Khamis, 11 Julai 2013

855. Nikah Mutaah mempersendakan Ilmu Munakahat.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com 
Munafik dan kafir laknatullah sebenarnya pemberontak dan pengganas. KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< . eaho ('_') Google Translate ('_') . 
Follow my tweet: (AlWaser) . 
Mut'ah berasal dari perkataan Mata'a dalam bahasa Arab yang bermaksud berseronok. Nikah Mut’ah merupakan salah satu ciri khusus perkahwinan dalam Ajaran Syi’ah. Nikah Mut’ah bererti seorang lelaki menikahi seorang wanita dengan perjanjian tempoh waktu tertentu mengikut persetujuan bersama. Apabila tempoh itu tiba, berlaku perceraian secara automatik tanpa pihak isteri mahupun anak2 mendapat apa2 nafkah mahu pun harta warisan.

Dalam ertikata mudah, Nikah Mut’ah adalah Nikah Kontrak.Cara Nikah Mut'ah Caranya semudah makan kacang. Tak perlu ada tok imam ataupun tok kadi untuk akad nikah. Tidak perlu ada wali dan saksi.

Lelaki tersebut hanya perlu bersalam dengan perempuan tersebut dan melafazkan akad nikah dengan sendiri secara berduaan dengan wanita tersebut di mana sahaja dengan bayaran mas kahwin yang sangat murah. Tanpa mengambil peduli samada wanita tersebut sudah bersuami atau tidak.Mereka mengikat tali perkahwinan untuk jangkamasa tertentu samada setahun, sebulan,seminggu atau sehari mengikut persetujuan bersama. Apabila genap tempoh yang dijanjikantersebut, tali pernikahan mereka terputus secara automatik tanpa perlu melafazkan cerai.

Jika isteri hamil atau mendapat anak,semua itu adalah tanggungjawab isteri sebaik sahaja kontrak perkahwinan mereka tamat. Si isteri juga tidak akan mendapat sebarang nafkah dan harta warisan setelah bercerai.Setelah tamat tempoh, jika dia mahu'berkahwin' semula dengan perempuan yang sama, tidak haram baginya menikahi perempuan tersebut berulang kali sebanyak mana yang dia mahu. Juga tiada had maksimum untuk beristeri lebih daripada empat orang dalam satu masa. Dengan Nikah Mut'ah, anda boleh ber'poligami' lebih dari sejuta jika mahu.Hukum Nikah Mut'ah Pada zaman awal Islam, Rasulullah membenarkah Nikah Mut’ah kerana ianya merupakan satu kebiasaan
masyarakat zaman ketika itu.

Kemudian ianya diharamkan secara berperingkat yakni terhad ketika berperang dan berdagang. Sehinggalah di penghujung hayat Rasulullah, baginda mengharamkan Nikah Mut’ah secara mutlak sehingga hari kiamat. Justeru, hukum muktamad Nikah Mut’ah adalah haram dan inilah yang menjadi pegangan para sahabat dan tokoh2 ilmuan Islam dari semua Mazhab baik Syafi’e, Hambali, Maliki dan Hanafi. Dalil Pengharaman Dari Sabrah bin Ma'bad Al-Juhaini, ia berkata : "Kami bersama Rasulullah saw dalam suatu perjalanan haji.

Pada suatu saat kami berjalan bersama saudara sepupu kami dan bertemu dengan seorang wanita. Jiwa muda kami mengagumi wanita tersebut, sementara dia mengagumi selimut (selendang) yang dipakai oleh saudaraku itu. Kemudian wanita tadi berkata: "Ada selimut seperti selimut". Akhirnya aku menikahinya dan tidur bersamanya satu malam.

Keesokan harinya aku pergi ke MasjidilHaram, dan tiba2 aku melihat Rasulullah saw sedang berpidato diantara pintu Ka'bah dan Hjar Ismail. Beliau bersabda, "Wahai sekalian manusia, aku pernah mengizinkan kepada kalian untuk melakukan nikah mut'ah.Maka sekarang siapa yang memiliki isteri dengan cara nikah mut'ah, haruslah ia menceraikannya, dan segala sesuatu yang telah kalian berikan kepadanya, janganlah kalian ambil lagi.

Kerana Allah s.w.t telah mengharamkan nikah mut'ah sampai HariKiamat (Shahih Muslim II/1024).Dari Ali bin Abi Thalib ra.ia berkata kepada Ibnu Abbas ra bahawa NabiMuhammad saw melarang nikah mut'ah danmemakan daging keldai jinak pada waktu perang Khaibar .Kesimpulan Jika dilihat pada caraperlaksanaannya, NikahMut'ah sememangnya nampak mudah dan menyeronokkan. Nikah Mut’ah tidak ubah seperti mahu menghalalkan ZINA dan pergaulan bebas. Merupakan satu bentuk penghinaan dan penindasan terhadap kaum wanita. Seolah-olah merendahkan martabat wanita dengan menganggap mereka sebagai tempat memuaskan nafsu semata2. Wanita diperlakukan tidak ubah seperti barang sewaan, malah hakikatnya boleh disamakan dengan pelacuran. Sedangkan di dalam Islam,kaum wanita diangkat tinggi darjatnya.

Selain terdedah kepada bahaya penyakit hasil seks bebas, ia turut memberi implikasi besar terhadap zuriat keturunan. Cuba bayangkan seorang wanita mampu dimiliki ramai lelaki dan anak2 yang dilahirkan wanita itu mempunyai bapa yang berbeza, malah anak2 tidak mengenal siapa ayahnya. Dalam sistem Mut'ah, anak bukanlah tanggungjawabvsuami. Tidak timbul lagi persoalan nafkah kerana awal2 lagi tujuan nikah ini hanya untuk mendapat keseronokan kononya secara ‘halal’.Disebabkan itu, Nikah Mut'ah sememangnya wajar diharamkan... Wallahualam....

Sumber: 
Gerakan Anti Syiah Malaysia
Rujukan: Panduan Munakahat
Pengertian Perkahwinan
Pernikahan
Pengertian Munakahat (Pernikahan)
Pernikahan menurut Islam
Bab 5 Munakahat ( Pernikahan ) - SlideShare.

"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185].  

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120] 
Baca Juga:
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263).  

Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.  

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69).

"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86).  


Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob.  (Peceq Admin).  

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 

KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< .  eaho™.   ('_') Google Translate ('_') .  

Tiada ulasan: