بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ
الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ,
الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ
وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ
الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ
الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
. 006.
Nota Buat Pengunjung Blog.. KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™.
"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185]
"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185]
Firman allah s.w.t., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang
yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq)
menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha
mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu.
Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa
yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah
jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120]
Perang Turki-Syria Harapan Terkini Ahli Sunnah Wal Jamaah. (Tuesday, October 9, 2012) Serangan dan serangan balas merentas sempadan yang paling serius dalam konflik Syria, yang bermula dengan pemberontakan pro-demokrasi tetapi telah berkembang menjadi perang sivil dengan berbau mazhab.
Turki, yang pernah menjadi sekutu Presiden Syria, Bashar al-Assad mempunyai kekuatan tentera yang lebih besar dan kuat.
"Kami tidak berminat untuk berperang, tetapi kita tidak jauh dari perang seperti mana kewujudan negara ini setelah melalui beberapa siri peperangan antara benua," katanya merujuk kepada beberapa siri peperangan yang dilalui Turki.
Meriam Turki menghujani sasaran tentera Syria pada Rabu dan Khamis, membunuh beberapa tentera Syria selepas pengeboman awal oleh Syria.
The best armys in 2012 is Offizial !
Top 10 Israel
Top 9 India
Top 8 Germany
Top 7 France
Top 6 England
Top 5 Iran
Top 4 China
Top 3 Turkey
Top 2 Russia
Parlimen Turki membenarkan tindakan ketenteraan rentas sempadan jika berlaku pencerobohan selanjutnya dari Syria.
Berikut adalah gambaran suasana di sempadan Turki - Syria
Turki Harapan Islam Sunah Wal Jamaah
Sekiranya Turki menyerang Syria dengan kekuatan tentera yang jauh lebih hebat, Syria akan musnah dengan mudah. Apatah lagi Turki akan mendapat bantuan dalaman daripada penjuang pro demokrasi yang bermazhab Suni.
Perjuangan pro demokrasi kini menghadapi masalah menentang kerajaan Assad kerana turut terpaksa menentang kumpulan syiah Alawiah dan kumpulan Kristian Armenia yang menyokong Assad. Kumpulan Syiah Alawiyah dan kumpulan Kristian Armenia mendapat bekalan senjata daripada kerajaan Assad.
Kedua-dua kumpulan in mempunyai sebab tersendiri untuk menentang pejuang pro demokrasi. Pihak Syiah Alawiyah bimbang sekiranya puak Islam Sunni memerintah mereka akan membalas dendam terhadap minoriti Syiah Alawiyah atas kekejaman yang dilakukan Assad dan barisan Pemimpin tentera yang dikuasai Syiah Alawiyah pada masa kini.
Puak Kristian Armenia pula khuatir jika 'muslim brotherhood' memerintah, orang-orang Armenia yang beragama kristian tidak lagi dibenarkan tinggal di Syria. Yang nyata inilah motto kempen kerajaan Assad untuk mendapat sokongan pihak kristian suku Armenia.
Turki pula memang mempunyai sejarah perang dengan Armenia yang menyebabkan Armenia terbahagi dua suatu amsa lalu. Satu bahagian dikuasai Turki dan satu bahagian lagi dikuasai Soviet. Ini bermakna Kristian Armenia juga menyimpan dendam terhadap Turki.
Turki kini menempatkan berpuluh-puluh ribu pelarian Syria yang menyeberang sempadan. Syria mendakwa Turki menyebelahi Pro Demokrasi dan membekalkan senjata dan perlindungan di sempadan bertopengkan kem pelarian.
Serangan ketenteraan Turki ke atas Syria akan membantu menyelesaikan kemelut dalaman Syria yang selama ini berlaku kejam terhadap rakyat bermazhab Suni terutama kanak-kanak dan wanita. Ramai kanak-kanak dibunuh kejam termasuk disembelih. Wanita dirogol sebelum dibunuh kejam dan ditanam dalam lubang besar beramai-ramai.
Semoga Turki realisasikan harapan seluruh dunia Islam
Zulfarizan Zakaria "FABI
AYYI AALA IRABBIKUMA TUKAZZHIBAN" = Nikmat Tuhan Manakah Yang Engkau
Hendak Dustakan?........muhasabah buat diri kite ni belake kerana Allah
S.W.T.....
Kuala Lumpur |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan