بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ
الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ,
الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ
وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ
الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ
الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
. 006.
Nota Buat Pengunjung Blog.. KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. 
"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185]
"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185]
Firman allah s.w.t., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang
yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq)
menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha
mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu.
Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa
yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah
jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120] 
[melayucyber] Fw: BARANG NAIK, HAD LAJU DITURUNKAN DAN ...
BARANG NAIK, HAD LAJU DITURUNKAN DAN KINI NYAWA PULA DIKATAKAN MURAH?
telokbakong.blogspot
wfauzdin.blogspot.
AKU sendiri rasa malu bila ada akhbar luar 
negara tergamak melabel negara kita sebagai negara yang mempunyai 'nilai nyawa' 
yang amat murah.  Walaupun aku sedar memang begitu banyak yang 'mahal' di 
negara kita seperti minyak, ayam, tol, tambang bas, gas memasak dan lain-lain 
lagi, mengapa akhbar ini menumpukan kepada yang 'murah' iaitu nyawa?   
Mungkin lebih murah berbanding dari negara mereka sebab itulah mereka berminat 
untuk menulis sedemikian.
Akhbar The New Paper dari Singapore pada 31 
Julai, telah menerbitkan sebuah artikel bertajuk 'Selamat datang ke Malaysia di 
mana kematian adalah murah dan untuk kekal hidup sangat mahal' yang turut 
menyatakan bahawa untuk mengupah seorang pembunuh hanya memerlukan $2,000 
(RM5,000).   Artikel ini tentunya mengejutkan beberapa pimpinan 
politik yang telah lama 'terlena' malahan merimaskan Ketua Polis Negara sehingga 
mengamuk sakan Pegawai Tertinggi Polis kita.
| Negara kami bukan negara Koboi....Negara kami aman, tau tak? | 
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar 
menyifatkan laporan muka depan sebuah akhbar Singapura, The New Paper, mengenai 
kejadian jenayah di Malaysia baru-baru ini, berniat jahat.  Sebaliknya 
Khalid menegur akhbar tersebut agar mengawasi hal ehwal jenayah di dalam negara 
sendiri daripada membuat satu spekulasi yang tidak benar mengenai jenayah di 
Malaysia.  "Ia adalah satu kenyataan jahat, eloklah dia jaga rumah sendiri 
daripada menjaga rumah orang," katanya kepada pemberita semasa menghadiri Majlis 
Jalinan Ramadan Bersama Pasukan Beruniform di sini kelmarin. 
Tentu media Singapore itu ada 'nas dan dalil' 
untuk berkata sedemikian.  Jika ternyata tidak benar, kita harap pihak 
kerajaan kita melalui Kementerian Dalam Negeri berani untuk menyaman akhbar 
tersebut.  Penafian atau mengeluarkan kenyataan emosi hanya di TV3 suku 
atau di Utusan Meloya sahaja tidak cukup kerana media di Singapore sudah kenal 
dan faham sangat berita-berita dari lidah media kawalan kerajaan ini.  
Mereka tahu, media seperti ini sanggup menipu atau menfitnah parti-parti 
Pembangkang di negara sendiri apa dihairankan jika media ini membelasah media 
luar yang mengkritik negara ini.
Jadi, sewajarnya lah kerajaan mengambil 
tindakan tegas ke atas media berkenaan jika benarlah negara kita ini sebenarnya 
aman sentosa tanpa ada kejadian tembak mati berturut-turut di dalam tempoh 
sebulan.  Ada berani?  Aku rasa memang kerajaan minoroti 47% ini akan 
berani bertindak kerana mereka dakwa kerajaan mereka bermaruah.  Kita akan 
salute jika kerajaan kita berbuat demikian bagi menutup aibnya kita sebagai 
rakyat Malaysia yang selama ini yakin negara kita paling aman di 
dunia.
 Zulfarizan Zakaria "FABI
 AYYI AALA IRABBIKUMA TUKAZZHIBAN" = Nikmat Tuhan Manakah Yang Engkau 
Hendak Dustakan?........muhasabah buat diri kite ni belake kerana Allah 
S.W.T.....
Zulfarizan Zakaria "FABI
 AYYI AALA IRABBIKUMA TUKAZZHIBAN" = Nikmat Tuhan Manakah Yang Engkau 
Hendak Dustakan?........muhasabah buat diri kite ni belake kerana Allah 
S.W.T..... 

 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan