Hassan Malek.


Mohd Naim juga berkata sejumlah lapan syarikat Indonesia yang beribu pejabatdi Indonesia, telah mendaftarkan syarikat cawangan mereka di Malaysia.


Syarikat itu ialah P.N. Palajaran Nasional Indonesia; PT Merpati Nusantara Airlines; PT Lion Mentari; Rekayasa  Industri PT, PT Bank Syariah Muamalat Indonesia, TBK; KSO-SCISI; PT Riau Airlines dan PT Wings Abadi.


Empat daripadanya adalah dalam bidang pengangkutan dan penyimpanan masing-masing satu dalam bidang pembinaan, pendidikan; aktiviti profesional, saintifik dan teknikal (aktiviti profesional, saintifik dan teknikal) dan aktiviti perkhidmatan lain.


Setakat April tahun ini, sejumlah 1,033,709 syarikat telah berdaftar dengan SSM yang terdiri daripada 1,029,192 syarikat tempatan dan 4,517 syarikat asing.


Data daripada laporan itu juga menunjukkan bahawa syarikat-syarikat asing yang berdaftar dengan SSM dalam tempoh 13 tahun lalu meningkat setiap tahun daripada 3,896 syarikat pada tahun 2000 kepada 4,517 syarikat pada April, 2013. - Bernama

Sumber:
Bernama.
Blog SisiBukit.
Fatin Shidqia Lubis - Mercy - Duffy - English Sub - X Factor Indonesia - Gala Show 7


Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 

Tiada ulasan: