Isnin, 15 Julai 2013

965. Kerajaan Filipina dan pemimpin Moro bersetuju Kongsi kekayaan Mindanao.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja p3c3q

 2013/07/15 - 04:54:58 AM
Filipina, pemimpin MILF tandatangani perjanjian

Manila: Kerajaan Filipina dan pemimpin Moro bersetuju berkongsi kekayaan selatan Mindanao dengan menandatangani satu perjanjian semalam selepas berunding lapan bulan. 


Ia dilihat membawa Presiden Benigno Aquino lebih hampir kepada perjanjian akhir menamatkan pemberontakan selama empat dekad di selatan negara itu. 


Komitmen

“Kedua-dua pihak menunjukkan komitmen menyeluruh dengan bersetuju meneruskan rundingan yang pada mulanya dijadualkan selama empat hari kepada enam hari hingga mencapai persetujuan,” menurut kenyataan Manila dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF).

Perjanjian itu memberi panduan mencukupi untuk merangka syarat kongsi kekayaan dan penjanaan keuntungan mengikut satu undang-undang memperluas autonomi penduduk Islam di rantau dipanggil Bangsamoro.

Penduduk Islam akan mendapat 75 peratus sumber logam dan keuntungan jualan fosil yang sama rata, kata Naib Pengerusi MILF, Ghadzali Jaafar, ketika dihubungi. 

“Kami akan bertemu lagi untuk perbincangan akhir,” katanya. Kenyataan itu tidak mendedahkan perincian perjanjian.

Tamatnya satu konflik paling lama di Asia Tenggara mungkin membantu membawa pelabur ke Mindanao untuk mengeksploitasi simpanan mineral bernilai AS$312 bilion (RM990.60 bilion).

Keluaran Dalam Negara Kasar per kapita Wilayah Autonomi Mindanao yang majoritinya penduduk Islam mencapai 26,004 peso (RM1,904.12) pada 2011. - AGENSI
Pengerusi MILF Murad Ebrahim Al Haj (dua dari kiri) bersama Presiden Filipina, Benigno Aquino III (kanan) diambil pada tahun lalu. - Foto ihsan www.news.cn
Sumber:


Zulfarizan Zakaria "FABI AYYI AALA IRABBIKUMA TUKAZZHIBAN" = Nikmat Tuhan Manakah Yang Engkau Hendak Dustakan?........muhasabah buat diri kite ni belake kerana Allah S.W.T..... 

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..

Tiada ulasan: