♡ ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ ♡
◆▬▬▬▬▬ஜ ♥ ஜ▬▬▬▬▬◆
☆•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•★´¨`*•.¸¸.•★
♡ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه ♡
◆◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙ஜ۩۩ ♥ ۩۩ஜ◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◆
اللهُــــــم
۩★۩ صَـلٌ ۩★۩ علَى سَــيدنـا مُحـمَّـدْ ۩★۩ وعلَى آل ســيدنا مُحـمَّـدْ
۩★۩ كما صلٌيت علَى ســيدنـا إِبْرَاهِيـمَ ۩★۩ وعلَى آل سًــيدنــُا
إِبْرَاهِيـمَ ۩★۩ وبارك علَى ُسَــيدنـُا مُحــمَّـدْ ۩★۩ وعلَى آل
سَـيدنا مُحـمَّــدْ ۩★۩ كما باركت علَى سًـيدنا إِبْرَاهِيمَ ۩★۩ وعلَى آل
ًسيدنا إِبْرَاهِيمَ ً۩★۩ فى الْعَالَمِينَ ۩★۩ إن ك حَمِيدٌ مَجِيدْ
♡ ﷺ ♡ ﷺ ♡ ﷺ ♡ ﷺ ♡ ﷺ ♡
◆◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙ஜ۩۩ ♡ ۩۩ஜ◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◆
♡ الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين ♡
“”
•
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
•
بِسْمِ
اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ,
الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ
وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ
الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ
الضَّالِّينَ
•
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
•
سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
•
آمين...آمين... آمين... ياالله يَآرَبْ آلٌعَآلَمِِيِن
•
ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ
•
“”
*Follow my tweet: (AlWaser) .
DALAM satu riwayat ketika Israk dan Mikraj, Rasulullah ﷺ diperlihatkan keadaan lelaki dan perempuan yang diletakkan di hadapan mereka dua piring, satu berisi daging yang membangkitkan selera dan satu lagi berisi daging busuk.
Lelaki dan perempuan itu lebih gemar terhadap daging busuk itu dan tidak langsung menyentuh daging yang membangkitkan selera.
Rasulullah ﷺ diberitahu oleh Jibril bahawa mereka adalah tergolong di dalam kalangan mereka yang suka berzina.
Allah turut memperlihatkan kepada Nabi Muhammad ﷺ bagaimana sekumpulan manusia yang digantung pada buah dada mereka dengan rantai api neraka. Dan dari faraj mereka, keluar nanah terlalu busuk, sehingga ada di kalangan ahli neraka itu sendiri tidak senang melihat keadaan mereka dan meminta dijauhkan.
Mereka ini, menurut Jibril, adalah kalangan yang tidak menjaga kehormatan.
Begitu gambaran hina dan azabnya orang yang melakukan zina. Zina adalah perbuatan sangat keji dalam ajaran Islam dan mereka yang melakukannya mendapat dosa besar.
Firman Allah, yang bermaksud: “Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang sangat buruk.” (Surah al-Isra', ayat 32).
Allah mengingatkan bahawa, mana-mana umat Islam yang melakukan zina, hendaklah dihukum 100 kali dera (sebatan) terhadap pasangan terbabit.
Firman Allah, yang bermaksud: “Perempuan dan lelaki yang berzina, hendaklah kedua-duanya didera. Masing-masing 100 kali dera (pukulan), janganlah sayang terhadap kedua-duanya dalam menjalankan agama Allah, jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Hendaklah hadir ketika menyeksa kedua-duanya, satu golongan daripada orang mukmin.” (Surah an-Nur, ayat 2)
Thabrany ’an Ibni Abbas meriwayatkan, daripada hadis Rasulullah ﷺ Baginda ﷺ bersabda bermaksud: “Jauhilah oleh kamu akan zina kerana kecelakaannya empat macam, iaitu hilang seri pada mukanya, disempitkan rezekinya, kemurkaan Allah atasnya dan ia berkekalan dalam neraka.”
Menurut satu riwayat, Rasulullah ﷺ bersabda: “Takutlah kamu berbuat zina, kerana bagi orang yang mengerjakan perbuatan zina itu, akan diberi enam jenis bala oleh Allah. Tiga daripadanya seksa sewaktu berada di dunia, iaitu mengurangkan rezekinya, menghilangkan keberkatan umurnya dan ketika dicabut nyawanya kelak, tidak ada rahmat dan belas kasihan terhadap dirinya.”
Dalam satu hadis Baginda Rasulullah ﷺ menjelaskan: “Dicucuk kepala kamu dengan jarum daripada besi adalah lebih baik daripada menyentuh kulit perempuan yang tidak halal baginya.”
Begitulah antara amaran Nabi ﷺ supaya seseorang lelaki itu tidak sekali-kali mendekati perempuan yang bukan muhrim dan sebaliknya.
Malahan, seseorang lelaki juga diberi amaran tidak sekali-kali cuba bersalaman dengan wanita yang halal dinikahi.
Perbuatan ini biasanya berlaku secara spontan ketika seseorang lelaki dan wanita itu mula berkenalan atau berlaku dalam keadaan disengajakan ketika kedua-duanya bermaaf-maafan pada hari raya.
Nabi ﷺ bersabda, yang bermaksud: “Barang siapa berjabat tangan (bersalaman) dengan seorang perempuan yang haram, maka kelak pada hari akhirat, dia dirantai dengan rantai api neraka.”
Jika bersalaman antara lelaki dan perempuan yang halal bernikah begitu dilarang, apa lagi jika kedua-duanya bercium? Allah memberi amaran bahawa kedua-duanya, pada hari akhirat kelak, akan digunting kedua-dua bibirnya dengan gunting api neraka.
Namun begitu, sesungguhnya, Allah itu Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Maha Pengampun. Walau sebanyak manapun dosa yang dilakukan oleh hamba-Nya, jika ia benar-benar insaf akan kesalahannya dan bertaubat nasuha kepada Allah, nescaya Allah akan menerima taubat hamba-Nya.
Allah berfirman, yang bermaksud: “Katakanlah, wahai hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah. Sesungguhnya, Allah mengampuni dosa semuanya. Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah az-Zumar, ayat 53)
Melalui ayat lain, Allah berfirman yang bermaksud: “Ibrahim berkata, tidak ada orang yang berputus asa daripada rahmat Tuhannya, kecuali orang yang sesat.” (Surah al-Hijr, ayat 56)
Berpandukan firman Allah dan Hadis Nabi ﷺ di atas, mereka yang sudah terlanjur melakukan dosa besar itu, tidak harus berputus asa. Dia hendaklah segera bertaubat kepada Allah dan menyesali perbuatannya. In Syaa Allah, dosanya akan diampunkan Allah.
Rasulullah ﷺ ketika mengikat janji setia dalam satu perjanjian bersama sahabat Baginda ﷺ sama ada lelaki atau perempuan, meminta supaya kalangan sahabat lelaki dan perempuan, tidak melakukan syirik, penipuan, mencuri dan berzina.
Banyak lagi hadis lain yang menerangkan bagaimana buruk keadaan orang yang berzina itu.
Allah memberi amaran, bahawa balasan-Nya ke atas orang yang berzina tidak lain daripada neraka, yang Allah jadikan untuk menyeksa manusia yang ingkar terhadap larangan-Nya.
FAKTA
Suami ideal
Bersikap baik terhadap isteri.
Dapat memberikan kebebasan berfikir dan pendapat.
Menerima kekurangan dan kelemahan isteri.
Dapat membantu tugas isteri dalam keadaan dan kegiatan tertentu.
Dapat menjaga kewibawaan isteri.
Dapat membimbing isteri ke jalan yang baik.
Dapat menghormati dan menyayangi sanak keluarga isteri.
Suami ideal
Bersikap baik terhadap isteri.
Dapat memberikan kebebasan berfikir dan pendapat.
Menerima kekurangan dan kelemahan isteri.
Dapat membantu tugas isteri dalam keadaan dan kegiatan tertentu.
Dapat menjaga kewibawaan isteri.
Dapat membimbing isteri ke jalan yang baik.
Dapat menghormati dan menyayangi sanak keluarga isteri.
Sumber: Koleksi email.
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud:
“..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA.” (QS. AL 'IMRAN (3):185)
“Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya)” (Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120)
“Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263).
Hard grind to unravel MH370 mystery
(¯`• ßý: ¤§º£¡Ð™¤ •´¯)
Kerana Allah kita berusaha dan berdoa serta mendoakan untuk hidup dan kemudiannya mati dan memohon supaya Allah perkukuhkan takwa dan iman kita semua manusia hamba Nya yang bersifat makhluk dan baharu.
Aamiin Yaa Allah Yaa Rohman Yaa Rohim Ya Robbalalaamiin.
Tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud:“Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69).
“Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku.” (QS. Yusuf: 86).
Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. (Peceq Admin).
Perhatian:
Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan
dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk
menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan
larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak
bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan
perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana
individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina.
BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
*
Tiada ulasan:
Catat Ulasan