Isnin, 22 Julai 2013

1066. Twit (Twitter).

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
. 006. Nota Buat Pengunjung Blog..

Kami sibuk menjalankan tugas untuk membuat Twitter lebih menyeronokkan, berguna, dan selamat. Hanya dalam sebulan dua yang lepas, kami telah memperkenalkan:


  • Vine untuk Android: Vine ialah cara terbaik untuk melihat dan berkongsi kisah kehidupan. Buat video pendek yang indah dan berulang dengan cara yang mudah dan menyeronokkan untuk tontonan rakan dan keluarga anda. Kini tersedia di Google Play (dan tersedia untuk iPhone di App Store).

  • Kemas kini aplikasi Windows Phone dan BlackBerry: Ambil kesempatan daripada ciri-ciri dan fungsi terkini Twitter di mana saja anda pergi. Dapatkan aplikasi-aplikasi ini di halaman muat turn mudah alih kami.

  • Pengesahan log masuk: Tambahkan semakan kedua kepada proses log masuk untuk memastikan ia benar-benarnya anda.Tambah dan sahkan nombor telefon dan alamat e-mel dengan akaun anda untuk mula menggunakan keselamatan tambahan ini.
Kini, kami bersedia untuk mengujikaji cara untuk menjadikan iklan di Twitter lebih berguna kepada pengguna kami di Amerika Syarikat dengan memaparkan kandungan yang dipromosikan oleh jenama dan perniagaan yang mereka minati. Iklan tersuai ini adalah berdasarkan maklumat seperti maklumat yang berkaitan dengan pelayar web (ID kuki pelayar) yang dikongsi oleh rakan kongsi pengiklanan kami. Ketahui lebih lanjut di kiriman blog kamidi sini.

Walaupun kami hendak menjadikan iklan kami lebih berguna, kami juga mahu memberi pilihan privasi yang mudah dan bermakna kepada pengguna kami. Hanya nyahtanda kotak yang bersebelahan dengan “Kandungan yang dipromosikan ” dalam tetapan akaun anda dan Twitter tidak akan memadankan akaun anda dengan maklumat yang dikongsi oleh rakan kongsi pengiklanan kami untuk penyesuaian iklan. Inilah satu-satunya tempat yang anda perlu menyahdayakan ciri ini di Twitter.

Disebabkan Twitter menyokong Jangan Jejak (DNT), Twitter tidak akan menerima sebarang maklumat yang berkaitan dengan pelayar web daripada rakan kongsi pengiklanan kami untuk penyesuaian iklan jika anda mendayakan DNT di pelayar web anda.

Kami sentiasa melakukan pengemaskinian, jadi awasilah Blog Rasmi Twitter atau ikuti@twitter untuk maklumat terkini. Sementara itu, layariPusat Bantuan kami untuk maklumat lanjut mengenai pilihan-pilihan tersebut dan semak kemas kini ringkas kepada Dasar Privasi kami di bawah Pihak Ketiga. Terima kasih kerana menggunakan Twitter!

Pasukan Twitter

Terlupa kata laluan Twitter anda? Dapatkan arahan tentang cara untuk mengeset semula.
Jika anda menerima mesej ini secara tidak sengaja dan tidak mendaftar untuk Twitter, klikbukan akaun saya.

Sumber: My Hotmail. 

Zulfarizan Zakaria "FABI AYYI AALA IRABBIKUMA TUKAZZHIBAN" = Nikmat Tuhan Manakah Yang Engkau Hendak Dustakan?........muhasabah buat diri kite ni belake kerana Allah S.W.T..... 

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..

Tiada ulasan: