Sabtu, 6 Julai 2013

749. Pasukan tentera yang sama juga terus menutup 'Rafah Gate' dan menutup terowong-terowong yang ada di antara Gaza dan Mesir.

Liked · 13 hours ago

Mesir dan Palestin :

Apakah dosa rakyat Gaza, Palestin ?

Sebaik sahaja kepimpinan tentera Mesir menggulingkan Ir Dr Mursi sebagai presiden yang sah yang telah dipilik oleh rakyat Mesir secara demokratik, pasukan tentera yang sama juga terus menutup 'Rafah Gate' dan menutup terowong-terowong yang ada di antara Gaza dan Mesir.

Akibatnya, rakyat Palestin yang tidak berdosa telah kehilangan talian hayat mereka setelah dikepung oleh Israel sejak tahun 2007 yang lalu. Mereka akan terus tersepit tanpa bekalan bahan asasi seperti ubata-ubatan, bekalan makanan, perhubungan keluar masuk ke dunia luar yang lain dan sebagainya.

Adakah ini berlaku hanya secara kebetulan ?

Lihat juga : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=561477757233526&set=a.158713574176615.28853.155707591143880&type=1&theater

Bercinta Selepas Nikah shared Dr Zainur Rashid Zainuddin's photo.
Mesir dan AS

Amerika Syarikat telah memberikan bantuan kewangan kepada Mesir sejak tahun 1979, yang dianggap sebagai satu keutamaan kepada keselamatan negara AS yang kritikal (terutamanya kepentingan AS di Timur Tengah seumpama Israel).

Mesir adalah negara yang menerima bantuan kewangan AS yang ke 2 tertinggi selepas Israel. AS menyediakan USD $ 1.5 bilion setahun kepada Mesir dalam bantuan ketenteraan dan juga ekonomi. Daripada jumlah ini, kira-kira USD $ 1.3 bilion ini pergi sektor ketenteraan Mesir.

Siapakah empunya 'tangan sebenar' di belakang tentera Mesir yang telah menggulingkan Mursi sebagai Presiden Mesir yang sah ?

Saksikan lakonan Senator AS - http://www.aljazeera.com/news/americas/2013/07/2013766819603784.html 




Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..

Tiada ulasan: