(I). Budaya campak tepung, rosakkan kek hari lahir, parti hari lahir campur laki pompuan dewasa...
Tepung tu boleh buat lempeng, roti canai. Kek hari lahir tu pula bukannya murah. Orang miskin tak mampu pun beli kek. Terliur fakir miskin tengok bila lalu kedai kek. Ada je orang yang sekali setahun je dapat merasa makan kek. Ingat. Semua ni bukan budaya Islam pun.
Tak surprise pun buat macam tu. Kalau nak buat juga:
1. Ramai-ramai berikan ucapan "Mati dah dekat, lekaslah bertaubat." Hadiah pun bagi hadiah kain kapan. Bagi hadiah kopiah/jubah bersama nota, "rajin2 solat ya." Hehe
2. Tadabbur pengertian Ya Siin ramai-ramai atau bertahlil bersama-sama member dalam bilik dorm. Sekurang-kurangnya ingat juga dekat mati. Ingat orang dah mati je ke baru nak bertahlil? Baca Ya Siin ni afdhalnya utk org yg masih hidup untuk diambil pengajaran dan peringatan.
3. Solat hajat bersama-sama minta dipanjangkan umur, murah rezeki, kejayaan dunia akhirat dll.
4. Berikan hadiah dan penghargaan. Bukan pada tuan punya badan, tapi pada si ibu yang melahirkan beliau. Susah payah si ibu yang mengandungkan beliau 9 bulan 10 hari. Kalau anak ada 10 orang, 10 kali ibu dpt hadiah. Terharu si ibu.
5. Dah terbeli tepung? Buatlah durian crepe. huhu
6. Bawak member tu naik van jenazah yg ada jenazah bersama-sama korang.
7. Bawak member pergi hospital. Bila tengok org sakit, barulah hargai nikmat sihat nk wat ibadat.
8. Bawak member ziarah kubur. Tak delah benda lebih bijak atas dunia ni dari mengingati mati. "Kubur kita nanti kat mana lah ye..hari ni kita ada member ramai camni, bila dah mati tade geng dah..sorang-sorang je dlm kubur...tlg jgn miskol aku lak dlm kubur or mintak share kredit RM2.."
Selamat menyambut hari lahir. Semakin hari semakin dekat jarak kita dengan liang lahad.
(II). KISAH PAKU DI DINDING..
"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.
Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu
tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.
Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, di mana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.
Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.
Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya. Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata ...
"Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.
Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal."
Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.
(III). Berbahagia kerana Allah S.W.T., dengan berniaga.
Kakak aku kerja kerajaan, keluar pukul 6 pagi balik pukul 6 petang. 12 jam kerja. Gaji cecah rm2.8k sebulan. Balik kampung bercakap megah, ayat berapi dan takabbur dengan adik beradik. Tambah pulak dengan aku yang kerja berniaga tepi jalan ni.
Tapi kerja setahun dapat pakai kereta myvi SE. Masa nak enjoy dan keluar melancung memang terhad. Apatah lagi nak ke Makkah. Hidup terikat dan tak enjoy... Wow hebat tak terhingga.
Aku tak kerja kerajaan, hanya berniaga nasi lemak kukus di tepi jalan raya. Start kerja pukul 6 pagi sampai 10 pagi. Lepastu balik tidur dengan nyenyak. Hanya 4 jam kerja dapat income rm200 sehari paling minima. Setelah setahun berniaga.
Aku pakai honda civic type r jer pun.
Alhamdulillah dah dapat pergi 5 negara termasuk ke Mekah selang 3 tahun
sekali.
Dapat beli tanah sendiri, dan hantar mak ayah aku menunaikan umrah tiap-tiap tahun. Kakak aku tiap-tiap kali tengah bulan mesti col aku nak pinjam duit. Bukan nak riak... tapi nak cakap kerja berniaga ni sungguh enjoy kerana tak sangkut paut dengan sesiapa.
Dapat beli tanah sendiri, dan hantar mak ayah aku menunaikan umrah tiap-tiap tahun. Kakak aku tiap-tiap kali tengah bulan mesti col aku nak pinjam duit. Bukan nak riak... tapi nak cakap kerja berniaga ni sungguh enjoy kerana tak sangkut paut dengan sesiapa.
Untuk
kakak-kakak yang pakai kemas bergaya kerja pejabat, janganlah pandang
rendah sangat pada orang yang berniaga tepi jalan. Hakikatnya poket
mereka lebih tebal dari poket kamu yang sentiasa kering di tengah bulan.
Kadang-kadang orang yang sombong adalah orang mendapat sedikit nikmat tetapi bermegah-megah dengan nikmat yang sedikit itu.
Kadang-kadang orang yang sombong adalah orang mendapat sedikit nikmat tetapi bermegah-megah dengan nikmat yang sedikit itu.
(IV). Pengakuan seorang wanita.
Sumber:
1001 Sirah Nabi Muhammad.
Aku doakan moga dirimu bahagia hingga ke akhir hayatmu. (Bahagian hidup keranaNya)
Perhatian:
Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan
pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi
lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah
S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk
kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada
kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba
Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan