بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Akhbar harian Turki, Zaman melaporkan Perdana Menteri Recep Tayyip
Erdogan enggan berbicara dengan Naib Presiden Mohamed ElBaradei dari
Mesir apabila beliau menawarkan diri untuk mengadakan rundingan dengan
Turki.
Sebaliknya Erdogan menempelak ElBaradei dengan mengatakan beliau bukan
dilantik ke jawatan itu secara sah tetapi pelantikannya adalah hasil
dari rampasan kuasa tentera.
Kata Erdogan, beliau menerima sepucuk surat dari ElBaradei memohon
diadakan perbualan telefon berikutan kritikan keras beliau terhadap
rampasan kuasa oleh pasukan tentera di Mesir.
“Kenapa saya perlu bercakap dengan awak? Awak bukan (naib presiden) yang
dilantik. Awak seorang naib presiden yang dilantik hasil dari kudeta
tentera,” kata Erdogan merujuk kepada ElBaradei pada satu majlis di
Ankara.
ElBaradei, bekas Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA),
dilantik sebagai naib presiden Mesir untuk hubungan luar selepas tentera
mengguling Presiden Dr Mohamed Morsi pada 3 Julai lalu dan
mengisytiharkan ketua hakim mahkamah perlembagaan, Adli Mansour sebagai
presiden sementara.
Sikap Erdogan ini berbeza dengan sikap kebanyakan pemimpin Arab yang
lain yang merestui tindakan tentera Mesir menggulingkan Morsi dari parti
Ikhwanul Muslimin. Para pemimpin negara Arab, terutama Arab Saudi,
Qatar, Emiriyah Arab Bersatu dan Jordan menyatakan sokongan secara
terang-terangan menyokong tindakan tentera Mesir itu.
Malahan bantuan kewangan berjumlah ratusan juta dolar dari negara-negara
tersebut datang mencurah-curah bagi menandakan sokongan mereka.
Negara-negara Arab ini jugalah yang menyemarakkan api peperangan saudara
di Syria dengan membiayai para pemberontak di negara itu.
Dengan berselindung di sebalik imej Islam, mereka inilah yang sebenarnya
bekerja untuk Amerika Syarikat dan Israel bagi mengucar-kacirkan rantau
Afrika Utara dan Timur Tengah demi kepentingan kedudukan mereka untuk
terus menerajui kerajaan dan merampok harta kekayaan milik negara.
Kestabilan politik Mesir dan hasrat kerajaan pimpinan Morsi untuk
melaksanakan syariat Islam menjadi ancaman terbesar kepada negara haram
Israel. Maka sebab itu, apabila kerajaan Morsi ditumbangkan maka arahan
pertama dari Israel ialah agar tentera Mesir merobohkan terowong bawah
tanah ke Gaza dan menutup pintu Rafah.
Terowong bawah tanah ini merupakan urat nadi atau ‘nyawa’ bagi para
penduduk Gaza untuk berhubung dengan dunia luar kerana melalui
terowong-terowong ini segala bentuk bantuan terutama keperluan makanan
disalurkan.
Tindakan jahat, khianat
Tindakan tentera meroboh dan menutup terowong-terowong ini adalah satu
tindakan jahat dan khianat terhadap umat Islam dan rakyatnya sendiri
serta sekali gus penduduk Palestin di Gaza terkurung dan terpenjara
dalam negara mereka sendiri.
Dalam pada itu, tentera Mesir akan terus menangkap dan menahan para
pemimpin Ikhwan dan para penyokongnya sehingga kebangkitan rakyat di
negara itu dihampuskan atau kembali reda. Mereka melakukan kekejaman ini
untuk memenuhi nafsu tuan-tuan mereka, Amerika dan Israel.
Tetapi rakyat Mesir yang memilih Ikhwan Muslimin untuk menerajui
kerajaan melalui pilihan raya baru-baru ini dalam sistem demokrasi yang
adil terus menganjurkan demonstrasi secara besar-besaran agar kerajaan
tentera mengembalikan kuasa kepada Morsi.
Penggulingan Morsi melalui kudeta tentera merupakan satu contoh di mana
sistem demokrasi diperkotak-katikkan dan hanya menjadi alat untuk Barat
dan Amerika untuk menguasai dunia Islam yang kaya dengan minyak itu.
Jika sistem demokrasi itu tidak memihak dan menguntungkan mereka maka
mereka akan berusaha untuk menggulingkan kerajaan pilihan rakyat. Dalam
kes Mesir, kononnya Morsi tidak pandai mentadbir pada hal beliau hanya
setahun menjadi presiden.
Rampasan kuasa tentera juga pernah berlaku di Algeria apabila pilihan
raya presiden itu memihak kepada parti Islam FIS di mana Ali Benhaj
dipilih sebagai presiden dan dengan bantuan Perancis kerajaan pilihan
rakyat itu digulingkan.
Erdogan mungkin satu-satunya pemimpin Arab yang tinggal, selain Mahmud
Ahmedinejad dari Iran yang berbangsa Parsi, yang secara berani dan
lantang mengkritik dan menentang Barat dan sekutu-sekutunya.
Keberanian Erdogan jelas kita lihat apabila beliau menempelak Presiden
Israel, Simon Peres dalam satu forum ekonomi di Geneva berhubung
tindakan tentera Israel menyerang kapal Flotila yang membawa bantuan
kemanusiaan untuk para penduduk Palestin dan Gaza.
Di samping mengkritik ElBaradei, Erdogan juga mengkritik Barat sebagai
tidak mempunyai pendirian dan harga diri untuk mengecam apa yang berlaku
di Mesir.
Sudah tentu kita mahu melihat lebih ramai lagi para pemimpin Arab untuk
terus tampil dan dengan berani mempertahankan kedaulatan dan maruah
negara-negara masing-masing dari terus dihina dan dihinjak-hinjak oleh
kuasa Barat dan sekutunya.
Sumber: Bandingkan kenyataan Najib berkenaan isu Mesir, seolah-olah pro Israel (Erdogan
Lebih Baik Daripada Najib.. Ini Buktinya) .......
PM Malaysia Yang Sah Melalui Pilihan Raya 13., 5 - 5 - 2013.
DAN Baca Selanjutnya (Baca di sini - Isu Mesir - Kenyataan Najib Diperlihatkan Seperti
Pro Israel.). Maaf Najib.
Aku tak sukakan cara ko gambarkan suasana di Mesir seperti itu. Aku sangat terkilan dan sangat tak sangka rupa-rupanya ko adalah pemimpin seperti itu. Pandangan ko tersangatlah teruk dan ia tak sepatutnya disiarkan di berita. Apakah ko telah disabotaj untuk mengeluarkan kata2 seperti itu?
Rujuk bawah neh ;
· Rakyat Malaysia perlu mengambil iktibar daripada konflik di Mesir apabila perubahan yang ingin dituntut tidak semestinya menjamin kemakmuran dan kesejahteraan rakyat, kata Datuk Seri Najib Razak.
Ini
merujuk kepada kejatuhan Hosni Mubarak. Rakyat Malaysia patut jadikan
iktibar walaupun Hosni jatuh, Morsi naik tak semestinya perubahan yang
rakyat harapkan akan berlaku. So patut biarkanlah jek si Hosni berkuasa
ek Najib?
· Perdana menteri berkata perubahan yang tidak diurus dengan baik boleh membawa kepada penderitaan rakyat seperti kenaikan harga barangan, peningkatan pengangguran dan industri pelancongan menjadi lumpuh.
· "Akhirnya, ia membawa kepada rakyat sendiri yang menuntut kepada perubahan sekali lagi yang mana perubahan itu tidak memenuhi kehendak dan apa yang diharapkan oleh kita," katanya kepada wartawan Malaysia di akhir lawatan kerja empat harinya ke London pada Khamis.
Merujuk kepada Morsi yang Najib anggap, gagal membawa tuntutan rakyat.
· Najib berkata demikian bagi mengulas mengenai konflik terbaru di Mesir yang menyaksikan penggulingan Presiden Mohamed Morsi, pemimpin yang dipilih secara demokrasi oleh rakyat Mesir pada 30 Jun 2012 bagi menggantikan Hosni Mubarak.Perdana menteri berkata apa yang penting bagi Mesir adalah untuk mencari penyelesaian secara aman selain memastikan proses pilihan raya diadakan di masa terdekat, dengan dijalankan secara adil dan inklusif.Namun begitu, beliau menegaskan peristiwa yang berlaku itu adalah soal dalaman Mesir, "walaupun kita tidak sokong tindakan ketenteraan, tetapi ia sudah terjadi.""Diharap kerajaan baharu dapat diwujudkan, yang mencerminkan hasrat dan aspirasi rakyat Mesir, yang dapat menjaminkan kestabilan jangka panjang negara itu," katanya.
So Najib kita harapkan kerajaan baru ditubuhkan dengan segera. Bukan nya menyokong Morsi mahupun IK.
Oke.
Najib.
Najib. Ko jangan cakap kita orang salah sangka plak ek. Sepatutnya ko
membantah tindakan tentera ke atas Morsi dan IK dengan sekeras-kerasnya.
Bukan nya bagi ayat seolah2 ko menyokong pula tindakan mereka yang mahu
membentuk kerajaan baru. Morsi naik dengan cara pilihanraya. Bukan
dengan cara gulingkan kerajaan diktator Hosni Mubarak.
Pemerintahan Morsi banyak campurtangan dari orang2 Hosni Mubarak. Sebab tue kacau bilau. Dalam masa setahun banyak benda Morsi nak kena buat dan plan? Apa ko ingat Morsi tue SUPERMAN? Ada kuasa ajaib? Makan masa la. Rakyat di Mesir telah dihasut untuk membantah pemerintahan Morsi. Ia hasutan dari geng2 liberal dan sekular yang terasa pemerintahan Islam akan meranapkan mereka dalam pelbagai segi.
Dikhabarkan ketika ini pintu rafah jalan menuju ke GAZA dan terowong2 kecil yang digunakan untuk hantar bantuan kepada penduduk Palestine telah pun ditutup oleh tentera2 Mesir. Ini ko suka ke apa Najib? Sebagai rakyat, amatlah aku berharap ko mengecam dan mengeji tindakan biadap Abdul Raffah Al-Sisi tue, bukan nya mengiyakan tindakan dia dengan menyeru ke arah penubuhan kerajaan baru.
Tapi nampaknya tak gunala aku berharap lebih2 dari ko. Dari dulu lagi kalau bab isu2 gini memang ko akan memperlihatkan diri ko condong ke arah USA dan Israel. Silap besar la aku kalau harap lebih2 dari ko. Kita tunggu pula respon Anwar Ibrahim dan pembangkang. Adakah mereka sependapat dengan Najib ataupun lebih berani menyatakan pendirian?
Zulfarizan Zakaria "FABI
AYYI AALA IRABBIKUMA TUKAZZHIBAN" = Nikmat Tuhan Manakah Yang Engkau
Hendak Dustakan?........muhasabah buat diri kite ni belake kerana Allah
S.W.T.....
Perhatian:
Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan
dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk
menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan
larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak
bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan
perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana
individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina.
BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan