Sabtu, 6 Julai 2013

744. Asal-usul nama ‘Sabah’.

Asal-usul nama ‘Sabah’ dipercayai berasal daripada sejenis tanaman iaitu pisang yang dikenali sebagai pisang saba iaitu sejenis buah pisang yang dipanggil "SABBAH " atau "SAPPAH" oleh masyarakat Bajau yang sangat popular dibuat pisang goreng. Pisang ini banyak ditanam di sepanjang pantai barat Sabah sebagai sumber makanan. 'Pisang saba' juga dikenali sebagai 'jaba' oleh masyarakat Bajau di negeri tersebut. Kini 'pisang saba' lebih dikenali sebagai pisang menurun.

Nama 'Sabah' pertama kali digunakan pada abad ke-15 oleh para pedagang yang mengembara di antara Kepulauan Borneo Utara hingga ke kepulauan Sulu di Selatan Filipina. 


Kesimpulannya nama 'Sabah' telah pun digunakan sejak sebelum kedatangan Syarikat Berpiagam Borneo Utara dan British lagi. Dalam peta Portugis Melaka 1604, Kota Kinabalu disebut sebagai Api-Api.

Setelah negeri Sabah diambil alih oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara, nama 'Sabah' telah ditukar kepada 'Borneo Utara' secara rasmi pada tahun 1881. Walau bagaimanapun, nama 'Sabah' kembali digunakan pada tahun 1963 selepas negeri tersebut menyertai Malaysia.[1]

Catatan puisi Jawa Nagarakertagama yang dikarang oleh Prapancha pada tahun 1365 menyebut Sabah sebagai 'Seludang'. Dalam catatan Marco Polo sewaktu beliau singgah di Borneo, Sabah ketika itu dikenali sebagai "BURNI" yang mungkin merujuk kepada Brunei.


Sila namakan ikan mengikut sakapan ninik muyang....cara hidangan mcmana?
Haris Saliman anak ebis ninik pggl.. sedap dijemur jd ikan masin msk dgn kangkung..hehe
Aktiviti yg mengeratkan hubungan ayah dan anak..lepas ni, bulih pigi merambat bersama sama.. 
Batu yg menyerupai hulu parang..agaknya ini merupakan Tanda kuburan 'VIP' orang dulu dulu..tapi inda dapat dipastikan kesahihan perkara ini... Lokasinya: Mantaranau photo: Alve Adrian Ginger
Lada putih campur2...pucuk Ubi Kayu..Ikan...mantaps...makan puas puas sebelum puasa..Jan marah kalau post makanan sebap inilah resipi terbaik Sabah.. 
Santik..menarik..tertarik.. Layla Oyo gambar di ambil dari arah kundasang menuju ke kk nie jln sy nmpk...deiiii kinalawa ko pama d oiii ralan katalib oku kasari mcm biasa saja sekali msk dlm pic santik ba pula nie jln.doiiiii dogo siuli oku nodi kg...sajuk2 d kg hawun pun tabal ba. 
Selamat pagi semua yg sudah berbangunan.. Sonong susuabon baino kio..magadau tomod gia tii.. 
untuk kes kes dumpit kusung...jan cemburu!. 
untuk kes kes kecemasan...misti mau kreatif dan inovatif..
Best...sayur sabah style. at Tamu Donggongon . photo: Jus Lia Joc
Alaaaaa, patutlah diurang lambat pi sekula..

Aktiviti c gaman selepas menureh
Sumber: 
shared Sabah Bagus Bah's photo


Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..



Tiada ulasan: