بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
. 006. Nota Buat Pengunjung Blog..
Abah yakin anak abah semua tidak tahu kisah sebenar. Apa yang abah tempuhi selama ini. Gambar sekadar hiasan dibawah, dapat menceritakan apa yang abah pernah buat. Cuma abah tidaklah memakainya dengan perbezaan warna yang keterlaluan. Abah pakai sebelah kelabu dan sebelah lagi hitam atau hitam tapi berbeza corak. Kejamkan abah kepada diri sendiri.
Abah pernah pakai stokin yang bila dipakai melorot kebibir kasut sebab mulut stokin sudah kembang. Masa itu stok stokin abah sudah berkurangan teruk. Banyak pasang stokin tinggal sebelah. Sebelah lagi lesap ditelan mesen basuh yang zalim agaknya. Kadang-kadang abah jumpa sebelah stokin dengan bilangan yang banyak di luar rumah atau belakang rumah. Sebelumnya sebelah lagi telah abah buang, sebab sudah kehilangan kawan dan abah yakin stokin itu tidak akan jumpa lagi pasangannya buat selama-lamanya.
Stokin macam gambar di atas pun abah pernah ada. Emak belikan. Sebab emak memahami kaki abah sebelah sering sakit. Stokin itu pun mengalami nasib yang sama, kehilangan kawan.

Dalam sejarah hidup abah, abah tak pernah buang stokin. Tetapi bila anak-anak abah semakin membesar, kejadian tersebut kerap berlaku. Hinggakan stokin baru hanya dapat abah pakai sekali sahaja pun pernah. Selepas dibasuh oleh mesen basuh jahanam rumah kita, sebelah lagi hilang. Yang terus hilang pun ada. Sebab anak abah semakin tahu bila stokin tinggal sebelah, abah akan buang. Jadi, ada anak-anak abah yang cerdik tolong buangkan. Senang kata stokin ala pempers, abah hadapi dalam hidup.
Pernah abah pakai sepasang stokin berminggu-minggu sebab jadi fobia, takut stokin itu akan hilang juga pasangannya. Sampai bau bacin stokin tersebut. Abah sanggup lakukan demi tidak mahu kehilangan. Sampai kena tegur kawan kerja abah. Sebab baunya sudah menyengat. Abah tak jawab. Abah diam jerk. Waktu itu bila ada tempat abah menyendiri, berganang air mata. Teringat emak anak-anak abah lagi. Kepada Allah S.W.T., juga abah mengadu hal stokin.
Zulfarizan Zakaria "FABI
AYYI AALA IRABBIKUMA TUKAZZHIBAN" = Nikmat Tuhan Manakah Yang Engkau
Hendak Dustakan?........muhasabah buat diri kite ni belake kerana Allah
S.W.T.....
Perhatian:
Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan
dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk
menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan
larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak
bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan
perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana
individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina.
BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan