Rabu, 10 Julai 2013

838. Akibat bersabar.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com 
Munafik dan kafir laknatullah sebenarnya pemberontak dan pengganas. KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< . eaho.  ('_') Google Translate ('_') . 
Follow my tweet: (AlWaser) . 


shared Cosmas Jep's photo.
Pemilik Rahsia HATI. ~ saat yang ditunggu...tiba jua

Ramadhan yang dinanti...kian menghampiri membersihkan diri, menyucikan hati dari noda & dosa
ahlan wa sahlan ya Ramadhan Al-Mubarak salam kuhulur...kemaafan kupinta maafkanlah segala khilaf bicara, terkasar bahasa dsb buatmu sahabat2ku yang tersayang....~

~ semoga Ramadhan kali ini memberi seribu erti, semoga amalan kita semua diberkatiNYA, Allah SWT, Yang Maha Esa...aamiin ~ 

~ Tinta Pena ~ Tinie Hartinie @ Alamanda Desa ~~: awaited ... arrive all The Ramadan dinanti ... is approachingclean, purify the heart from the stain of sin &ahlan wa sahlan ya Ramadan Al-Mubarak
salam kuhulur ... an expression kupinta but pardon the mistake terkasar talk, language etc
buatmu sahabat2ku your loved ones .... ~

~ We wish Ramadan this time give thousand meaning, may practice we all diberkatiNYA, Allah Yang Maha Esa, ... aamiin ~

~ Ink Pen ~ Is Tinie Hartinie @ Desa Alamanda ~ (Translated by Bing). 


Sanggupkah kamu menempuhi peristiwa-peristiwa di bawah?.

(1).
Kehilangan kawan-kawan, angkara individu yang sesedap mulut dan apabila dibantah, habis dicanang entah apa isinya kepada segala kaum dan akhirnya merasa perasaan bagaimana keadaan dipulaukan, di saat genting beberapa bulan sebelum pemergiannya buat selama-lamanya.

(2).
Gara-gara tertipu dengan kata-kata "yes" yang sebenarnya tidak diperlukan (sekadar menjaga hati dan perasaan orang lain), roboh akhirnya sesuatu yang amat berharga dalam kehidupan.

(3).
Yang tua tidak dengar nasihat yang muda, sepeninggalan orang tuanya pergi bekerja, yang tua habis meminta-minta dengan jiran tetangga barang keperluan dapur. Sedangkan orang tuanya sering berpesan, beritahu barang keperluan sebelum habis. Sediakan lebih, habis dibazir-bazirkan.

Selang dua tahun dari peristiwa tersebut, jadi modal fitnah "seorang kabel karat" yang sekarang bergelar Haji dengan motto "anak kebulur". Habis dijaja cerita melangkaui daerah.

Kesannya hingga ke hari ini, ada yang masih percaya dengan fitnah tersebut dan mengambil tindakkan tidak ingin bertegur sapa.

(4).
Semasa sedang sakit. Gara-gara jiran hati sakit dan kebetulan jiran jenis kaki komplin akibat dendam kesumat. Melibatkan 2 kereta dan sebuah van serta sebuah pembancuh simen dan tanaman bunga (tidak berkemas - harapkan orang yang tidak boleh diharap di saat diri sedang sakit). Komplin dengan majlis daerah. Sebuah kereta dan pembancuh simen dua kali kena komplin. Tanaman bunga habis di JCBkan majlis daerah. 7 jumlah aduan ke majlis daerah.

(5).
Semasa sedang sakit. Tanaman pisang, kelapa, pokok buah-buahan dan saluran paip dikebun rezeb dimusnahkan dan diceroboh oleh cina jiran kebun rezeb tersebut, dengan pampasan RM100 kepada yang bukan hak dan kini telah jadi simati (dihalalkan RM100 tersebut).

(6).
Anak yang tidak pernah faham keadaan kewangan orang tuanya. Walau diberitahu, umpama tidak diberitahu, malah menambahkan lagi bil panggilan telefon rumah, bil air dan letrik. Habis teruk dengan pembaziran.

(7).
Pokok pisang yang tinggal dibakar berkali-kali oleh Haji. Sanggup kumpul bahan sampah untuk dibakar demi nafsu sedangkan nyawa pokok pisang Allah S.W.T., yang punya. Dengar khabar Haji sekali lagi tahun ini. Entahlah itu hubungan dia dengan Allah S.W.T., dengan empunya pokok pisang yang dibakar hanya Allah S.W.T., Yang Maha Mengetahui.

(8).
Saat orang tuanya susah, anak pandai-pandai serahkan van kepada pihak bank yang datang ke rumah semasa ketiadaan orang tuanya. Sedangkan orang tuanya tiada di rumah dan pergi berusaha untuk mendapatkan wang untuk bayaran van tersebut.

(9).
Saat dalam susah dan sakit, anak buat perangai. Orang tuanya belum mati dan terlantar di hospital, anak di rumah boleh sewenang-wenang menggunakan motosikal tanpa izin (curi kunci motorsikal dari simpanan), hingga rosak dan langsung tidak memberitahu. Bila ditanya jawapannya "entah". Keluarkan duit orang tuanya dengan menipu anak yang diamanahkan memegang kad bank, kononnya orang tuanya yang menyuruh dia berbuat demikian.

(10).
Saat orang tuanya susah, kawan yang baik hati pinjamkan motosikal untuk ulang alik bekerja. Anak tetap berperangai yang tidak membahagiakan perasaan orang tuanya. Kerana lama meminjam motosikal tersebut, akhirnya mengambil keputusan membeli motosikal tersebut dengan beberapa kali bayaran penangguhan sehingga lunas bayarannya dengan keadaan sampaikan tuan punya motosikal bermasam muka.

Akhirnya anak musnahkan motosikal tersebut (hancur habis) dan mengata orang tuanya lebih sayangkan motosikal dari nyawanya. Berkali-kali dinasihati dan langsung tidak dipatuhi langsung tidak diambil kira.

(11).
Melabur untuk menjaga perasaan anak dengan membaiki kenderaannya. Hanya dapat lihat beberapa minit, selepas itu lesap kerana mementingkan kawan. Sebelum itu labur untuk sambung pelajaran, tetapi tidak hadir pun dan wang pelaburan hangus begitu sahaja. Kecewa perasaan selepas habis exam terus tinggal pergi kononnya untuk bekerja (beritahu pun saat akhir sebelum pergi) belum pun terubat.
(12). 
Beri guna pakai kereta habis disondolkan. Melibatkan banyak pihak dan paling terkesan terpaksa berhadapan dengan orang yang tidak tahu berahsia. Habis segala diluah cerita pada orang lain. Terpaksa tadah telinga dengar ungkitan dan pelbagai. Ada pula penghasut. Allah Maha Mengetahui. 

. Bersabar kerana Allah S.W.T.. lebih baik. 

"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185].  

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120] 
Baca Juga:
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263).  

Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.  

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69).

"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86).  


Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob.  (Peceq Admin).  

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 

KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< .  eaho™.   ('_') Google Translate ('_') .  

Tiada ulasan: