Jumaat, 12 Julai 2013

865. Amerika Syarikat tidak memperakui demokrasi yang sering dicanang-canangkan kepada semua orang.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Dr Zainur Rashid Zainuddin

Sikap hipokrit Barat

(AS menaja aktivis anti-Morsi)

Baru-baru ini Presiden Barack Obama menyatakan bahawa Amerika Syarikat mengambil sikap tidak berpihak (berkecuali) terhadap krisis di Mesir apabila kepimpinan tenteranya telah menggulingkan Presiden Mesir yang telah dipilih secara demokrasi.

Namun kajian semula terhadap berpuluh-puluh dokumen kerajaan persekutuan AS menunjukkan bahawa Washington secara sulit telah membiayai tokoh-tokoh utama pembangkang Mesir yang telah dipanggil untuk menjatuhkan Presiden Mohamed Morsi yang baru sahaja diguling.

Dokumen yang diperolehi melalui Program Laporan Siasatan di UC Berkeley menunjukkan bahawa AS telah memberikan pembiayaan yang disalurkan melalui program Jabatan Negara untuk mempromosikan demokrasi (baca : agenda AS) di rantau Timur Tengah. Program ini telah bertindak menyokong aktivis dan ahli politik yang telah menimbulkan pergolakan di Mesir selepas Presiden Hosni Mubarak digulingkan dalam kebangkitan rakyat pada Februari 2011.

Baca lagi :
http://www.aljazeera.com/indepth/features/2013/07/2013710113522489801.html

Nota: Amerika Syarikat tidak memperakui demokrasi yang sering dicanang-canangkan kepada semua orang. Kenapa? Anti Islam jawapannya?.Khususnya Ikhwan Muslimin yang berjuang dengan MENGESAKAN ALLAH S.W.T..
 
"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185] 

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120]

KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< . 
eaho 

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263). 
Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69).

"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86). 

Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. (Peceq Admin). 
Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. 
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 

KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< . 
eaho 
('_') Google Translate ('_') 

Tiada ulasan: