Sabtu, 8 Jun 2013

570. Kayanya BN?. Lebih Dari Mampu Parti Politik Barisan Nasional?. - Satu Projek Untuk Rakyat Negeri Pulau Pinang


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja p3c3q


Innalillahiwainnailaihirojium.  Tribute untuk Muslim:. Al Fatihah kepada Muslim yang terkorban dalam tragedi tersebut khususnya. Al Fatihah untuk seluruh Muslim untuk yang masih hidup dan yang telah kembali menghadap Allah S.W.T., serta untuk roh sendiri. Ucapan takziah kepada keluarga, sanak saudara, rakan taulan, sahabat handai dan kenalan. 

Antara yang keterlaluan ialah perkara ini dijadikan isu dan permainan buruk sangka dikalangan yang tidak berpada-pada untuk meneruskan kehidupan yang lebih bersifat sementara pinjaman Allah S.W.T.. Sepertinya berpesta dengan kata mengata, cacian, umpat, tuduh menuduh serta menyalah guna ilmu pengetahuan juga pinjaman Allah S.W.T.. Disertakan: Doa Mohon Perlindungan Allah S.W.T.. dari azab api Neraka, azab kubur, fitnah dunia, fitnah kematian, kejahatan fitnah al Masih ad Dajjal (dibahagian bawah entry).
Gambar berkaitan Jambatan Kedua Pulau Pinang yang dibangunkan oleh Kerajaan Persekutuan dibawah amanah Rakyat Malaysia kepada Parti Politik Barisan Nasional. Kekayaan dan kemampuan Parti Umno Barisan Nasional, melangkaui kekayaan dan kemampuan Kerajaan Malaysia?.

Semalam sebahagian daripada struktur jambatan kedua Pulau Pinang telah runtuh dalam satu kejadian yang dipercayai berlaku sekitar jam 7 malam.

Laporan berserta gambar-gambar dari tempat kejadian sila lihat di SINI dan juga di SINI.. 

Serba Sedikit Fakta Projek Jambatan Kedua Pulau Pinang. 

~ Jambatan Kedua Pulau Pinang dibangunkan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Rancangan Malaysia ke-9 
   (RMK-9) sebagai sebahagian daripada pembangunan Koridor Ekonomi Wilayah Utara.

~ Pembinaannya membabitkan perbelanjaan RM4.5 bilion melalui pembiayaan bank. Sejumlah RM1 bilion 
   daripada perbelanjaan itu bagaimanapun diperoleh oleh syarikat dari China, China Harbour Engineering 
   (CHEC) yang turut terlibat di dalam pembinaan jambatan itu.

~ Penglibatan CHEC adalah bertujuan membangunkan sebahagian struktur Jambatan Kedua, 
   memandangkan syarikat itu mempunyai kepakaran antarabangsa di dalam aspek pembinaan jambatan 
   berteknologi tinggi.

~ Jambatan itu dibina dengan teknologi penyerapan gegaran gempa bumi sehingga mencecah bacaan 7-8 
   pada Ritcher.

~ Tempoh konsesi dan kadar tol yang akan dikenakan kepada pengguna yang melalui jambatan ini, masih 
   lagi sedang diteliti oleh Jawatankuasa Penswastaan di Unit Kerjasama Awam dan Swasta (UKAS), 
   Jabatan Perdana Menteri.

~ Kontraktor utama yang terlibat dengan pembinaan projek Jambatan Kedua Pulau Pinang ini ialah seperti 
   berikut:- 

1. Chec Contructions (M) Sdn. Bhd ~ Negara Asal: Republik China. Tarikh Milik Tapak 8 November 
    2008. 

2. UEM Builders Berhad ~ Negeri Pendaftaran: Kuala Lumpur. Tarikh Milik Tapak: 8 Jun 2009. 

3. Cergas Murni Sdn. Bhd ~ Negeri Pendaftaran: Kuala Lumpur. Tarikh Milik Tapak: 19 Mei 2010. 

4. IJM Contructions Sdn. Bhd ~ Negeri Pendaftaran: Selangor. Tarikh Milik Tapak: 28 Jun 2010. dan 

5. HRA Teguh Sdn. Bhd ~ Negeri Pendaftaran: Kuala Lumpur. Tarikh Milik Tapak: 19 Mei 2010.

~ Setakat 30 September 2010 seramai 106 subkontraktor telah dilantik oleh kontraktor utama bagi 
   melaksanakan projek ini. Daripada jumlah tersebut, seramai 26 subkontraktor atau 24.5% merupakan 
   kontraktor yang berdaftar di Negeri Pulau Pinang.

Biar pun fakta-fakta mengenai projek Jambatan Kedua Pulau Pinang ini telah berulang kali disiarkan oleh Utusan ( lihat di SINI) yang menjadi lidah rasmi UMNO dan juga TV3 di SINI sendiri.. kebebalan mengatasi segala..

Posting PAPAGEGE FRENZ
berdasarkan gambar dibawah:
Ini jawapan Ketua Menteri Pulau Pinang.
Bila ditanya sekali lagi..
Sumber yang memberi laluan pengetahuan: 
Dari Sungai Derhaka
- Pencacai UMNO tuduh Guan Eng yang luluskan projek jambatan yang runtuh itu.. Friday, June 7, 2013.
- Lengan tak bergerak dikesan, pampasan RM10,000 kepada mangsa runtuhan (Gambar). Friday, June 7,
   2013.











Sumber rujukan iringan atau lanjutan: 
Utusan Malaysia - Jambatan ke-2 beri manfaat. ARKIB : 04/05/2013. Oleh FADZIL ZAINOL - ekonomi@utusan.com.my . 
Berita TV3.
- Jambatan Kedua Pulau Pinang Dirasmikan September. 29 Apr 2013, 09:24pm by Syuhada Rais
- See more at: tajuk utama Jambatan Kedua Pulau Pinang Dirasmikan September.

.Ketika kerajaan DAP Pulau Pinang sibuk menjual idea projek terowong dasar laut, kerajaan Barisan Nasional sudah lama memenuhi permintaan rakyat pulau mutiara itu.

Aspirasi dijelmakan menerusi Projek Jambatan Kedua Pulau Pinang, yang kini sudah 94% siap dan dijangka dibuka kepada umum menjelang september ini.

Wartwan TV3 meninjau perkembangan projek mega itu, menjelang lawatan Perdana Menteri esok.

Terpanjang di asia tenggara dengan jarak atas air mencecah 16.9 kilometer dengan kos pembinaan RM4.5 bilion.

Jambatan kedua Pulau Pinang menghubungkan Kawasan Perindustrian Baru Batu Kawan dan Batu Maung.

Walaupun dirancang semasa pentadbiran bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, janji tetap ditepati projek masih diteruskan walaupun pakatan pembangkang memegang teraju kerajaan negeri.

Jambatan ini juga mampu tahan gegaran gempa bumi sehingga 7.1 pada skala richter dan mengunakan lebih 99% bahan mentah daripada sumber tempatan.

Projek turut memberi nilai tambah kepada ekonomi rakyat dan kontraktor bumiputra di Pulau Pinang.

Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dijangka meninjau perkembangan pembinaan dek navigasi utama jambatan itu apabila melakukan lawatan kerja ke Pulau Pinang esok.

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..

Doa Mohon Perlindungan Allah S.W.T.. dari azab api Neraka, azab kubur, fitnah dunia, fitnah kematian, kejahatan fitnah al Masih ad Dajjal.
khgvc.

Tiada ulasan: