بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه.
Kehadiran tentera Mesir di sempadan dengan Gaza telah diperkukuh berikutan tambahan tentera secara besar-besaran Saksi berkata sejumlah besar tentera dilengkapi dengan jentolak dan kereta perisai di sepanjang sempadan . Jentolak tentera yang dijangka akan digunakan untuk merobohkan lebih banyak terowong yang menghubungkan Mesir dengan Semenanjung Gaza. Terowong telah digunakan untuk membekalkan Gaza dengan komoditi yang amat diperlukan sejak awal pengepungan Israel pada tahun 2006. Penutupan terowong tersebut akan meningkatkan harga komoditi di kawasan penduduk miskin di Palestine... more »
Kehadiran tentera Mesir di sempadan dengan Gaza telah diperkukuh berikutan tambahan tentera secara besar-besaran Saksi berkata sejumlah besar tentera dilengkapi dengan jentolak dan kereta perisai di sepanjang sempadan .
Jentolak tentera yang dijangka akan digunakan untuk merobohkan lebih banyak terowong yang menghubungkan Mesir dengan Semenanjung Gaza. Terowong telah digunakan untuk membekalkan Gaza dengan komoditi yang amat diperlukan sejak awal pengepungan Israel pada tahun 2006.
Penutupan terowong tersebut akan meningkatkan harga komoditi di kawasan penduduk miskin di Palestine.
Dua buah helikopter penyerang jenis apache tentera Mesir dilihat terbang di ruang udara Semenanjung Gaza minggu lepas. Jurucakap kerajaan Palestin di Gaza berkata bahawa mereka telah meminta penjelasan Mesir mengenai isu itu tetapi tidak mahu mendedahkan apa-apa maklumat lanjut.
Dengan penutupan terowong yang menjadi laluan bekalan ke Gaza, dan perbuatan tentera Mesir menceroboh ruang udara Gaza adalah tanda-tanda yang tidak sihat ke atas keselamatan Gaza dan penduduknya.
Penerbangan helikopter apache tersebut adalah satu ancaman sengaja yang dipertonton kepada Hamas sebagai isyarat memulakan permusuhan atau amaran supaya Hamas tidak mencampuri urusan dalaman Mesir.
Beberapa pemerhati politik menjangka perang akan meletus di Mesir antara tentera dengan Islamis berdasarkan beberapa petanda seperti penggunaan perkataan syahid pada banner, lukisan tompokan darah yang dibawa demonstran dan seruan para ulama yang menuntut orang-orang beriman supaya mempertahankan kerajaan Islam pimpinan Morsi.
Dengan penutupan semua terowong akan menyebabkan rakyat Gaza kebuluran, dan merebaknya penyakit tanpa ubat-ubatan. Kemusnahan besar penduduk Gaza akan berlaku. Tanpa penduduk Gaza akan menjadi sasaran mudah Israel yang selama ini memang mensasarkan Gaza untuk pendudukan penuh ke atas Palestine.
Zulfarizan Zakaria "FABI
AYYI AALA IRABBIKUMA TUKAZZHIBAN" = Nikmat Tuhan Manakah Yang Engkau
Hendak Dustakan?........muhasabah buat diri kite ni belake kerana Allah
S.W.T.....
Perhatian:
Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan
dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk
menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan
larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak
bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan
perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana
individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina.
BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan