بِسْمِ
اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
, الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ
وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ
الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ
الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Munafik dan kafir laknatullah pemberontak dan pengganas sebenar.
Puas hati sekarang ?
1 - Seorang lelaki yang
berketurunan petani dari delta sungai Nil, membesar dalam persekitaran
agama, dan ilmu akademik duniawi, membawa lelaki ini ke tahap pencapaian
akademik dan kebendaan yang cukup tinggi. Ber dekad menjadi pensyarah
kejuruteraan kimia di Universiti dalam dan luar negara, Menjadi staff
muslim di NASA, malah menerima gelaran Profesor, itu semua tidak membawa
lelaki ini jauh dari ALLAH. beliau, Mohamed Mursi merupakan seorang
haffiz al Quran, malah isteri dan 5 orang anaknya juga turut dididik
menjadi hafiz al Quran.
2 - Jun 2012, Mursi
dilantik menjadi presiden Mesir. Beliau yang memilih Ikhwanul Muslimin
sebagai landasan juang hidupnya, tidak pernah mencalonkan dirinya,
sebaliknya dipilih oleh syura. Presiden Mursi yang meringkuk didalam
Penjara sewaktu era Hosni, kini diangkat menjadi presiden sebuah negara
Mesir yang disebut berkali-kali didalam Al Quran.
3 - Presiden Mesir
menyahut perlantikan ini dengan ucapan syukur dan mengimami solat hajat
dan sunat syukur. Lantas berpidato umpama Khalifah Abu Bakar dan Umar.
Tidak menunggu lama, beliau telah berusaha sehabis daya untuk memulihkan
hubungan umara’ dan para ulama mesir yang telah lama terpisah sejak era
32 tahun Hosni. Lelaki berani ini, menolak surat ucapan tahniah dari
Israel atas kemenangannya. Beliau membuktikan, beliau bukan mudah
diperalat dan diboneka kan seperti patung-patung negara arab yang lain.
Morsi telah membuka semula pintu sepadan Rafah antara Mesir dan Gaza,
bagi memudahkan urusan penghantaran bantuan. Ini merupakan jasa terbesar
beliau dan kemerdekaan terbesar rakyat Gaza dan kesenangan hakiki
kepada para sukarelawan Gaza.
4 - Morsi tidak cukup
dengan itu, mengaum deras di persidangan NAM di Tehran dengan memulakan
aluan ucapannya dengan memuji-muji saidina Abu Bakar dan Umar, sedangkan
beliau sedang berada di negara Syiah yang sering mencerca para sahabat
nabi ini. Didalam ucapannya itu, Presiden Morsi telah mengutuk sekeras
kerasnya tindakan rejim Basyar keatas rakyat Syria hingga memaksa
delegasi syria yang turut berada di dewan itu melangkah keluar dewan
dengan rasa tidak puas hati.
5 - Didalam negara
pula, presiden Mursi berkeras untuk tetap tinggal di rumah lamannya
berbanding tinggal di istana mewah presiden. Beliau memutuskan agar
pegawai-pegawai tentera yang berpanas untuk mengawalnya, agar tidak
perlu berkawal dan boleh mencari tempat berteduh. Ucapannya yang paling
popular, “tidak mengapa, ALLAH ada untuk menjaga saya..” setelah sekian
lama Mesir berada dalam cengkaman kerajaan yang pro israel,
alhamdulillah kini mesir merdeka dan bakal mendirikan kerajaan khilafah
yang pemimpinnya seorang protaz (profesional dan ustaz).
6 - Namun! 3 julai 2013
merubah segala-galanya. Golongan kecil manusia bodoh di Mesir berusaha
keras untuk menjatuhkannya. Tidak cukup dengan itu, pegawai tertinggi
tentera juga berpaling tadah. Ini membuatkan kumpulan kecil ini menjadi
garang dan besar hingga menyaksikan penggulingan kerajaan Mursi
dilakukan dengan cara yang sangat biadap!
7 - Dunia islam yang
terkenal dengan bacul dan pengecut tahap langit ke tujuh, seperti biasa,
mendiamkan diri. Rumah presiden ini dikepung puak khianat ini. Ancaman
bertalu talu menghala kearahnya. Dan, profesor dr.Mohamed Mursi Al Hafiz
ini akhirnya karier politiknya ditamatkan dengan cara yang cukup kurang
ajar. Bagi Morsi, beliau tidak rugi apa-apa. 30 juzuk masih kekal
didalam dadanya, profesor dan pakar kejutueraan kimia masih segar di
kepalanya. siapa yang rugi dalam hal ini??
8 - Kita! Termasuk
Malaysia. Isu mursi adalah isu dunia islam sejagat. Bukan sekadar isu
dalaman mesir semata-mata. Saya sangat sedih bila melihat negara-negara
islam dunia menjadi tuli dan bisu dengan pengkhianatan ini, sebaliknya
hanya Turki yang menyuarakan sokongan penuh kepada Presiden Mursi.
Adakah hanya turki sahaja negara islam didalam dunia ini??
9 - Selepas ini,
penempatan tenteran israel di tanah arab akan mara semula, pintu
sempadan rafah yang merupakan talian hayat penduduk Gaza bakal ditutup
kembali, ulama mesir akan dipinggir dan disingkir semula,rakyat Mesir
akan kembali berada dalam wilayah pemerintahan diktator kekeluargaan
yang tidak berperi kemanusiaan dan menjadi balaci barua yahudi.
10 - Usah salahkan
yahudi dalam hal ini, kerana sebilangan kecil manusia muslim di mesir
yang bodoh dan bertindak diluar timbang rasa Iman. Mengapa 32 tahun
kezaliman Hosni anda diamkan, 1 tahun perubahan Morsi anda bertindak
keterlaluan? Padamlah cahaya dari bumi mesir ini, hilang satu-satunya
suara lantang dari negara islam dunia.
11 - Sejarah hanya
berulang semula, Umar Abd Aziz hanya sempat memerintah dua tahun, lalu
dibunuh oleh kerabat sendiri kerana khianat. Sedangkan baginda
memerintah dengan cukup adil. Begitu juga Saidina Uthman, beliau dibunuh
ketika usianya 86 tahun, rumahnya dikepung selama 40 hari oleh golongan
pemuda islam yang bodoh, lalu beliau dikerat tangannya , dan dipancung
tanpa belas kasihan oleh pedang milik islam sendiri. sejarah sekadar
berulang. Disebalik kebodohan minoriti muslim ini, kita pemerhati luar
tidak sudah-sudah menghentam Yahudi yang berada disebalik konspirasi
ini.
12 - CUKUP!! Berhenti
menunding jari kepada Yahudi, pandanglah kepada diri sendiri! ahh..
mudah benar kita ini, berlaku apa-apa kekalutan dan kecelakaan, kita
berasalan, ‘ahh.. ini agenda Yahudi.’ Sedangkan yang berteriak membakar
gambar Morsi, memancung saidina Uthman, dan membunuh Khalifah Umar Abd
Aziz adalah mereka yang sama mengucap dua kalimah syahadah! Kalau benar
pun Yahudi terlibat, apakah bodoh benar kita ini untuk mengikut mereka??
13 - Ya.. peristiwa
pembunuhan saidina Uthman menyaksikan puak Yahudi yang mengapi-apikan
kemarahan. Tetapi siapa yang mara membawa pedang meragas istana dan
memancung saidina Uthman?? Bukankah islam itu sendiri? Yahudi hanya
bertepuk tangan. Silap-silap, Yahudi berkata didalam hati, “alamak, gua
acah je.. sampai mati pemimpin mereka dibuatnya..”
14 - Buat kita
pemerhati luar, bukalah tempurung besimu, lihatlah sekitar mu kini, maka
nanti aku akan bertanya, puas hati sekarang? Disaat nanti pintu sepadan
rafah kembali dikunci, negara mesir kembali ditindas, aku ingin
bertanya, ‘puas hati sekarang?” dan ketika islam dimain-mainkan, dihina,
negara islam dizalimi, dan ketika itu OIC berlari bersembunyi dalam
dasar laut, ketika itu semua mencari mana pemimpin negara islam yang
berani bangun melawan? Pandang kiri, saudi menyorok dibawah meja,
pandang kanan, Malaysia berlari bersembunyi dalam bilik paip bomba, dan
ketika itu, aku ingin bertanya, “Puas hati sekarang?”
15 - Musuh Islam
sedang berpesta, dan si bodoh-bodoh di Mesir itu pun sedang bergembira,
entah apa yang mereka suka. Ingat, jika Morsi hidup, ia tetap pakar
kejuruteraan kimia, 30 juzuk tetap tak lekang dalam kepalanya, dan jika
beliau mati pun, syurga sedang menantinya. Sekarang kita dan musuh islam
sama-sama bersuka. Tunggulah.. tak lama.. nanti dunia islam akan
kembali menderita. Ketika itu, aku ingin bertanya, mungkin ini yang
kalian mahukan,
Sumber:
Harga Yang Perlu Dibayar Dengan Penggulingan Presiden Mursi – Mesir.
"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185].
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120] .
Baca Juga:
Firman Allah S.W.T., yang
bermaksud: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari
sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan
penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263).
Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.
Firman Allah S.W.T., yang
bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan
jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.”
(Al Ankabut: 69).
"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86).
Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. (Peceq Admin).
"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86).
Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. (Peceq Admin).
Perhatian: Pemaparan
tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan
pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk
menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan
larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak
bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan
perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana
individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina.
BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan