بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
. 006. Nota Buat Pengunjung Blog..
Kepada anda yang pernah belajar tentang sejarah
dunia, tentunya mengenali tokoh ini. Dikenali sebagai 'Bapa Pemodenan Turki'
daripada prespektif Barat, beliau sebenarnya adalah tokoh yang meng'sekular'kan
dan 'membunuh' syiar Islam di Turki.
Siapa lagi jika bukan Mastafa Kamal (Kemal)
Atatürk yang diberi gelaran al-Ghazi (orang yang memerangi). Perkataan Atatürk
bermakna bapa orang Turki.
Artaturk ialah orang yang bertanggungjawab
meruntuhkan Khilafah Islam -Turki pada tahun 1343H (1924M).
Beliau dilahirkan pada tahun 1299H (1880M) di
bandar salonika, Greek yang ketika itu merupakan taklukan Khilafah Uthmaniyyah.
Bapanya bernama Ali Reda Afandi, bekerja sebagai pengawal di jabatan Kastam.
Ada yang mengatakan beliau ialah bapa tiri Atatürk dan bukan bapa kandungnya.
Ada juga yang mengatakan gelaran Atatürk diberi
oleh Guru matematiknya yang bernama Mustafa. Mustafa bertugas di sekolah
Atatürk iaitu sebuah sekolah menengah tentera dan pada ketika itulah beliau tertarik
dengan kebolehan Atatürk dalam bidang matematik lalu mencadangkan nama Mustafa
Kamal.
H.S. Armstrong, salah seorang pembantu Atatürk
dalam bukunya yang berjudul al-Zi’bu al-Aghbar atau al-Hayah al- Khasah li
taghiyyah telah menulis: ‘Sesungguhnya Atatürk adalah daripada keturunan
Yahudi. Nenek moyangnya adalah Yahudi yang berpindah dari Sepanyol ke Bandar
Salonika.’
Golongan Yahudi ini dinamakan dengan Yahudi
Daunamah yang terdiri daripada 600 buah keluarga. Mereka mendakwa memeluk Islam
pada tahun 1095H (1683M), tetapi masih menganut agama Yahudi secara
senyap-senyap.
Ini diakui sendiri oleh bekas Presiden Israel,
Yitzak Zifi, dalam bukunya Daunamah terbitan tahun 1377H (1957M): Ada
kumpulan-kumpulan agama yang masih menganggap diri mereka sebahagian daripada
Bani Israel…… Antara mereka ada satu kumpulan iaitu kumpulan Daunamah yang
Islam hanya pada zahir tetapi mengamalkan ajaran Yahudi secara senyap-senyap.
Ketika Mustafa kamal mencapai usia 12 tahun,
beliau memasuki Sekolah Tentera Salonika. Kemudian beliau menyambung pelajaran
di Akademi Tentera Monasitar pada tahun 1302H (1885M). Pada tahun 1322H
(1905M), beliau memasuki kolej tentera di Istanbul dan menamatkan latihan
ketenteraannya pada tahun 1325H. (1907M).
Kemudiannya, beliau telah ditugaskan di Kem
Tentera Batalion ketiga di Salonika. Disinilah bermulanya usaha Atatürk
memusuhi Khalifah Uthmaniyyah dan Agama Islam. Dengan kedudukannya sebagai
Graduan Kolej Tentera, beliau telah mengingatkan rakan-rakan pegawainya agar
tidak tertipu dengan Pemikiran Dunia Islam.
Beliau telah mengubah ucapan Assalaualakum
kepada Marhaban Bikum (Selamat Datang). Tindakan beliau selanjutnya ialah
menubuhkan Pertubuhan Kebagsaan dan Kebebasan yang bertujuan untuk menghapuskan
Kerajaan Uthmaniyyah yang menurutnya mengamalkan pemerintahan kuku besi,tetapi
malangnya Pertubuhan Bersatu dan Maju yang ketika itu juga bergiat cerdas
menentang Pemerintahan Islam dan telah menjadi batu penghalang kepada
pengerakan Atatürk ini.
Imej Mustafa Kamal menonjol selepas meletusnya
Perang Dunia Pertama apabila beliau dipilih sebagai Panglima Pasukan ke -19 di
Sinaq Qal’ah. Pasukannya dapat mengalahkan tentera British sebanyak dua kali di
Semanjung Ghalibuli di Balkan Darnadil meski pun kekuatan tentera British mampu
mengalahkan tentera Artaturk.
Dengan kemenangan tersebut, Atatürk telah
dinaikkan Pangkat Kapten dan kemudiannya Jeneral pada tahun 1335H.(1916M).
Pada hakikatnya, kemenangan yang dicapai oleh
Mustafa Kamal adalah kemenangan yang disengajakan dan dirancangkan oleh tentera
Inggeris supaya reputasi Atatürk dipandang tinggi oleh Kerajaan Uthmaniyyah.
Ini kerana peperangan di antara tentera Uthmaniyyah dengan tentera bersekutu
berlanjutan selama beberapa hari tanpa mana-mana pihak mencapai sebarang
kemenangan sehingga menyebabkan kedua-dua belah pihak bertahan dikawasan
masing-masing untuk beberapa bulan.
Akhirnya pihak Inggeris secara mengejut tanpa
disangka-sangka telah meninggalkan kawasan pantai Ghalibuli. Pada tahun 1337H
(1918M), Atatürk telah mengetuai satu pasukan tentera di Palestin. Beliau telah
menghentikan peperangan terhadap Inggeris, musuh Kerajaan Kerajaan Uthmaniyyah
secara mengejut dan membenarkan Inggeris mara ke sebelah utara tanpa mendapat
sebarang tentangan. Ketika itulah ia mengadu jatuh sakit dan telantar di Kem
Nablus.
Tindakannya itu telah menimbulkan pelbagai
spekualasi dan tanda tanya, lantas beliau membawa pasukan tenteranya ke utara
sehingga ke Damsyik. Di sana, beliau telah mengeluarkan perintah supaya
menghentikan tentangan terhadap Inggeris, sekaligus membuka peluang kepada
Inggeris untuk mara ke wilayah-wilayah Uthmaniyyah.
Selepas kekalahan Turki dan perisytiharan
gencatan senjata, Inggeris meminta Khalifah membubarkan Dewan Rakyat yang
berkuasa menentukan kekuasaan Khalifah. Selepas pembubaran itu, Inggeris
mencetuskan pula huru hara dalam Istana Kerajaan Uthmaniyyah sepanjang tempoh
dua tahun 1337 – 1338H (1918-1919M) dan meminta Khalifah menghentikan angkara
yang sengaja mereka rancangkan itu.
Mereka kemudian mencadangkan Mustafa Kamal untuk
memikul tugas tersebut. Ini supaya Mustafa dapat menjadi orang yang berupaya
memenuhi aspirasi rakyat dan satu-satunya Pegawai Tinggi Tentera yang layak
mendapat penghargaan daripada pihak tentera. Kedudukkan dan kehebatan Mustafa
Kamal kini kian terserlah di mata orang ramai. Manakala Reputasi Institusi
Khalifah pula semakin menurun.
Pada waktu yang sama beliau telah merealisasikan
perancangan Pihak Bersekutu untuk menguasai wilayah-wilayah Kerajaan
Uthmaniyyah. Taktik yang digunakan oleh Inggeris untuk menjayakan rancangan
tersebut ialah dengan membebaskan Greek daripada penguasaan Izmir dan ini
terang-terang bercanggah dengan teks perjanjian yang telah dimenteraikan oleh
Pihak Bersekutu.
Semua ini berjalan dengan pantas sekali apabila
tentera Greek melepaskan tembakan kepada orang Islam Turki di jalan-jalanraya,
memaksa mereka menaggalkan tarbus yang kemudian dipijak-pijak dengan kaki,
menaggalkan purdah yang dipakai oleh wanita Muslim, membakar perkampungan Islam
di Izmir dan menyembelih orang Islam tanpa belas kasihan.
Di tengah-tengah kegawatan tersebut, kapal
Ainabuli telah berlabuh di perairan Izmir di tengah-tengah armada laut Inggeris
dan Greek, lalu Atatürk menuju ke Izmir dan mengerah segala keupayaannya dan
memperlihatkan modus operandi yang menyakinkan dalam menentang Greek. Atatürk
mengutus telegram kepada Khalifah untuk menjelaskan keadaan yang genting ini.
Akan tetapi kerajaan mendesak beliau pulang
untuk mengelakkan beliau daripada terus menibulkan huru-hara. Khalifah cuba
memujuk Atatürk tetapi beliau tetap enggan pulang malahan menghantarkan
telegram kepada baginda, “Saya akan tinggal di Anadul sehingga kemerdekaan
dapat dicapai.”
Atatürk mula melancarkan Revolusi yang disokong
sepenuhnya oleh Inggeris dan beliau telah berjaya pada peringat permulaan. Ini
berlaku apabila gerakan beliau telah disertai oleh para pemimpin muda dan
pemikir-pemikir yang meletakkan syarat agar tidak membabitkan Khalifah.
Pertempuran di antara tentera Uthmaniyah dengan
Greek telah berlanjutan selama satu setengah tahun. Semasa pertempuran sedang
berlaku, Pihak Bersekutu telah mengumumkan bahawa mereka berkecuali. Sungguh
menghairankan kerana senjata-senjata yang dibekalkan kepada Mustafa Kamal
adalah dari Rusia hasil perancangan rapi pihak Inggeris di Busfor, sekali pun
Rusia memang memusuhi Kerajaan Uthmaniyyah.
Pada 23 Mac 1921M (1340H), tentera Greek
mencetuskan kembali api peperangan. Pada bulan September tahun yang sama,
pertempuran di antara kedua-dua belah pihak terhenti apabila Greek menarik
keluar tenteranya dari Izmir.
Dua hari selepas itu, tentera-tentera
Uthmaniyyah mula memasuki Izmir tanpa menggunakan sebarang kekerasan.
Propaganda Barat telah membesar-besarkan kemenangan pimpinan Mustafa Kamal ini
dan menyebarkannya dengan cepat ke Negara-negara Islam.
Orang Islam telah tertipu dengan tindakkan
Mustafa yang berjaya memenuhi aspirasi mereka sehinggakan Ahmad Shauqi pernah
memuji beliau melalui sebuah qasidah yang mengumpamakan Atatürk seperti Khalid
bin al-Walid.
Maha Besar Allah S.W.T., betapa kemenangan yang
penuh keajaiban, Khalid Turki hidupkanlah kembali, Khalid Arab.
Malangnya impian mereka yang tertipu dengan
tindakan Mustafa tidak tercapai kerana 3 Mac 1343H (1924M)., tersiar berita
tentang pembubaran Kerajaan Khalifah. Khalifah dan Kerabat Di Raja telah
dihalau keluar dari Negara Turki.
Manakala dua buah Kementerian iaitu Kementerian
Wakaf dan Kementerian Undang-undang Syari’ah telah dimansuhkan. Sekolah-sekolah
Agama Islam telah ditukar menjadi Sekolah-sekolah Awam.
Musuh-musuh Islam melihat bahawa penghapusan
Khilafah Islamiah bukanlah suatu perkara mudah. Ia hanya akan tercapai dengan
cara menonjolkan seorang wira yang agung dan Mustafa merupakan orang yang
digelar wira tersebut.
Pihak Inggeris telah melaksanakan rancangan ini
bersama-sama Mustafa Kamal sendiri. Mereka juga telah membebaskan Greek dari
Izmir dengan mendakwa Mustafa adalah pahlawan sebenar yang menjayakan
kemenangan tersebut. Seluruh rakyat mula mempercayai perkara ini dan bagi
Inggeris inilah masa yang paling sesuai untuk memasukkan jarumnya bagi
menghancurkan Islam.
Sungguh menghairankan, cara ini masih tetap
digunakan oleh musuh-musuh Islam untuk melancarkan serangan terhadap Islam
sehingga hari ini.
Inggeris mengiktiraf kemerdekaan Turki dan
mengundarkan tenteranya apabila Atatürk membubarkan Pemerintahaan Khalifah.
Pernah seorang ahli Parlimen Inggeris menyoal
Lord Carrizon (Menteri Luar British ketika itu) dalam Dewan Parlimen Britain
tentang Pengiktirafan Kemerdekaan Turki. Lord Carrizon membalas, “Apa yang
berlaku ialah Turki telah dikuasai tanpa sebarang tentangan kerana kita telah
Menguasai Kekuatan Spiritualnya iaitu Sistem Khilafah Islam”.
Syeikhul Islam, Mustafa Sabri selepas melarikan
diri ke Mesir pernah berkata, memang mudah sekali Inggeris menjadikan Mustafa
Kamal sebagai wira pada saat mereka menekan Khalifah dengan mengulingkan
Baginda Khalifah.
Sumber: Hinanya kematian Mustafa Kamal Atartuk.
Alhamdulillah dengan izin Allah S.W.T., permasalahan blog dapat diatasi. Allah S.W.T., Maha Mengetahui, Maha Melihat, Maha Adil, Maha Bijaksana, Maha Pengampun.
Zulfarizan Zakaria "FABI
AYYI AALA IRABBIKUMA TUKAZZHIBAN" = Nikmat Tuhan Manakah Yang Engkau
Hendak Dustakan?........muhasabah buat diri kite ni belake kerana Allah
S.W.T.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan