Isnin, 15 Julai 2013

966. 23 cedera kena tanduk lembu.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja p3c3q

Sekumpulan peserta terjatuh di jalan 'diserang' 
Seorang pelari kena tanduk dalam larian ke-6 pesta San Fermin di Pamplona. Gambar kiri seorang pelari menjerit kesakitan selepas kena tanduk. - Foto AP/REUTERS 


Pamplona: Sekurang-kurangnya 23 orang cedera dalam larian lembu ketika pesta San Fermin di sini selepas sekumpulan peserta menjadi sasaran kerana terjatuh di tengah jalan. 

Ketika beberapa lembu masuk ke laluan sempit, haiwan itu disekat berpuluh-puluh peserta yang terjatuh dan menghempap sesama sendiri. 

Seorang pelari, warga Sepanyol, berusia 19 tahun dari Vitoria, cedera parah selepas lehernya dipijak manakala seorang warga Ireland hampir lemas” Javier Sesma, jurucakap kesihatan wilayah Navarra

Seekor lembu yang terjatuh di pintu masuk kemudian bangkit dan meluru ke arah mereka.

Dua daripada 23 mangsa yang cedera ditanduk lembu manakala kecederaan orang lain disebabkan mereka dipijak, kata jurucakap kesihatan wilayah Navarra, Javier Sesma.

Katanya, seorang pelari, warga Sepanyol, berusia 19 tahun dari Vitoria, cedera parah selepas lehernya dipijak manakala seorang warga Ireland hampir lemas.


“Keadaan memang serius. Dia stabil tetapi tenat,” kata Sesma mengenai warga senegaranya.
Seorang lagi kena tanduk di punggung dan seorang kena di bahagian ketiak dalam larian sejauh 850 meter di jalan sempit Pamplona.

Diserang sakit jantung

Kedua-duanya tidak cedera parah kerana pihak berkuasa Navarra yang menganjurkan pesta tahunan itu. Orang lain hanya luka dan lebam.

Sesma berkata, seorang lagi penonton diserang sakit jantung kerana menyaksikan larian.

Pesta itu mendapat perhatian Jumaat lalu selepas seorang pelajar kolej dan dua warga Sepanyol kena tanduk dengan video dan foto serangan disiarkan ke seluruh dunia.

Pesta di bandar utara Sepanyol ini bermula sejak abad ke-16 dan turut dikenali sebagai ‘parti sepanjang malam.’

Larian sebanyak lapan kali itu adalah kemuncak pesta sembilan hari bagi menghormati pelindung Pamplona - San Fermin. 

Setiap pagi, enam lembu sambung dan enam penyelaras larian akan cuba memastikan lembu itu berada bersama hingga ke penghujungnya yang berakhir di kandang sebelum dibawa ke gelanggang matador pada petangnya.

Pesta itu akan berakhir hari ini dipopularkan oleh novel Ernest Hemingway pada 1926 iaitu ‘The Sun Also Rises.’ - AP


Sumber:
23 cedera kena tanduk lembu.
Zulfarizan Zakaria "FABI AYYI AALA IRABBIKUMA TUKAZZHIBAN" = Nikmat Tuhan Manakah Yang Engkau Hendak Dustakan?........muhasabah buat diri kite ni belake kerana Allah S.W.T..... 

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..

Tiada ulasan: