Rabu, 31 Julai 2013

1131. “Tidak halal bagi seorang muslim membuat muslim lain terkejut”. (Riwayat Abu Daud dan Ahmad,dinilai sahih oleh al-Albani).

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
. 006. Nota Buat Pengunjung Blog..
Posted by: admin

Hukum bermain mercun pada asalnya adalah harus kerana tiada satu dalil pun yang mengharamkannya.. 

Namun jika diperhatikan,bermain mercun ini boleh menyebabkan berlakunya kemudhratan pada diri sendiri dan memudharatkan orang lain seperti putus jari,buta mata,kecacatan dan kebakaran.. 

Menjadi prinsip penting dalam Islam Semua perkara yang boleh mendatangkan bahaya dan membawa mudarat kepada diri dan orang lain adalah DIHARAMKAN.. 

Firman Allah yang bermaksud:
“…dan janganlah kamu campakkan diri kamu ke dalam kebinasaan.” (Surah al-Baqarah,ayat 195) 

Nabi s.a.w bersabda ertinya : “Tidak boleh seseorang memudhoratkan dirinya sendiri dan tidak boleh pula memudhoratkan orang lain” 

Dalam hadis lain:

من ضَارَّ أَضَرَّ الله بِهِ وَمَنْ شَاقَّ شَاقَّ الله عليه

Ertinya:”Barangsiapa yang membawa mudharat maka Allah akan memudharatkan dirinya sendiri,sesiapa yang menyusahkan orang lain,Allah akan menyuasahkannya pula” (Riwayat Abu Daud,Ahmad,Tirmidzi:Hasan Gharib)

Alasan Lain Larangan\Pengharaman  Bermain Mercun ialah: 

- Pembaziran
Bermain mercun adalah satu bentuk pembaziran kerana wang yang digunakan “DIBAKAR” begitu sahaja semata mata ingin menikmati BOOM! BOOM! bunyi letupan yang tiada membawa satu faedah pun.. 

Islam menggalakkan kita memperbanyakkan sedekah terutama di bulan Ramadhan bukannya membeli mercun..Membazir terhadap harta itu haram kerana Nabi melarang dari melakukan hal yang demikian. 

- Mengganggu Ketenteraman Awam 

Nabi s.a.w bersabda ertinya : “Tidak halal bagi seorang muslim membuat muslim lain terkejut” (Riwayat Abu Daud dan Ahmad,dinilai sahih oleh al-Albani) 

Di dalam hadis riwayat Bukhari,disebutkan bahawa Rasulullah s.a.w melarang kita menyakiti jiran sekeliling..Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat,maka janganlah menyakiti jirannya.” 

Islam mewajibkan kita agar memelihara hak sesama jiran,sedangkan bermain mercun boleh mengganggu jiran tetangga..Boleh jadi dikalangan jiran kita ada yang sakit,uzur,sedang berehat,dan boleh jadi ada anak kecil sedang tidur di rumah.. 

Maka kerana bermain mercun kita telah mengganggu dan menyakiti hati jiran tetangga kita..
Dalam hadis lain disebutkan: 

Seorang muslim itu adalah seseorang yang selamat lisan dan tangannya dari (mengganggu) orang lain.”
(HR.Bukhari dan Muslim) 

Kata Ibnu Batthal rahimahullah: “Maksud dengan hadis ini adalah dorongan agar seorang muslim tidak menyakiti kaum muslimin lainnya dengan lisan,tangan dan seluruh bentuk menyakiti lainnya. 

- Larangan Undang Undang Akta Bahan Letupan 1957
Seksyen 4 (2) memperuntukkan undang-undang sesiapa yang bersalah mengilang,memiliki dan mengimport mercun atau bunga api,boleh dihukum penjara lima tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya. 

Pendapat Dr.Mohd Asri Zainul Abidin@DrMAZA Berkaitan Hukum Main Mercun
Menurut Beliau:- 

Pertama sekali,tidak boleh sesiapa pun beriktikad bahawa Islam menggalakkan main mercun pada musim raya.Jika kepercayaan ini ada,ia termasuk dalam bid’ah kerana menokok tambah ajaran Islam dengan satu upacara yang dianggap ibadah. Walaupun kepercayaan seperti di tempat kita tiada,namun mesti diperingatkan prinsip ini, kerana perubahan masa dan tempat boleh menyebabkan perubahan kepercayaan dan ibadat. 

Kedua,permainan secara umumnya termasuk dalam urusan am kehidupan.Selagi ia tidak memberi mudarat pada diri atau orang lain,maka ia dibolehkan.Mercun yang membawa kepada kecederaan diri atau orang lain adalah haram.Haram itu bertambah apabila adanya arahan pemerintah yang melarang rakyat dari perbuatan tersebut. Ketaatan kepada Ulul Amri dalam perkara yang baik adalah wajib. 

Lebih buruk lagi apabila ada yang bermain mercun sehingga mengganggu ketenteraman awam,jamaah yang bersolat di masjid,bayi yang sedang tidur dan seumpamanya.Di negeri-negeri yang bersempadan dengan Thailand seperti Kedah, malam mereka dentuman bagaikan peperangan sedang tercetus. 

Nabi s.a.w menyebut dalam hadis:
“Tidak halal bagi seorang muslim membuat muslim lain terkejut”. (Riwayat Abu Daud dan Ahmad,dinilai sahih oleh al-Albani). 

Namun jika bunga api atau mercun yang tidak merbahaya dan diizinkan oleh undang-undang,maka tidak menjadi kesalahan untuk bermain sebagai satu aktiviti kegembiraan dalam batasan yang diizinkan.
 

HUKUM BERMAIN MERCUN

Meriam buluh
 
Akibat main mercun bola 

Syariat Islam berperanan menjaga nyawa, harta benda, keturunan dan juga maruah. Oleh itu, segala apa yang memudharatkan diri seseorang dan juga masyarakat awam hukumnya adalah haram. 

Begitu banyak perkara-perkara yang merbahaya serta memudharatkan dan ditegah perlakuannya oleh Islam dalam kehidupan harian. Antaranya ialah bermain mercun. Begitu ramai dikalangan masyarakat manusia terutama sekali di Asia Tenggara termasuklah di Malaysia yang gemar bermain mercun. 

Tanpa mereka sedari, sebenarnya permainan bahan api yang mampu meletup, memudharatkan dan mencacatkan segala pancaindera serta anggota badan manusia  itu adalah haram di sisi syara’. Perlu difahami ; Bermain mercun merupakan satu bentuk gangguan (bising melampau) yang menjejaskan keharmonian serta ketenangan kehidupan bermasyarakat.

عَنْ أبِِي سَعِيْدٍ سََعدِ بن ماَلِك بن سَنَان الخُدْرِي رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أنَّ رَسُولَ اللهِ صلى الله عليه و سلم قال:

لاَ ضَرَرَ وَ لاَ ضِراَرَ …. رواه أبن ماجه و الدارقطني و غيرهما


Maksudnya:
Daripada Abi Said Saad bin Malik bin Sanan al-Khudri radhiya Allahu anhu, bahawa Rasulullah (s.a.w) bersabda “ Bukan yang merbahaya dan bukan yang memudharatkan”. Diriwayatkan oleh Ibn Majah, al-Dar Quthni dan selain daripada mereka berdua. 

Maksud 1 ( لاَ ضَرَرَ)  : Satu penafian bahawa tidak wujud sebarang kemudharatan dalam apa saja yang hukum- hakam  (perundangan syara’) yang disyariatkan oleh Allah. 

Maksud (لاَ ضِرَارَ ) : Satu penegahan ke atas kaum muslimin agar tidak melakukan perkara yang memudharatkan.( There is no harm and danger in Islam) 

Dalam pada itu, tindakan membeli mercun itu juga merupakan satu tindakan membazir (membakar duit secara sia-sia sahaja tanpa sebarang manafaat yang positif).
Firman Allah:

ولا تبذر تبذيرا ان المبذرين كانوا إخوان الشياطين وكان الشيطان بربه كفورا

Maksudnya:
Janganlah kamu membazir (melampaui batas). Sesungguhnya mereka yang membazir adalah saudara-saudara para syaitan  dan syaitan itu amat kufur (ingkar) terhadap Tuhannya.  (Surah al-Isra’, ayat 26-27).
 

Nak tahu kenapa mercun bola bahaya, boleh putus jari ?

waghih.blogspot.
Dicatat oleh Den 
 

TV sekarang ni sibuk dengan persiapan raya dan Bazar Ramadan. Kurang beri perhatian pendidikan mengenai bahaya mercun bola. Bahkan ramai ibu tidak tahu apa itu mercun bola dan kenapa ianya bahaya. 
 
Para ibu terutamanya perlu tahu bentuk mercun bola dan beri penerangan kepada anak-anak kenapa mercun bola ini bahaya, boleh menyebabkan jari putus, mata buta, telinga pekak dan paling teruk membawa maut.

TV janganlah sibuk dengan makan je bulan puasa ni, sampai Buletin Utama, berita TV1 pun cerita pasal makan siang malam.

Cubalah buat segmen mengenai bahaya mercun.

OK, untuk kaum ibu, mari belajar mengenai mercun bola dan ajar anak-anak bahaya mercun bola, kerana kaum bapa ini selalunya tak boleh harap, dia yang beria-ia beli dan main mercun.

Baik, mercun bola ini bentuk bulat macam bola bersaiz duit siling 20 sen atau 50 sen.

Ada sumbu sepanjang 1 inci. Mercun bola ini berwarna-warni dan diperbuat daripada plastik. Nampak menarik macam permainan.

MERCUN BOLA INI PALING BAHAYA DARIPADA MERCUN BIASA YANG DIBALUT KERTAS. PLASTIK INI BERTINDAK SEBAGAI PELURU HIDUP ATAU MENJADI SERPIHAN (SHARPNEL) YANG BOLEH MENEMBUS MATA, KULIT DAN DAGING APABILA MELETUP.

LAGI SATU BAHAYA IALAH SUMBU : 

1. SUMBU INI BOLEH TERBAKAR DALAM TAK NAMPAK LUAR
2. BIASANYA SUMBU TERBAKAR PERLAHAN, TAPI ADA YANG TIBA-TIBA TERUS TERBAKAR PANTAS DAN MELETUP.

MERCUN BOLA IALAH ADIK KEPADA BOM TANGAN !!!!

BUKAN SETAKAT JANGAN MAIN, JANGAN BERADA DEKAT DENGAN MEREKA YANG MAIN MERCUN BOLA !!!

Dalam segmen TV tadi buat sedikit demo mercun bola ni, letak pada buah tembikai tengok macamana tembikai tadi pecah. Atau pada daging ayam, tengok serpihan plastik mercun bola tadi masuk dalam daging.

PENDIDIKAN ADALAH PENTING DALAM PENCEGAHAN !!!

TAK NAK KELUAR FATWA KE , APA HUKUM MAIN , MENGEDAR , MENJUAL , MEMBUAT MERCUN BOLA NI ?

ulasan:

 
sabree hussin berkata...
Budak sekarang ni degil, yang bahaya tu jugak la yang diorang semua suka.

Dah hilang jari nanti baru tau bahaya atau tak

Kisah Dan Hukum Pada Musim Raya

Oleh: Dr. Mohd Asri Zainul Abidin
Sepanjang Ramadhan sehingga kini Syawwal, berbagai soalan dihantar kepada saya berkaitan dengan hukam-hakam itu dan ini. Saya sering katakan, pada asasnya Islam begitu luas dalam soal kehidupan umum atau muamalat, tetapi ketat dalam soal ibadah. 

Ertinya, dalam soal kehidupan Islam membuka pintu keharusan, atau keizinan seluas-luasnya sehinggalah adanya dalil dari al-Quran atau Sunnah yang melarangnya. 

Jika dikaitkan dengan hari raya, maka soalan berhubung dengan hukum menghantar kad raya, atau email raya, membuat ketupat dan rendang, dodol dan lemang, atau kena pakai baju melayu atau jubah dan seumpamanya adakah bid’ah atau dibolehkan?. 

Sudah pasti itu semua termasuk dalam urusan umum kehidupan yang mana kreativiti manusia untuk hidup dan bergembira diberikan ‘lesen’ yang besar oleh Islam selagi tidak melanggar prinsip-prinsipnya seperti membazir, sombong, menyerupai agama lain secara khusus, memudaratkan diri sendiri atau orang lain, menyakiti fizikal atau mental orang secara langsung dan lain-lain prinsip. 

Adapun mengenai ibadah khusus, maka Islam begitu ketat melarang sebarang perkara yang ditokok tambah dalam agama yang akhirnya menghilangkan keaslian agama yang asal. 

Ia juga mencabar Allah Yang Maha Berhak dalam menentukan syariatNya, juga mencabar Rasulullah s.a.w yang merupakan wakil sah yang tiada lagi rasul selepas baginda dengan cara menambah agama yang telah disampaikan. 

Maka, jika dikaitkan dengan hariraya; takbir idil fitri adalah ibadah khas yang tamat selepas solat raya. 

Maka tidak boleh lagi takbir khas sempena hariraya fitri selepas itu. Demikian solat hariraya, hanyalah pada 1 syawwal, maka tiada lagi solat pada hari kedua, atau ketiga, atau selepas puasa enam. 

Ini kerana perkara-perkara seperti ini wajib diambil langsung daripada Rasulullah s.a.w dan kita tiada hak membuat edisi tambahan ke atas agama yang telah sempurna ini. 

Sekalipun tambahan itu nampaknya baik pada zahirnya, namun memberikan kesan yang buruk kepada agama ini di sudut ketulenannya. Apa akan jadi jika semua pihak menambah produk masing-masing ke atas Islam?!. 


Lihat apa yang berlaku kepada Yahudi dan Kristian, pengikut mereka sudah tidak tahu lagi apakah upacara asal yang dilakukan oleh Nabi Musa a.s. dan Isa a.s.. 

Berbagai-bagai upacara baru dalam gereja mereka. Kemenyan yang diasapkan, loceng yang dibunyikan, muzik yang didendangkan dan berbagai lagi upacara yang akhirnya tidak lagi dapat dibezakan antara arahan wahyu dan tokok tambah pendeta. 

Allah menyebut dalam al-Quran: (maksudnya)
“pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu”. (Surah al-Maidah, ayat 3).
Kata al-Imam Malik bin Anas (179H):
“Sesiapa yang mengadakan-adakan perkara baru dalam Islam dan menganggapnya baik maka dia telah mendakwa Muhammad s.a.w. mengkhianati risalah. Ini kerana Allah telah berfirman: (maksudnya) “Pada hari ini aku telah sempurnakan agama kamu”. Apa yang pada hari tersebut tidak menjadi agama, maka dia tidak menjadi agama pada hari ini”. (Al-Syatibi, Al-I’tisam, m.s 35 Beirut: Dar al-Kitab al-‘Arabi).
Main Mercun

- Gambar Hiasan

Ada yang bertanya saya tentang hukum main mercun. Sebenarnya main mercun pada hari raya bukan sahaja di Malaysia, di negara-negara Arab pun sama. Saya kata bahawa di sana ada beberapa perkara yang mesti dijelaskan. 

Pertama sekali, tidak boleh sesiapa pun beriktikad bahawa Islam menggalakkan main mercun pada musim raya. 

Jika kepercayaan ini ada, ia termasuk dalam bid’ah kerana menokok tambah ajaran Islam dengan satu upacara yang dianggap ibadah. 

Walaupun kepercayaan seperti di tempat kita tiada, namun mesti diperingatkan prinsip ini, kerana perubahan masa dan tempat boleh menyebabkan perubahan kepercayaan dan ibadat. 


Kedua, permainan secara umumnya termasuk dalam urusan am kehidupan. Selagi ia tidak memberi mudarat pada diri atau orang lain, maka ia dibolehkan. Mercun yang membawa kepada kecederaan diri atau orang lain adalah haram. 

Haram itu bertambah apabila adanya arahan pemerintah yang melarang rakyat dari perbuatan tersebut. 

Ketaatan kepada Ulul Amri dalam perkara yang baik adalah wajib.
Lebih buruk lagi apabila ada yang bermain mercun sehingga mengganggu ketenteraman awam, jamaah yang bersolat di masjid, bayi yang sedang tidur dan seumpamanya. 

Di negeri-negeri yang bersempadan dengan Thailand seperti Kedah, malam mereka dentuman bagaikan peperangan sedang tercetus.
Nabi s.a.w menyebut dalam hadis:
“Tidak halal bagi seorang muslim membuat muslim lain terkejut”. (Riwayat Abu Daud dan Ahmad, dinilai sahih oleh al-Albani).
Namun jika bunga api atau mercun yang tidak merbahaya dan diizinkan oleh undang-undang, maka tidak menjadi kesalahan untuk bermain sebagai satu aktiviti kegembiraan dalam batasan yang diizinkan.
Kisah Malam Raya

- Gambar Hiasan 


Ada isteri bersungut suaminya tiada di rumah pada malam raya. Bahkan suami membantah isterinya yang sibuk menghias rumah dan menyiapkan juadah kerana katanya bahawa disunatkan pada malam Hariraya menunaikan solat Sunat Jibril sebanyak seratus rakaat, dibaca dalam setiap rakaat al-Fatihah dan sebelas kali Surah al-Ikhlas serta beberapa kaifiyyat yang lain. 

Kononnya fadhilatnya begitu hebat. Saya jawab aduan itu dengan berkata bahawa menghias rumah dan menyediakan makanan untuk hariraya termasuk dalam perkara yang diharuskan, itu adalah urusan umum kehidupan. 

Adapun solat berkenaan, seperti kata al-Hafiz Ibn Jauzi (meninggal 597H) dalam karyanya al-Mudu’at : “Tiada syak lagi ia hadis palsu”. Bahkan hadis-hadis tentang menghidupkan malam hariraya berada dalam sekitar status ‘teramat dhaif’ dan ‘palsu’. Bukan tidak boleh beribadah pada malam hariraya, sama seperti setiap malam, beribadah malam tetap disunatkan. 

Namun fadilat khusus yang sahih tidak sabit periwayatannya daripada Nabi s.a.w. Maka tidak mengapalah jika suami atau seisi rumah bersiap pada malam hariraya untuk bergembira pada esoknya. Islam itu bak kata Nabi s.a.w:
“Agar Yahudi mengetahui bahawa dalam agama kita ada keluasan. Sesungguhnya aku diutuskan dengan agama yang lurus lagi mudah” (Riwayat Ahmad, dinilai sahih oleh al-Albani).
Puasa Enam

- Gambar Hiasan

Dalam laman web saya Minda Tajdid (drmaza.com) saya telah menjawab keluhan seorang suami yang isterinya meminta dia berbuka puasa enamnya untuk meraikan anak-anak yang pulang jauh, agar dapat makan bersama. 

Oleh kerana dia bimbang nanti fadhilat puasa enam Syawwal itu hilang jika tidak puasa berturut selepas hariraya, maka dia enggan berbuka yang mungkin membawa kecil hati, atau ‘kurang meriah’ bagi anak-anak yang pulang dari jauh. 

Kesimpulan dari jawapan saya dalam Minda Tajdid saya kata bahawa walaupun ada ulama yang menyebut tentang keafdhalan berturut-turut itu, namun sunat puasa enam hari pada Bulan Syawwal, bukanlah terhad setakat enam hari berturut-turut selepas hariraya, sebaliknya enam hari pada Bulan Syawwal samada berturut-turut atau berselang-seli dalam bulan tersebut dianggap sebagai memenuhi maksud hadis. 

Apatah lagi di sana ada hadis Abu Sa’id al-Khudri katanya:
“Aku telah menyediakan makanan untuk Rasulullah s.a.w. Maka baginda dan sahabat-sahabatnya pun datang ke tempatku. Apabila makanan dihidangkan, seorang lelaki dalam kalangan mereka berkata: “Aku berpuasa”. Rasulullah s.a.w pun bersabda: “Saudara kamu telah menjemput kamu, dan bersusah payah untuk kamu”. Kemudian baginda berkata kepada lelaki itu: “Bukalah puasa, dan berpuasalah satu hari lain sebagai ganti –jika mahu” (Riwayat al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra, dinilai hasan oleh al-Hafiz Ibn Hajar dalam Fath al-Bari).
Dalam riwayat lain oleh al-Tabarani dalam al-Ausad baginda mengkritik lelaki tersebut dengan bersabda: “saudara kamu telah menjemput kamu, dan bersusah payah untuk kamu kemudian kamu berkata ‘aku berpuasa!!”

Ini menggambarkan betapa menjaga hubungan baik itu patut diutamakan sementara puasa sunat pula boleh diganti pada hari yang lain. 

Puasa enam Syawwal pun demikian. Maka untuk menjaga hubungan kaum keluarga, maka eloklah ditangguhkan puasa tersebut jika hari-hari pada Bulan Syawwal masih banyak. 

Pada zaman ini, cuti yang terhad, waktu pertemuan sesama keluarga juga terbatas oleh kesibukan dan urusan yang berbagai, maka amalkanlah galakan Nabi s.a.w ini ‘berbuka dan ganti pada hari yang lain jika mahu’

Dengan itu hubungan keluarga dapat dikuatkan atau dijaga, puasa enam juga dapat dilaksanakan. 

Jika kita luaskan apa yang Islam luaskan, dan elakkan menokok tambah apa yang Islam tidak izinkan, maka kita akan melihat Islam itu begitu indah dan mudah. 

Shamsul Rahman Mohamed Kutty · Universiti Teknologi Petronas
Adakah amalan duit raya ni harus di tinggalkan? atau boleh di amalkan ustaz?
  • Mohd Ali Tajuddin
    http://drmaza.com/home/?p=1220

    6. Maka, jika berdasarkan kepada hadis-hadis di atas, hiburan kanak-kanak atau dewasa pada hari raya seperti permainan bunga api atau selainnya adalah tidak menyalahi syariat, bahkan digalakkan jika dapat menimbulkan kegembiraan. Begitu juga jamuan pada hari raya, duit raya, hadiah raya dan apa sahaja yang boleh menimbulkan suasana gembira. Namun kesemuanya hendaklah dipastikan dengan kadarnya yang tidak melampaui hukum-hakam syarak.
Mizu Dean · Works at Akademi binaan malaysia (cidb)
kkkikkkkkkk
Liana Suhaimi · Works at MaKAN tIDo MaKan TiDO sDn. BhD ·
mengapa kebnyakn org tidak berapa galak untk bertakbir hari raya sebelum atau selepas bulan syawal?
Mohd Masri Mohd Ramli · Top Commenter · Corporate Affair Officer, Corporate Social Responsibility Unit (CSR) at Al-Ikhsan Fan ·

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، قَالَ : يَبْلُغُ بِهِ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، وقَالَ زُهَيْرٌ : عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : " إِذَا دُعِيَ أَحَدُكُمْ إِلَى طَعَامٍ وَهُوَ صَائِمٌ ، فَلْيَقُلْ إِنِّي صَائِمٌ ".

Nabi :saw bersabda: Apabila salah seorang daripada kamu dijemput untuk makan, sedangkan dia berpuasa. Hendaklah dia berkata, sesungguhnya aku berpuasa.
Sahih Muslim, Kitab Puasa, Bab Orang Yang Puasa Di ajak makan, no: 1947]].

عَنْ جَابِرٍ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " إِذَا دُعِيَ أَحَدُكُمْ إِلَى طَعَامٍ فَلْيُجِبْ ، فَإِنْ شَاءَ طَعِمَ وَإِنْ شَاءَ تَرَكَ ".

Jabia ra berkata: Nabi :saw bersabda: Apabila salah seorang daripada kamu dijemput untuk makan, penuhilah jemputan itu. Jika engkau mahu, engkau makan, jika tidak, tinggalkan (tidak perlu makan).
[Sahih Muslim, Kitab Nikah, Bab Suruhan Memenuhi Jemputan: 2591.

نْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " إِذَا دُعِيَ أَحَدُكُمْ ، فَلْيُجِبْ فَإِنْ كَانَ صَائِمًا ، فَلْيُصَلِّ ، وَإِنْ كَانَ مُفْطِرًا ، فَلْيَطْعَمْ ".

Abu Hurairah ra berkata: Nabi :saw bersabda: Apabila salah seorang kamu dijemput, penuhilah jemputan itu. Jika berpuasa, maka doakanlah (kepada tuan rumah), jika tidak puasa, makanlah.
[Sahih Muslim, Kitab Nikah, Bab Suruhan Memenuhi Jemputan:2592].

عن أبي سعيد قال " دعا رجل إلى طعام ، فقال رجل : إني صائم ، فقال النبي صلى الله عليه وسلم : دعاكم أخاكم وتكلف لكم ، أفطر وصم يوما مكانه إن شئت ".


Abu Said al-Khudri ra berkata: Seorang lelaki menjemput untuk majlis makan. Berkata seorang lelaki: Sesungguhnya aku puasa. Lalu berkata nabi saw: Saudara kamu telah menjemput kami, dan telah bersusah payah untuk kamu. Berbukalah, dan puasalah pada hari lain sebagai ganti jika engkau mahu. [AT-Thabrani di dalam al-Awsat. 
Imam Ibn Hajar al-Asqalani berkata: Sanadanya terdapat perawi dhaif, tetapi hadis ini mempunyai penguat (Fathul Bari:Kitab Nikah, Bab Memenuhi Jemputan Kahwin dan Selainnya, 4884
__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
***************************************************************************
*             Selamat meyambut Aidil Fitri, maaf zahir & batin            *
* Mereka yang menghantar spam MLM atau skim cepat kaya yang berulang-kali *
* akan terus di-block dari boleh menghantar posting.                      *
***************************************************************************
.

__,_._,___

Zulfarizan Zakaria "FABI AYYI AALA IRABBIKUMA TUKAZZHIBAN" = Nikmat Tuhan Manakah Yang Engkau Hendak Dustakan?........muhasabah buat diri kite ni belake kerana Allah S.W.T..... 

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..

Tiada ulasan: