Selasa, 2 Julai 2013

672. Mengenal Rasulullah SAW..

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
. 006. Nota Buat Pengunjung Blog.. KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho. 

"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH KESENANGAN YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185]
Status Update By 1001 Sirah Nabi Muhammad SAW.. .
Mari mengenal Rasulullah SAW.:

Nama penuh:
Muhammad bin 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim

Nama bapa: 
'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim

Nama ibu: 
Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf

Nama datuk: 
Syaibah bin Hâsyim dikenal dengan nama 'Abdul Muttalib

Bapa-bapa saudara:
• Al-Harith bin Abdul Muthalib
• Muqawwam bin Abdul Muthalib
• Zubair bin Abdul Muthalib
• Hamzah bin Abdul Muthalib
• Al-Abbas bin Abdul Muthalib
• Abu Thalib bin Abdul Muthalib
• Abu Lahab bin Abdul Muthalib
• Abdul Kaabah bin Abdul Muthalib
• Hijl bin Abdul Muthalib
• Dzirar bin Abdul Muthalib
• Ghaidaq bin Abdul Muthalib

Nama Ibu susuan Rasulullah SAW.:
- Ibu susuan pertama Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
- Ibu susuan kedua Halimah binti Abu Zuaib As-Sa‘diah (lebih dikenali Halimah as-Sa‘diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

Nama isteri pertama dan usia Baginda SAW., berkahwin: 
Khadijah binti Khuwailid al-Asadiyah pada usia Nabi Muhammad SAW., 25 tahun.

Nama isteri-isteri Rasulullah SAW.:
1. Khadijah bt. Khuwailid al-Asadiyah r.a
2. Saudah bt. Zam'ah al-Amiriyah al Quraisiyah r.a
3. Aisyah bt Abi Bakr r.a (anak Saidina Abu Bakar)
4. Hafsah bt. Umar bin al-Khattab r.a (anak Saidina 'Umar bin Al-Khattab
5. Ummu Salamah Hindun bt. Abi Umaiyah r.a (digelar Ummi Salamah)
6. Ummu Habibah Ramlah bt. Abi sufian r.a
7. Juwairiyah ( Barrah ) bt. Harith
8. Safiyah bt. Huyay
9. Zainab bt. Jansyin
10. Asma' bt. al-Nu'man al-Kindiyah
11. Umrah bt. Yazid al-Kilabiyah
12. Zainab bin Khuzaimah (digelar 'Ummu Al-Masakin'; Ibu Orang Miskin)

Nama anak-anak Rasulullah SAW.:
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra'
8. Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind
    bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah SAW., Khadijah adalah seorang janda) [anak tiri
    Rasulullah SAW..].

1001 Sirah Nabi Muhammad SAW..

Sumber lain: Bicara Tanpa Suara


Siapa Rasulullah SAW., dihati kita?. Rindukah kamu pada Rasulullah SAW.?. Sayangkah kamu pada Rasulullah SAW.?. Cintakah kamu pada Rasulullah SAW.?. Tahukah kamu, bahawa Rasulullah SAW., sangat mencintai kita?

Di saat Malaikat Maut ingin mencabut nyawa, Baginda SAW tidak gembira dan tenang pergi bertemu Illahi sehingga mendengar melalui Malaikat Jibril bahawa Allah SWT., memberi jaminan bahawa tidak akan masuk Syurga umat-umat lain melainkan umat Baginda S.A.W. dahulu memasukinya. Subhanallah... Begitu dalamnya cinta Baginda  SAW., kepada kita.

Tahukah kamu, Rasulullah SAW., sangat menyayangi kita?.

Di saat Malaikat Jibril datang kepada Baginda SAW., dan menerangkan sifat-sifat Neraka Jahanam, dan menerangkan bahawa bahagian yang paling atas dari semua tingkat neraka jahanam itu adalah untuk umat Nabi Muhammad SAW., yang berbuat dosa-dosa besar dan tidak sempat bertaubat, Baginda SAW., jatuh pengsan.

Baginda SAW., begitu sedih dan berdukacita. Baginda SAW., menangis sehingga Baginda SAW., tidak keluar rumah kecuali hanya untuk Solat dan tidak berbicara dengan orang. Ya Allah SWT....begitu besar kasih sayang Rasulullah SAW., kepada kita.

Tahukah kamu Rasulullah SAW., sangat merindui kita?.

Di saat Malaikat Maut ingin mencabut nyawa, nama kita disebut-sebut Baginda SAW., "ummati...ummati...ummati..." Tahukah kamu, Rasulullah SAW., sangat rindu bertemu dengan kita?.
ketika Rasulullah SAW., menceritakan tentang keImanan 'Ikhwan' Baginda SAW., bertanya kepada sahabat. "Siapakah yang paling ajaib Imannya?" Seorang sahabat menjawab, "Malaikat..." Baginda SAW., menjelaskan,  "Bagaimana Para Malaikat tidak beriman kepada Allah SWT., sedangkan mereka hampir dengan Allah SWT.."

Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi,  "Para Nabi.." "Bagaimana Para Nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka.." jelas Rasulullah SAW.." Mungkin kami..." celah seorang sahabat... "Bagaimana kamu tidak berIman sedangkan aku berada ditengah-tengah kamu.." Rasulullah SAW., menyangkal.. "Kalau begitu, hanya Allah SWT., dan Rasul-NYA sahaja yang lebih mengetahui.." jawab seorang sahabat.. "Kalau kamu ingin tahu siapa mereka?. Mereka ialah umatku yang hidup selepasku.. mereka membaca Al-Quran dan beriman dengan semua isinya.. berbahagialah orang yang dapat bertemu dan beriman denganku...dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku.." jelas Rasulullah SAW ... "Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah SAW., lagi setelah seketika membisu.
Sedarkah kamu. Tahukah kamu, siapakah 'Ikhwan' Baginda SAW? Siapakah yang Baginda SAW., rindu ingin bertemu?. Mereka adalah kita. Umat Rasulullah SAW.. Mereka yang belum pernah melihat Baginda Rasulullah SAW., tetapi beriman dengan Baginda SAW., sebagai Rasulullah SAW., dan mereka sangat mencintai Rasulullah SAW., melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka.

Betapa Rasulullah SAW., ingin bertemu dengan kita. Betapa Rasulullah SAW., rindu akan kita. Tapi kita... Adakah kita cinta pada Rasulullah SAW.?. Adakah kita sayang pada Rasulullah SAW.?. Adakah kita rindu pada Rasulullah SAW.?.

Kalimah sayang, cinta, rindu, sering meniti di bibir. Namun, mana buktinya?. Mana bukti kita sayang pada Baginda Rasulullah SAW.?. Mana bukti kita cinta pada Baginda SAW.?. Mana bukti kita rindu pada Baginda SAW.?. Tepuk dada, biarlah iman kita yang berbicara.

Ayuh sahabat, jangan hanya berkata-kata. Ayuh buktikannya... Buktikan bahawa kitalah yang Rasulullah SAW., cinta Kitalah yang Rasulullah SAW., rindui dan ingin berjumpa. Bagaimana???. "Tak kenal maka tak cinta..." Justeru, ayuh sama-sama kita kenali baginda Rasulullah SAW. Kita ikuti sirah hidup Baginda SAW.. Jadikan Baginda SAW., idola dalam hidup kita. Maka...kita haruslah ikuti Sunnah Baginda Rasulullah SAW.. Dari awal kita celik mata sehinggalah kita pejamkan mata...

Ikut apa yang Rasulullah SAW., kata... "Sampaikan dariku walaupun sepotong ayat" pesan Baginda SAW.; "Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamaya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku." (Hadist Riwayat Imam Malik bin Anas dalam al-Muwattha' - no: 1619)

Walau ke mana kita pergi. Walau siapa pun kita. Walau setinggi mana pangkat kita. Walau sebanyak mana harta kita,  ingatlah... Jangan pernah tinggalkan Al-Quran dan Sunnah Baginda SAW.. Hidup  seiring dan landasilah ia pada Al-Quran dan Sunnah Baginda SAW.. Jadikan Al-Quran dan Sunnah Baginda SAW., pegangan dan panduan hidup kita.

In Syaa Allah kita menjadi umat Nabi Muhammad SAW., yang Baginda SAW., rindu dan ingin bertemu. In Syaa Allah kita salah seorang yang mendapat Syafaat Rasulullah SAW., di Akhirat kelak. In Syaa Allah kita dapat bertemu dengan Rasulullah SAW di taman Syurga nan indah.

Salam Jumaat, Jum Selawat... " Allahumma solli 'ala Muhammad, wa'ala aali syaidina Muhammad" 

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..

Tiada ulasan: