Sabtu, 20 Julai 2013

1040. Mengapa Guru-Guru Ini Ditembak?.. Ini Penjelasannya.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


Tiga guru ditembak sepanjang dua minggu lalu, satu trend membimbangkan dan insiden berlaku berhampiran dengan sekolah di mana muridid mungkin turut menjadi mangsa. Insiden berlaku di Kelantan dan Kedah. Dalam ketiga-tiga kes itu, guru lelaki ditembak dari jarak dekat semasa berada dalam kereta. Dua daripadanya mati serta merta manakala seorang lagi berada dalam kecederaan serius. Ketiga-tiga insiden berlaku apabila guru itu sama ada dalam perjalanan ke sekolah atau sedang meninggalkan kawasan sekolah.Polis sedang mencari motif termasuk kemungkinan membabitkan hutang tidak berba... more »
.

Tiga guru ditembak sepanjang dua minggu lalu, satu trend membimbangkan dan insiden berlaku berhampiran dengan sekolah di mana muridid mungkin turut menjadi mangsa.

Insiden berlaku di Kelantan dan Kedah. Dalam ketiga-tiga kes itu, guru lelaki ditembak dari jarak dekat semasa berada dalam kereta. Dua daripadanya mati serta merta manakala seorang lagi berada dalam kecederaan serius.

Ketiga-tiga insiden berlaku apabila guru itu sama ada dalam perjalanan ke sekolah atau sedang meninggalkan kawasan sekolah. Polis sedang mencari motif termasuk kemungkinan membabitkan hutang tidak berbayar daripada ceti haram akan tetapi setakat ini, tiada laporan mengenai sebarang penangkapan.

Dilaporkan hutang isi rumah Malaysia mencapai angka merbahaya, dengan 83 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), dan dikatakan kebanyakan daripada yang berhutang adalah penjawat awam.

The Malaysian Insider melaporkan sebelum ini kebanyakan penjawat awam berhempas pulas membayar pinjaman untuk memenuhi keperluan keluarga. Sesetengahnya mencari pekerjaan kedua untuk menampung kehidupan.Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng menggesa pihak berkuasa menyiasat kes ini serta merta dan meminta ahli mereka berjaga-jaga. “Guruu seharusnya memberi tumpuan kepada profesion mereka,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Presiden Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (Pendidik), Normala Sudirman mendesak Kementerian Pendidikan memberikan perhatian terhadap kes tembakan ini dan mengambil langkah sepatutnya untuk melindungi guru. “Kelihatan nyawa guru sudah tidak bernilai,” kata Normala dipetik dari Harakahdaily." Kita tidak mahu suatu hari nanti murid pula mati ditembak di bilik darjah ketika guru mengajar jika isu ini tidak diambil perhatian serius oleh Kementerian Pendidikan," katanya.

Beliau mencadangkan kerajaan mewujudkan skim insurans sebagaimana yang diperuntukan kepada setiap pelajar untuk semua guru di samping bantuan kepada mana-mana ahli keluarga mangsa yang ditimpa musibah seperti ini." Isu kebajikan guru seperti ini perlu diambil perhatian segera terutama apabila berlaku kejadian di mana guru pula mati ditembak ketika pergi dan balik bertugas.

"Suatu mekanisme penyelesaian bagi menjaga kebajikan guru perlu diberi perhatian sewajarnya di saat warga pendidik dan ibu bapa serta pelajar berasa tidak selamat walaupun berada di bangunan sekolah," katanya kepada Harakahdaily. Pembunuhan Hashim Mat Zain pada 8 Julai dipercayai membabitkan masalah kewangan dan polis kini menemui beberapa petunjuk berhubung kes itu.

Hashim, 43, yang menguruskan hal ehwal murid di Sekolah Kebangsaan Beris Panchor Tawang mati selepas ditembak sebanyak tiga das. Mangsa ditemui mati dengan tiga tembakan apabila keretanya terbabas berhampiran sebuah rumah 300m dari sekolah. “Siasatan setakat ini mendapati mangsa dibunuh disebabkan masalah kewangan,” kata seorang pegawai kanan polis.

Tetapi pegawai itu mengatakan polis masih belum menemui motif percubaan bunuh terhadap seorang lagi guru Mat Zaki Hashim, 35, di Pasir Mas, Kelantan pada 12 Julai. Mat Zaki menderita kecederaan serius apabila ditembak di lehernya di Kampung Kubang Panjang, Pasir Mas. Beliau kini masih lagi berada dalam wad di Hospital Raja Perempuan Zainab II. Insiden ketiga berlaku pada 18 Julai apabila seorang guru sekolah mati selepas ditembak sembilan kali di lampu isyarat berhampiran Simpang Empat Keladi di Kulim.

K.Shamugan, 45, dari Taman Bidara berhenti di simpang lebih kurang jam 12.30 tengah hari apabila dua lelaki menaiki motorsikal Yamaha LC mendekatinya dari sebelah kiri kereta. Saksi memberitahu polis, seorang daripada lelaki itu mengambil pistolnya dan menambak mangsa berulang kali. ~the malaysian insider 
Zulfarizan Zakaria "FABI AYYI AALA IRABBIKUMA TUKAZZHIBAN" = Nikmat Tuhan Manakah Yang Engkau Hendak Dustakan?........muhasabah buat diri kite ni belake kerana Allah S.W.T..... 

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 

Tiada ulasan: