Ahad, 21 Julai 2013

1055. Mesir - NEW ORDER dan CAMPUR TANGAN ASING Untuk Menghancurkan Egypt. (Pendapat peribadi).

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
 
NEW ORDER dan CAMPUR TANGAN ASING Untuk Menghancurkan Pemerentah Egypt Yang Sah. 

Ketua Negara Mesir Yang Sah dan berat kepada Pemerentahan Gaya Islamik melalui pilihan raya telah ditumbangkan oleh kuasa tentera yang sebelumnya telah melakukan sabotaj ekonomi.

Sabotaj ekonomi ini dilakukan untuk menimbulkan rasa tidak puas hati kepada rakyat Mesir. Antara sabotaj ekonomi yang dilakukan ialah kekurangan bekalan petrol dan bekalan elektrik yang sering terputus. Selepas rampasan kuasa tentera, dua keadaan kekurangan dan keputusan bekalan tersebut pulih sedia kala.

Lebih malang lagi adanya campur tangan asing dengan menyokong perancangan rampasan kuasa dengan penunjuk perasaan pro rampasan kuasa berbayar. 

Provokasi perampas kuasa terhadap Umat Islam yang sedang Solat Subuh dan Solat Tarawih hingga mengakibatkan ramai yang terkorban, tambah menyedihkan perasaan  dan menyuburkan rasa yang tidak ingin aku taipkan disini. 

Update Mengenai Mesir Dan Morsi Disini July 9 "SILA SHARE" Bisik si ibu: "Tengok wahai anakku ayahmu buat kali terakhir..Ucapkan selamat tinggal..dia akan ke syurga di sisi Allah". Situasi menyayat hati sebuah keluarga mangsa kekejaman askar yang menyembelih rakyat di awal pagi tadi. Update Mengenai Mesir Dan Morsi Disini ->http://bit.ly/morsidanmesir _ab_

Beberapa negara tetangga enggan menunaikan hajat pemerentah yang sah memohon bantuan kewangan. Apabila pemerentah yang sah dijatuhkan, negara tetangga yang asalnya enggan menyalurkan bantuan, tanpa segan silu mengisyaratkan bantuan dari negaranya sebagai tanda sokongan kepada rampasan kuasa tersebut. 

Pemimpin-pemimpin negara tetangga ini jugalah yang mengiakan rampasan kuasa tentera dengan perakuan janji bantuan kewangan yang melimpah ruah dan ucap tahniah. 

Kejatuhan pemerentah yang sah melalui pilihan raya, juga berkaitan dengan adanya watak-watak duri dalam daging yang merupakan bekas penguasa semasa pemerentah Mesir sebelumnya. Mereka ini sesetengahnya penguasa ekonomi Mesir. 

Terdapat juga kalangan mereka yang menjadi tali barut kuasa asing serta mempunyai hubungan baik dan berhubung erat dengan mereka yang memusuhi Islam. Peranan hakim yang merupakan golongan peninggalan perentah sebelumnya juga berperanan memporak perandakan upaya pemerentah yang sah. 

Ada jenis kuasa asing yang mempunyai sikap jika pemerentah sesebuah negara tidak sealiran dengan mereka, mereka akan berusaha menjatuhkan pemerentah tersebut. Mereka sanggup membunuh demokrasi pegangan mereka sendiri bila demokrasi negara lain memilih pemerentah yang tidak disenanginya.

Rangkaian ulasan sebegini juga menggambarkan kejayaan perampas kuasa dari pemerentah yang sah di mata dunia.

· Rakyat Malaysia perlu mengambil iktibar daripada konflik di Mesir apabila perubahan yang ingin dituntut tidak semestinya menjamin kemakmuran dan kesejahteraan rakyat, kata Datuk Seri Najib Razak.  

· Perdana menteri berkata perubahan yang tidak diurus dengan baik boleh membawa kepada penderitaan rakyat seperti kenaikan harga barangan, peningkatan pengangguran dan industri pelancongan menjadi lumpuh.

· "Akhirnya, ia membawa kepada rakyat sendiri yang menuntut kepada perubahan sekali lagi yang mana perubahan itu tidak memenuhi kehendak dan apa yang diharapkan oleh kita," katanya kepada wartawan Malaysia di akhir lawatan kerja empat harinya ke London pada Khamis.


· Najib berkata demikian bagi mengulas mengenai konflik terbaru di Mesir yang menyaksikan penggulingan Presiden Mohamed Morsi, pemimpin yang dipilih secara demokrasi oleh rakyat Mesir pada 30 Jun 2012 bagi menggantikan Hosni Mubarak.

Perdana menteri berkata apa yang penting bagi Mesir adalah untuk mencari penyelesaian secara aman selain memastikan proses pilihan raya diadakan di masa terdekat, dengan dijalankan secara adil dan inklusif.


Namun begitu, beliau menegaskan peristiwa yang berlaku itu adalah soal dalaman Mesir, "walaupun kita tidak sokong tindakan ketenteraan, tetapi ia sudah terjadi."


"Diharap kerajaan baharu dapat diwujudkan, yang mencerminkan hasrat dan aspirasi rakyat Mesir, yang dapat menjaminkan kestabilan jangka panjang negara itu," katanya.
Zulfarizan Zakaria "FABI AYYI AALA IRABBIKUMA TUKAZZHIBAN" = Nikmat Tuhan Manakah Yang Engkau Hendak Dustakan?........muhasabah buat diri kite ni belake kerana Allah S.W.T..... 

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 

Tiada ulasan: