Laman web rasmi Ikhwan Muslmin, Ikhwanonline melaporkan
sekurang-kurangnya 40 penyokong Morsi yang berhimpun di hadapan Bangunan
Pengawal Republik di sini terbunuh selepas polis Mesir menyuraikan
himpunan dengan kekerasan menjelang waktu Subuh.
Dilaporkan insiden tercetus ketika peserta himpunan yang sudah berkampung sejak beberapa hari itu baru menunaikan solat Subuh.
Menurut saksi, polis melepaskan gas pemedih mata ketika rakaat kedua solat sebelum qunut dibacakan.
Sejurus selepas itu, mereka kemudian dihujani peluru hidup yang bertalu-talu ditembak ke arah mereka.
Laporan web itu juga menyebut, 200 orang turut tercedera dalam insiden terbaru itu.
Kesemua jenazah yang terkorban kini dikumpulkan di pentas utama himpunan di Dataran Raba'ah.
Sementara itu Ikhwan Muslimin mengutuk sekeras-kerasnya tindakan polis
yang menembak kejam rakyat yang berhimpun di hadapan Bangunan Pengawal
Republik pagi ini sehingga menyebabkan berpuluh terkorban.
Jurucakap rasmi Ikhwanul Muslimin Gehad El-Haddad berkata, kebanyakan
mayat yang ditemui dengan kesan tembakan di kepala malah ada yang
dijumpai dengan organ hancur dan badan terpisah.
"Kami menjumpai orang yang ditembak di kepala. Kami juga mendapati
peluru-peluru yang meletup apabila memasuk badan, menyebabkan organ
hancur dan anggota badan terpisah.
"Setiap polis dalam dunia ini perlu memahami bagaimana mahu menyuraikan
himpunan. Ini adalah satu aktiviti jenayah yang mensasarkan kepada
peserta himpunan. Tiada siapa menjangka perbuatan khianat itu datang
dari polis dan pengawal Republik. Arahan untuk membunuh orang-orang
Mesir yang datangnya dari tentera Mesir sendiri," katanya dipetik
Al-Jazeera.
Menurut beliau lagi, tentera dan polis memulakan tembakan kepada
penunjuk perasaan yang berada di bangunan Pengawal Republik kira-kira
jam 3.30 pagi.
Maklumat terbaru menyebut sekurang-kurangnya 53 penyokong Morsi terbunuh
termasuk 5 kanak-kanak dalam insiden itu manakala lebih 300 yang lain
cedera ~harakahdaily
Al Fatihah buat semua mangsa kekejaman ini.. semoga Syahid dianugerahkan Allah buat mereka hendakNYA...
LIVE sila lihat di SINI
Sumber Gambar:
~ Na'im Nikmat.
~ Addin.
Perhatian: Pemaparan
tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan
pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk
menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan
larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak
bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan
perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana
individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina.
BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan