Rabu, 10 Julai 2013

837. Pengacau membuat hidup orang lain kecewa.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja p3c3q

Pengacau habitat kehidupannya suka membuat kacau ganggu kehidupan orang lain. Letak di mana sekali pun, untuk belajar bidang akademik - tangan kosong juga yang diperoleh. Cakap saja manis, sekadar gula-gula. Habuk pun tak ada.

Belajar bidang kemahiran. Sama juga hasilnya, tidak habis belajar pun. Kuat kencing, tipu sana tipu sini. Sampaikan pembohongannya, meragut kebahagiaan hidup orang lain. Daripada seseorang tiada syak wasangka, kerana rokok pun kena kebas, apa lagi duit. Tanya memang tidak mengaku.

Kebetulan ada budak 6 tahun, murid bermasalah pembelajaran. Budak itu yang kena syak kebas rokok. Tanya budak tersebut, tak ada ambil katanya. So siapa lagi kalau bukan angkara si bedebah keparat tersebut.

Ingat!. Pengacau boleh jadi perosak, pembelot, pengkhianat, penderhaka dan penjahanam kehidupan orang lain. Senang kata pengacau jenis yang langsung tidak boleh dipercayai. Berilah peluang apa pun, sia-sia jua dapatannya.

Tentu arah bela kucing ada juga jasanya kepada kita. Hati pun kurang sakit. Berbanding dengan manusia yang tidak faham-faham bahasa manusia.

Sudah terlalu lama memendam perasaan. Bertahun-tahun sudah. Sedikit pun tidak pernah untuk berubah kepada lebih bagus. Akhirnya perasaan tidak selamat di rumah milik sendiri terlalu mencengkam kehidupan.



Berkaitan:
.

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
urv

Tiada ulasan: