Sabtu, 13 Julai 2013

901. Kau gigit aku ya, dapat kau 100 jahitan.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.



Assalamualaikum w.b.t/لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl


Jiangsu – Gara-gara menggigit ibunya ketika menyusu badan, seorang bayi berusia 8 bulan telah ditikam sebanyak 90 kali oleh wanita tersebut dengan menggunakan gunting.

Ia menyebabkan Xiao Bao menerima 100 jahitan. 
Bayi malang itu menetap bersama ibu dan dua bapa saudaranya dan mereka menjalani kehidupan dengan mengutip sampah-sampah untuk tujuan kitar semula.

Kejadian itu disedari oleh salah seorang bapa saudaranya selepas melihat Xiao Bao dalam keadaan berlumuran darah, sebelum dikejarkan ke hospital.

Wanita berkenaan akhirnya mengaku bahawa dia menikam anaknya sendiri kerana bayi itu menggigitnya ketika sedang menyusu.

Laporan polis menyebut wanita itu tidak mengalami sebarang penyakit mental.

Dalam pada itu, jiran-jiran telah meminta supaya pihak berkuasa mengambil bayi berkenaan, agar kejadian sama tidak berulang.

Penyakit mental menjadi isu utama yang dibangkitkan di China dan satu analisis kesihatan yang dikeluarkan oleh empat wilayah di China pada 2009 yang disiarkan dalam jurnal perubatan The Lancet menganggarkan 91 peratus daripada 173 juta penduduk di China dipercayai mengalami masalah mental.

Namun mereka tidak pernah mendapatkan bantuan professional.


Admin : Allah.. Kenapa sampai begitu kejam ibu dia ?? Anak yang tidak tahu salah dan benar ni pun diseksa sedemikian rupa.. Bukan dicubit atau ditepis pipinya itu tetapi ditikam dengan gunting.. Berkali-kali.

Haish.. Dunia-dunia.. Dikau memang benar-benar berada di ambang kebinasaan dah sekarang ni. Ya Allah.. Selamatkanlah kami dari fitnah dunia..


sumber : mawarcinta
♥ 


Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..

Tiada ulasan: