Isnin, 8 Julai 2013

773. Apa yang anda tahu tentang wahabi.

by DuniaMaklumat 

Wahabi, adalah satu fahaman yang semakin berkembang di Malaysia. Fahaman Wahabi ini mula muncul di Asia bermula daripada Indonesia dan kini menular di dalam masyarakat Malaysia.

Namun begitu, kejahilan masyarakat dalam ilmu agama menyebabkan mereka tidak tahu apakah asal-usul Wahabi.


Fahaman Wahabi yang tersebar di Arab Saudi dan beberapa daerah dalam dunia Islam ditaja oleh pemimpinnya Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab. Ia adalah kesinambungan daripada aliran salafi yang dibawa oleh Imam Ahmad dan Ibnu Taimiyah.

Syeikh Muhammad binAbdul Wahab mendapat kekuatan apabila beliau bergabung dengan keluarga Ibnu Saud.Akhirnya, mereka berjaya mengambil alih kuasa di Semenanjung Arab dan membentuk kerajaan beraja Arab Saudi.

Fahaman Wahabi dengan tegasnya mengemukakan dua prinsip yang penting iaitu tauhid yang bersih dari sebarang syirik, dan menghalang sebarang bentuk bid’ah (ajaran baru). Halal danharam diambil terus daripada sumber al-Quran dan hadis Nabi Muhammad.

Sebarang perkataan sarjana Islam perlu dikaji semula, lalu mereka membuka kembali ruang mengeluarkan hukum dengan luas. Mereka menentang ziarah kubur wali-wali dan menganggap amalan ini membawa kepada syirik.

Namun, hukum berbeza apabila menziarahi kubur bagi tujuan mengambil pengajaran dan memperingati hari akhirat bukannya dengan tujuan berdoa kepada si mati atau bertawassul melalui orang yang sudah mati.

Semasa mereka menguasai Mekah dan Madinah, mereka bertindak merobohkan bangunan-bangunan yang didirikan atas kubur-kubur parasahabat, para tabi’in dan tempat-tempat bersejarah yang dipuja secara melulu.

Mereka menentang perayaan seperti maulid (sambutan hari lahir) dan sebagainya yang tidak ada pada zaman Nabi Muhammad dan mengemukakan beberapa pendapat yang lebih keras daripada Imam Ahmad bin Hanbal dan Ibnu Taimiyah.

Fahaman ini disokong oleh gerakan Syeikh Muhammad Abduh di Mesir, Syeikh Abdul Hamid bin Badis di Algeria, Syeikh Ahmaddi Punjabi, India dan beberapa tempat lagi dunia Islam.

KESIMPULAN MAZHAB AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

Sumber:
Apa yang anda tahu tentang wahabi.

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..

Tiada ulasan: