Khamis, 20 Jun 2013

599. Panglima Khalid Al-Walid ‘Pedang Allah’ sedang berperang di Iraq, tiba-tiba ...

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Meja www.peceq.blogspot.com 

Aku berjuang bukan kerana Umar. 

Ketika Panglima Khalid Al-Walid atau ‘Pedang Allah’ sedang berperang di Iraq, tiba-tiba datang perintah dari Khalifah Abu Bakar As-Siddiq (632-634M) menyuruh Jeneral Khalid dan pasukannya berangkat ke Syria untuk mengahadapi tekanan tentera Romawi Timur. 

Walau pun keadaan di Iraq amat tegang, perintah Khalifah perlu dilaksanakan. Oleh sebab itu, setelah menyerahkan tanggung-jawabnya kepada Mutsanna bin Harith, berangkatlah Khalid bersama 1500 tenteranya ke Syria. Oleh kerana mereka perlu sampai ke Syria dengan cepat, Khalid telah memilih untuk melalui jalan padang pasir, Badi’us Samawah yang belum pernah dilalui manusia sebelum itu. Alhamdulillah, dengan pertolongan Allah S.W.T., mereka berjaya sampai ke Syria dengan pantas. Apabila sampai di Syria, Khalid telah dipilih memimpin seluruh tentera Islam di Syria.
Maka berlakulah pertempuran yang hebat di antara 40000 tentera Islam dengan 240000 tentera Romawi. Pada saat pertempuran sedang hebat berlaku, datang perutusan daripada Khalifah Umar Al-Khattab pengganti Khalifah Abu Bakar As-Siddiq yang baru meninggal dunia, membawa surat pemecatan Khalid. Alangkah terkejutnya Khalid setelah membaca surat pemecatan dirinya. Tugasnya harus diserahkan kepada Abu Ubaidah bin Jarrah. 

Bergetar jantung Khalid dan merah padam mukanya. Alhamdulillah, Khalid seorang satria sejati. Dia masih tersenyum seakan-akan tiada apa yang terjadi. Surat Khalifah disimpan agar tidak menimbulkan keresahan di kalangan tentera Islam yang sedang bertempur. Dengan semangat yang membara, turunlah Khalid ke medan perang memimpin tenteranya lagi. 

Dalam pertempuran itu, tentera Romawi kehilangan seramai 120000 jiwa. Manakala 3000 orang tentera Islam syahid, In Syaa Allah. Setelah kemenangan Islam tercapai, Khalid memanggil Abu Ubaidah bin Jarrah dan menunjukkan surat Khalifah kepadanya. Dan pada saat itu, Komando Tertinggi Tentera Islam di Syria pun diserahkan kepada Abu Ubaidah bin Jarrah. 

Seluruh umat Islam menyaksikan peristiwa itu dengan penuh kehairanan . Sikap Khalid menimbulkan tanda tanya di kalangan Tentera Islam. Bahkan ada di antara mereka yang bertanya, mengapa Khalid masih bertempur bermati-matian padahal dia sudah dipecat oleh Khalifah Umar? Aku berjuang bukan kerana kepentingan Umar. Aku berjuang semata-mata untuk Allah SWT!” jawab Khalid. 

Mereka pun terdiam. Perasaan terharu, kagum dan hairan menyelimuti mereka. Sementara itu mereka tertanya-tanya pula mengapa Khalifah Umar bertindak tidak adil kepada Khalid yang berjasa itu?“Tidak! Aku memberhentikan Khalid bukan kerana tidak suka kepadanya. Juga bukan kerana dia tidak jujur. Bahkan aku kagum padanya. Tindakan yang aku ambil hanyalah untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa kemenangan umat Islam selama ini hanyalah kerana pertolongan Allah SWT. Bukan kerana kehebatan Khalid. Jangan sampai ada tanggapan bahawa kemenangan kita selama ini semata-mata kerana kehebatan Khalid bin Al-Walid sahaja…” kata Khalifah Umar. 

Sesungguhnya perjuangan yang kita galas sekarang ini adalah kerana Allah S.W.T.. Hakikatnya akan datang ujian dalam bermacam bentuk dan segenap sudut. Ujian tidak semestinya datang dari musuh tetapi juga kadang-kadang datang dari teman itu sendiri. Kepentingan untuk terus kekal dan tabah dalam perjuangan adalah satu perkara yang cukup penting. 

Walau apapun risiko yang bakal kita hadapi tetapi sedar dan percayalah saudaraku, sesungguhnya risiko yang akan kita hadapi di akhirat dengan tidak berjuang adalah lebih besar lagi. Contohilah kebesaran jiwa Khalid yang mana tetap gigih dan tabah berjuang walaupun dalam saat getir beliau seolah-olah dimalukan. Sunnah dalam perjuangan adalah apabila dakwah kita tidak dapat ditolak, maka musuh akan mencari kelemahan kita untuk menolak dakwah kita. Sama ada kelemahan itu dari dari kelemahan kita ataupun kelemahan yang di cipta. Oleh itu para pejuang sekalian jgalah dirimu dan jauhilah fitnah.

“ Bahawasanya segala amal perbuatan bergantung pada niat. Maka barang siapa yang hijrahnya menuju (keredhaan ) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu ke arah (keredhaan) Allah dan Rasul-Nya. Barangsiapa yang hijrahnya itu kerana dunia (harta atau kemegahan dunia) atau kerana seorang wanita yang akan dikahwininya, maka hijrahnya itu ke arah yang ditujunya.” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim

Sumber: Jalan ke Syurga
Zulfarizan Zakaria "FABI AYYI AALA IRABBIKUMA TUKAZZHIBAN" = Nikmat Tuhan Manakah Yang Engkau Hendak Dustakan?........muhasabah buat diri kite ni belake kerana Allah S.W.T..... 
"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185] 

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120]  
KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< . 
eaho™.  
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263). 
Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69).

"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86). 

Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob.  (Peceq Admin).

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 

KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< . 
eaho™.  
('_') Google Translate ('_') .Blogger Home. 
s3v3n

s3v3n
copyright©

Tiada ulasan: