Rabu, 3 Julai 2013

715. Nikmati keindahan paya bakau terletak di pesisir Sungai Petani dan Sungai Merbok.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
. 006. Nota Buat Pengunjung Blog..

NIKMATI KEINDAHAN PAYA BAKAU DI PERSISIR SG PETANI, SG MERBUK, KEDAH dan TAMAN NEGARA PULAU KUKUP, PONTIAN, JOHOR (Pulau Hutan Paya Bakau Terbesar di Dunia yang tidak dihuni oleh Manusia).

Nikmati keindahan paya bakau terletak di pesisir Sungai Petani dan Sungai Merbok. - (Posted by Kedah Lanie).



Suasana tenang dan damai berlatar belakangkan hutan paya bakau pasti menjanjikan kelainan kepada setiap pengunjung Lagoon Chalet.


SUNGAI PETANI - Sebut sahaja Sungai Petani mungkin ramai yang sekadar mengetahui ia adalah bandar perindustrian terpesat di Kedah.

Namun, ramai tidak menyedari Sungai Petani turut menjanjikan pelbagai produk pelancongan menarik. Antaranya destinasi pelancongan berasaskan alam sekitar adalah tarikan keindahan hutan paya bakau yang tertua di dunia terletak di pesisir Sungai Petani dan Sungai Merbok.

Sungguhpun begitu, tidak banyak lokasi disediakan bagi membolehkan pengunjung menikmati pengalaman menarik seperti bermalam di kawasan hutan paya bakau.

Menyedari hakikat itu, seorang usahawan, Datuk Dr. Husaini Yaakob mengambil inisiatif mewujudkan calet bagi menarik kunjungan pelancong menikmati keindahan paya bakau.

Terletak di Kampung Penghulu Him, penginapan Lagoon Chalet berkenaan merupakan sebuah tempat percutian atau perkhemahan yang 'terlepas daripada segala gangguan' dan kedamaian alam yang masih terpelihara yang membuatkan sesiapa sahaja teruja. 

Untuk sampai ke destinasi itu, perjalanan hanya kira-kira lima minit dari pusat bandar Sungai Petani.

Kawasan percutian berkenaan memang 'saujana mata memandang' dengan kehijauan hutan paya bakau, Sungai Petani serta dihiasi panorama indah kampung tradisional.

Husaini berkata, kawasan chalet itu berada di pinggir hutan paya bakau yang masih terpelihara keindahan alam sekitarnya.

Beliau yang juga Pengarah Urusan Kemelong Holdings Sdn. Bhd., berkata, selain itu, hutan bakau tersebut memiliki pelbagai spesies flora yang merupakan sebahagian daripada kawasan Hutan Simpan Paya Laut yang terbesar di negara ini.

"Antara tumbuhan utama yang hidup di kawasan hutan ini ialah pokok api-api, bakau, perepat dan tumu. Di samping itu, hutan bakau terbabit turut menampung pelbagai jenis hidupan liar iaitu daripada jenis paling halus (zooplankton) hinggalah ke reptilia besar antaranya ketam rebab, ketam lumpur, ikan belacak, kepah dan lokan," katanya.

Husaini memberitahu, kawasan calet berkenaan mula diusahakannya kira-kira tiga tahun lalu.

Katanya, calet berkenaan juga dianggap unik memandangkan ia merupakan satu-satunya calet terapung moden yang diusahakan di bandar Sungai Petani.

"Sekarang kita ada 34 bilik yang diapungkan atas sungai. Ia menawarkan bilik tidur berhawa dingin dan juga bilik biasa dilengkapi perabot, peralatan dapur, televisyen dan ruang santai.

"Selain itu, kita merancang untuk menambah lagi kemudahan dengan membina dewan dalam tempoh terdekat," katanya.

Tambah beliau, satu pelantar turut disediakan untuk aktiviti memancing atau riadah yang dilengkapi perabot dan dapur.

Katanya, kadar bayaran penginapan di calet terapung itu adalah antara RM40 hingga RM160 satu malam.

Husaini berkata, para pengunjung yang menginap di situ boleh menjalankan pelbagai aktiviti yang disediakan pihaknya seperti aktiviti menyusuri sungai bagi menikmati keindahan hutan paya bakau

"Pengunjung juga boleh memilih untuk memancing ke pulau-pulau berhampiran dengan perkhidmatan bot atau mengikuti lawatan ke kawasan pelancongan menarik berdekatan seperti Muzium Arkeologi Lembah Bujang, Tanjong Dawai dan sebagainya," jelasnya.

Beliau memberitahu, sambutan hangat diberikan pengunjung khususnya pada setiap musim cuti sekolah.

Untuk tempahan boleh mengunjungi Lagoon Chalet di alamat 128 C, Kampung Penghulu Him, 08000 Sungai Petani, Kedah atau menelefon  010-3878444  (Hafiz Mohd. Kholid).

Maklumat lanjut juga boleh diperoleh menerusi laman web http:// lagoonchalet.blogspot.com

BACA JUGA: https://www.facebook.com/media/set/?set=a.165259150175390.34524.128486057186033&type=3
                                                                            Logo Kelab FB Anak Pontian.
(TAMAN NEGARA PULAU KUKUP, PONTIAN (Pulau Hutan Paya Bakau Terbesar di Dunia yang tidak dihuni oleh Manusia).  




























Zulfarizan Zakaria "FABI AYYI AALA IRABBIKUMA TUKAZZHIBAN" = Nikmat Tuhan Manakah Yang Engkau Hendak Dustakan?........muhasabah buat diri kite ni belake kerana Allah S.W.T..... 

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..

Tiada ulasan: