Selasa, 23 Julai 2013

1079. Rintihan seorang abah.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
. 006. Nota Buat Pengunjung Blog..
Along. 

Abah selalu pesan kat along dan siapa-siapa saja, tolong bagitahu dan ingatkan abah, apa-apa keperluan dapur dan keperluan harian yang sudah menyusut dan perlu beli baru. Lagi pun abah kerja tidak jauh dari pekan dan tentu banyak kedai di situ. Abah balik kerja dekat senja. Jadi abah minta kerjasama semua anak-anak abah maklumkan.
                                                                                 Keluarga bahagia impian semua hamba Allah S.W.T..
Selalunya Along dan adik-adik gagal memaklumkan kepada abah. Abah minta kerjasama macam itu sahaja. Yang terbaru baru tiga hari lepas, jam 10 malam baru cerita beras sudah habis. Ada seorang kawan abah, dia sebut beras tu "peluru". Teringat masa sama-sama dengan kawan abah tu, dia sebut, "aku nak singgah kedai kejap beli "puluru", peluru dekat nak abis." Abah pun beli beras juga.

Sesampai di rumah betul-betul, beras pun dekat hendak habis. Abah tak keluarkan beras, simpan dulu dalam kenderaan, nak tengok dalam ramai-ramai anak abah, siapa yang akan beritahu. Hampa memang tak ada siapa pun beritahu. Diam-diam abah isi beras dalam bekas yang selalu kita guna, bila anak-anak abah semua telah tidur.


Bukan tidak pernah, jalan mengatasi masalah itu, abah beli beras lebih dari sekampit, 20 kilogram sekampit. Bila beli beras lebih macam itu, mulalah anak-anak abah bazirkan. "Mewah" agaknya. Nasi sewenang-wenang dibuang. Sekampit lagi abah simpan dalam bilik. Tahu-tahu beras yang simpan dalam bilik sudah pun dikeluarkan dan sedihnya tak ada siapa pun yang beritahu abah, dia sudah ambil beras simpanan.

Abah tercari-cari entah apa sebab anak-anak abah gagal berbahasa untuk memberitahu, beras sudah tinggal sedikit atau sebagainya. Takutkan apa, entah abah pun tak faham, sampai ke hari ini. Adatlah setiap barang keperluan dapur dan keperluan harian akan menyusut dan habis. Perlulah beli lagi untuk keperluan kehidupan.

Pernah beli ikan bilis, bukan sedikit, beli sekilo terus. Apa anak abah buat?. Cekut sedikit demi sedikit, untuk beri kucing makan, sebab malas hendak gaulkan nasi untuk kucing makan. Senang bagi ikan bilis sahaja. Tahu-tahu ikan bilis dah habis tak sampai seminggu.

Seboleh mungkin abah usaha sembunyikan rasa kecewa dari pengetahuan anak-anak semua. Kecewa itu kadang masa jadi kepala kepada rasa marah. Bila marah buruknya rupa. Itu yang abah cukup tidak sanggup menghadapinya. Abah kadang berat hendak tanya sesuatu sebab sudah sedia maklum apa akan anak abah jawab. Abah terasa macam ada orang lain datang masuk rumah kita, rosakkan semua peralatan rumah kita.

Nanti abah ada kesempatan abah sambung lagi cerita. Cukuplah setakat ini, lagi pun abah selalu sangat teringatkan emak. Biarlah kesedihan dan tangisan abah tidak terkeluar dari dalam bilik abah, abah tak nak anak-anak abah nampak abah menangis. Abah cuma mampu mengadu dengan Allah S.W.T..

Baca juga:
1071. Insaflah.
1063. Luahan hati seorang abah. Teman sahabat sejati admin
1038. Kisah ayam dan kucing.
1027. Kisah Abu Nawas.
1026. Derita Muslimah Syria Di Dalam Penjara basyar.
Zulfarizan Zakaria "FABI AYYI AALA IRABBIKUMA TUKAZZHIBAN" = Nikmat Tuhan Manakah Yang Engkau Hendak Dustakan?........muhasabah buat diri kite ni belake kerana Allah S.W.T..... 

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..

Tiada ulasan: