بِسْمِ
اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
, الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ
وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ
الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ
الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
.
006.
Nota Buat Pengunjung Blog..
Cara mensucikan diri setelah melakukan zina.
Murtakibudz Dzunub - Suatu
hari, Rasulullah SAW
sedang duduk di dalam masjid bersama para sahabat.
Tiba-tiba datanglah seorang wanita yang kemudian masuk ke dalam masjid.
Dengan ketakutan, wanita tersebut mengaku kepada Rasulullah SAW
bahawa dia
telah berzina.
Mendengar hal itu, memerahlah wajah Rasulullah SAW
seperti hampir meneteskan darah. Kemudian Rasulullah SAW
bersabda kepadanya,
Pergilah, hingga engkau melahirkan anakmu.
Sembilan bulan
berlalu, wanita itu akhirnya melahirkan. Di hari pertama nifasnya, dia
datang kembali membawa anaknya dan berkata kepada Rasulullah SAW: Wahai Rasulullah SAW
., sucikanlah aku dari dosa zina.
Rasulullah SAW
melihat
kepada anak wanita tersebut, dan bersabda: Pulanglah, susuilah dia, maka
jika engkau telah menyapihnya (Bayi telah berusia dan tidak menyusu ibu lagi - "putus susu."), kembalilah kepadaku.
Dengan sedih, wanita itu akhirnya kembali lagi kerumahnya.
Tiga tahun lebih berlalu, namun si wanita tetap tidak berubah fikiran.
Dia datang kembali kepada Rasulullah SAW
untuk bertaubat. Dia berkata: Wahai
Rasulullah, aku telah menyapihnya, maka sucikanlah aku!.
Rasulullah SAW bersabda kembali kepada semua yang hadir disana, Siapa yang mengurusi anak ini, maka dia adalah temanku di Syurga.
Sesaat kemudian beliau memerintahkan agar wanita tersebut dirajam. Setelah wanita tersebut meninggal dunia, Rasulullah SAW
pun menSholatinya.
Melihat hal tersebut, Umar bin Khatab merasa sangat hairan sekali.
Beliau berkata: Engkau menSholatinya wahai Nabi Allah (SAW), sungguh dia telah
berzina?.
Rasulullah SAW
kembali bersabda: Sungguh dia telah
bertaubat dengan satu taubat, yang seandainya taubatnya itu dibahagikan
kepada 70 orang dari penduduk Madinah, maka taubat itu akan
mencukupinya. Apakah engkau mendapati sebuah taubat yang lebih utama
dari pengorbanan dirinya untuk Allah? (HR. Ahmad).
"FABI
AYYI AALA IRABBIKUMA TUKAZZHIBAN" = Nikmat Tuhan Manakah Yang Engkau
Hendak Dustakan?........muhasabah buat diri kite ni belake kerana Allah
S.W.T.....
Perhatian:
Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan
dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk
menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan
larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak
bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan
perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana
individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina.
BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan