Sabtu, 13 Julai 2013

914. Pelaburan Mara Bhd. (PMB) labur RM220j di Indonesia.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl
ARKIB : 12/10/2012.
Zamani Md. Noor (tengah) bersama Nik Mohamed Zaki Nik Yusoff (kanan) melancarkan dana Pengurusan Tunai Syariah ASM di Wisma PMB , Kuala Lumpur, semalam dengan turut disaksikan Ameer Ali Mohamed. 

KUALA LUMPUR 11 Okt. - Pelaburan Mara Bhd. (PMB) akan melabur sebanyak RM220 juta di pasaran Indonesia dalam tempoh tiga bulan akan datang bagi mempelbagaikan portfolio pelaburannya.
Ketua Pegawai Eksekutif PMB, Nik Mohamed Zaki Nik Yusoff berkata, Indonesia merupakan salah satu pasaran syariah yang besar, dengan memasuki pasaran tersebut akan meluaskan pelaburan mereka terutama di peringkat serantau.

“Apabila telah memasuki pasaran tersebut, ia akan memberi ruang kapada PMB untuk melancarkan produk-produk serantau selepas ini.

“Selepas Jakarta, PMB mungkin akan meninjau pasaran syariah yang lain seperti di Asia Barat," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran dana Pengurusan Tunai Syariah ASM (SCMF) di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi ASM Investment Services Bhd., Datuk Zamani Mohd Noor dan Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Pelaburan ASM Investment, Ameer Ali Mohamed.

Tambah Nik Mohamed Zaki, selepas memasuki pasaran Indonesia itu, mereka memberi tempoh dua tahun untuk melancarkan produk-produk serantau.

Terdahulu, ASM Investment telah melancarkan dana terbaharunya ASM SCMF yang sebelum ini dikenali sebagai Dana Pasaran Wang Syariah ASM (ASM SMMF).

Pertukaran tersebut adalah untuk mengukuh dan menggiatkan dana tersebut.

Ciri-ciri dana ASM SCMF ialah yuran tahunan diturunkan kepada 0.40 peratus setahun berbanding 0.50 peratus sebelum ini, caj jualan dan belian tidak dikenakan dan ia membolehkan pelabur membeli atau menjual unit-unit pada nilai aset bersih (NAB) seunit dana.

Pendapatan dari dana itu dikecualikan cukai dengan agihan ditukar kepada bulanan berbanding tahunan apabila pendapatan itu dilabur semula secara automatik ke dalam unit ASM SCMF.

Pelaburan minimum ASM SCMF hanya RM100 atau 100 unit bagi pelaburan permulaan dan pelaburan tambahan minimum adalah RM50.

Sementara itu, Ameer berkata, ASM Investment menyasarkan kesemua 14 dana konvensionalnya ditukar menjadi dana berlandaskan syariah menjelang Disember 2013.

“Setakat ini, tujuh dan telah berlandaskan syariah, empat lagi dana akan ditukar pada tahun ini dan selebihnya pada tahun hadapan.

“Ini selari dengan hasrat kami untuk menguruskan semua dana patuh syariah menjelang 2014," jelasnya.


Sumber:
PMB labur RM220j di Indonesia. (ARKIB : 12/10/2012).

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..

Tiada ulasan: