Isnin, 22 Julai 2013

1067. Penuntut Malaysia dapat tempat pertama Peperiksaan Sijil Penilaian Menengah Umum Kuwait 2013.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
. 006. Nota Buat Pengunjung Blog..
09/07/2013 5:33pm

KUALA LUMPUR - Penuntut Malaysia Muhammad Safiuddin Mohd Soyong mendapat tempat pertama dalam Ujian A-Level Aliran Agama Peperiksaan Sijil Penilaian Menengah Umum Kuwait 2013, dengan memperoleh 98.18 peratus markah.
Muhammad Safiuddin, 20, menerima sijil, pingat emas dan saguhati sebanyak 300 Dinar Kuwait (RM3,340) dari National Bank of Kuwait, menurut kenyataan Kedutaan Besar Malaysia di Kuwait, hari ini.
Pencapaian anak kelahiran Kota Baharu, Kelantan, itu diumumkan Menteri Pendidikan dan Menteri Pengajian Tinggi Kuwait Nayef Al-Hajraf pada Ahad lalu.
Muhammad Safiuddin diraikan bersama semua pelajar cemerlang di satu majlis penyampaian anugerah yang berlangsung di Hotel Jumeirah, Kuwait semalam. Turut hadir Duta Besar Malaysia ke Kuwait Datuk Adnan Othman.
Menurut kenyataan itu, beliau memperolehi 5A bagi peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada 2005 dan 10A bagi Peperiksaan Menengah Rendah Ugama (PMRU) pada 2007.
Muhammad Safiuddin meneruskan pelajaran di Institut Islam Kuwait pada 2008 di atas tajaan kerajaan Kuwait sehingga menduduki peperiksaan Sijil Penilaian Menengah Umum Kuwait pada 2013 dengan keputusan cemerlang. - Bernama
Sumber dari Artikel Penuh: http://www.kosmo.com. Hakcipta terpelihara. 
Zulfarizan Zakaria "FABI AYYI AALA IRABBIKUMA TUKAZZHIBAN" = Nikmat Tuhan Manakah Yang Engkau Hendak Dustakan?........muhasabah buat diri kite ni belake kerana Allah S.W.T..... 

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..

Tiada ulasan: