Selasa, 16 Julai 2013

997. Australia - Menteri Muslim Ini Di Kecam Kerana Bersumpah Dengan Al-Quran.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Menteri Muslim pertama yang menjawat jawatan tinggi di struktur Kerajaan Australia, Ed Husic diserang secara rasis di jejaring sosial media hanya disebabkan beliau mengangkat sumpah menggunakan al-Quran dan tidak menggunakan Kitab Injil.
“Saya adalah saya.” kata Ed Husic, yang diangkat sebagai Setiausaha Parlimen kepada Perdana Menteri, Kevin Rudd pada hari Isnin kelmarin.

“Jelas..saya tidak akan bersumpah menggunakan kitab Injil. ” ujarnya.

“Tapi saya juga berfikir bahwa anda pasti akan memiliki, dari waktu ke waktu, di sekeliling anda akan ada orang-orang yang ekstrim, ada orang-orang ekstrim di dalam agamanya dan ada orang-orang yang ekstrim di luar itu dan mereka akan selalu mencari cara-cara untuk mempengaruhi orang lain.” katanya.

Husic yang berasal dari Bosnia adalah muslim pertama yang diangkat sebagai Setiausaha Parlimen kepada Perdana Menteri Australia. Beberapa jam setelah ia mengangkat sumpah di hadapan Gabenor Jeneral Quentin Bryce, beliau telah menerima ratusan komen di halaman Facebooknya dari mereka yang marah dan tidak bersetuju dengan keputusannya yang menggunakan Al-Quran dan bukan Kitab Injil seperti kebiasaan yang digunakan untuk mengangkat sumpah.

“Anda telah melakar sejarah terburuk, bersumpah menggunakan Al-Quran!! Ini adalah Australia dengan Hukum Australia.” kata seorang komentar yang menggunakan nama FB Dinki Di Sheila.

“Bersumpah untuk melayani Australia dengan menggunakan ‘buku teroris’, buku sama yang digunakan oleh Al-Qaeda. Menjijikkan,” antara komen yang lainnya.

“Memalukan..memalukan..memalukan.” tulis Ross.

“Saya sangat kecewa dengan kerajaan seperti mereka tidak memiliki tulang belakang untuk berdiri dengan cara hidup Australia.”

“Anda harus merasa malu sebagai bangsa yang besar. Politik Australia telah mengikut anjing dan melakukan tindakan khianat dengan bersumpah dengan Al-Quran. Anda adalah anjing kampung terbesar di halaman rumah!” kata pengguna lain, Steve Kerr Husic yang berusia 43 tahun melakar sejarah pada tahun 2010 apabila beliau telah terpilih sebagai anggota parlimen bagi Sydney Barat. Beliau mengangkat sumpah dengan tangan kanannya memegang kitab al-Quran.

Sumber: Menteri Muslim Ini Di Kecam Kerana Bersumpah Dengan Al-Quran.
Zulfarizan Zakaria "FABI AYYI AALA IRABBIKUMA TUKAZZHIBAN" = Nikmat Tuhan Manakah Yang Engkau Hendak Dustakan?........muhasabah buat diri kite ni belake kerana Allah S.W.T..... 

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..

Tiada ulasan: