Jumaat, 12 Julai 2013

868. Keajaiban perang Syria - Lelaki buta diterangi cahaya bantu pembedahan semasa blackout.


Assalamualaikum.. nak share satu cerita pengalaman sahabat kami yang jadi volunteer doktor di Syria. Ini kisah benar.

Malam tadi kami diuji dgn bekalan elektrik yang terputus, waktu 2 pembedahan kecemasan sedang dijalankan...dalam kegelapan tu beberapa sukarelawan perubatan menjerit-jerit minta sesiapa pasangkan lampu. Beberapa Anggota Mujahidin yg berkawal di sekitar hospital lapangan bergegas cuba hidupkan generator.

Tetapi malangnya bekalan minyak habis. Dalam pada itu seorang doktor dari Norway ternampak 1 kawasan terang benderang. Doktor itu pun arahkan katil pembedahan dan peralatan kecemasan dipindahkan kesitu. Tahu tak cahaya terang itu datang dari mana?.

Dari seorang lelaki tua buta yang sedang mengaji Al Quran sambil menjaga anak saudaranya yang dipotong kaki....terangnya kawasan tu seperti disimbah cahaya bulan penuh....terang sangat walau x ada lampu dan kiri kanannya gelap gelita.

Kawasan yang terang itu boleh menempatkan 2 katil pembedahan dan ruang cukup untuk petugas perubatan yang terlibat.. Lebih pelik sewaktu kami perlukan bekalan elektrik untuk hidupkan satu mesin yang diperlukan selepas pembedahan. Salah 1 plug nampak macam menyala lampunya.. Seorang nurse dari Maldives yang terlupa bekalan elektrik sedang terputus terus sambungkan plug itu dan hidupkan suis..... Lelaki buta tu berasal dari Homs. Sehari dia mampu khatam Al Quran sekali. Setiap hari dia khatam Al Quran. Maha Suci Allah SWT..

Dengan kuasa Allah SWT., peralatan itu menyala.. Sampai pembedahan selesai, kami macam bingung sekejap. Lepas itu baru tertanya-tanya macam mana peralatan itu boleh menyala. Kawasan itu boleh terang benderang.

Terlalu banyak perkara yang ajaib berlaku di sini. Mungkin ini sebabnya para doktor yang berkhidmat di sini ada yang x nak balik, walau pun sudah ada kehidupan yang sangat selesa di negara sendiri. 
Bak kata seorang Mujahidin dari Bosnia "macam sudah ternampak-nampak Taman Syurga"

Saat mula-mula menjejakkan kaki ke Homs memang kawasan tu sudah musnah teruk tetapi ada suatu rasa nyaman masuk dalam jiwa..ajaib sangat. Semalam ada sorang budak perempuan. Nama dia Somaiyah. Umur 7 tahun. Dia tanya pada sorang sukarelawan tu kenapa menangis. Sukarelawan itu kata sebab sedih Somaiyah dah tiada parents. Somaiyah tu jawab "Awak silap. Disisi Allah SWT ayah dan ibu saya masih hidup. Mereka bahagia dan mulia".

Sahabat, Allah SWT., nak tunjuk Al-Quran itu mampu memberi cahaya. Di dunia pun Allah SWT., dah tunjuk. Apa lagi kat Akhirat sana. - teman fb gua.

Cerita ini diperoleh dari facebook seorang wanita. Setelah copy dan paste... teringat link fbnya lupa copy. Terima kasih buat yang empunya cerita.
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..

Tiada ulasan: