بِسْمِ
اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
, الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ
وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ
الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ
الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
. 006. Nota Buat Pengunjung Blog.. KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™.
"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH KESENANGAN YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185]
"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH KESENANGAN YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185]
FIRMAN ALLAH S.W.T., YANG BERMAKSUD: Wahai
orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada
kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib
(yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan
kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah
pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa
yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami
telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya
(memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120]
yongsukakuning.blogspot
Bila teringat berapa ramai CIMB yang didakwa
menjadi pengundi hantu masa PRU13, Yong menjadi orang yang tak kisah bila
membaca berita malapetaka yang terjadi kepada petualang
ini.
Tetapi..entah-entah bukan demer. Lagipun demer orang juga. Demerpun nak balik jumpa keluarga tersayang yang menunggu di seberang.
Tetapi..entah-entah bukan demer. Lagipun demer orang juga. Demerpun nak balik jumpa keluarga tersayang yang menunggu di seberang.
Apapun, apabila membaca berita penumpang bot
yang karam itu adalah pendatang tanpa izin, Yong bertanya pada diri - patutkah
aku simpati sedangkan aku marah! Kemarahan yang tidak tahu kepada siapa harus
dilemparkannya?
Sesungguhnya Yong marah pada sistem keselamatan
negara yang memberi peluang kepada pendatang tanpa izin datang dan pulang sesuka
hati. Datang dan pulang tanpa pengesahan bagai negara ini tiada
undang-undang.
Persoalannya:
Siapa yang membawa demer masuk?
Siapa yang memberi demer pekerjaan?
Siapa yang memberi demer cuti untuk
pulang?
Siapa yang menguruskan perjalanan?
Siapa yang menyediakan bot pancung?
Sebab itu Yong kata berita ini aneh dan
meransang kemarahan.
Kepada siapa harus aku simpati?
Kepada pendatang tanpa izin mangsa bot
karam?
Atau kepada rakyat Malaysia yang telah dicuri
undi?
Takziah kepada pendatang tanpa izin yang
menjadi mangsa bot karam.
Bila kamu dapat pulang nanti, jangan kembali ke
Malaysia.
Mangsa bot karam menunjukkan kecederaan mereka di pangkalan
APMM-Gambar oleh pembaca The Malaysian Insider, 3 Ogos, 2013 |
Empat lagi
penumpang bot pancung yang karam malam kelmarin di antara perairan Sedeli dan
Penawar berhampiran Tanjung Siang, Kota Tinggi, Johor berjaya diselamatkan
setakat tengah malam semalam.
Ketua Polis Daerah
Kota Tinggi, Superintendan Mohd Nor Rashid, berkata empat mangsa itu ditemui
oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), menjadikan jumlah mangsa
yang ditemui selamat setakat ini lapan orang.
Sebelum ini, empat
mangsa ditemui nelayan tempatan dan APMM pada kira-kira jam 4 petang semalam dan
empat lagi mangsa yang terselamat ditemui malam semalam.
Pada masa sama,
katanya, beliau mengarahkan semua balai polis berhampiran dengan pantai supaya
menugaskan anggota untuk memantau pantai berhampiran kawasan mereka.Katanya,
operasi mencari dan menyelamat yang disertai oleh APMM, Jabatan Laut dan pasukan
Polis Marin akan bersambung jam 8 pagi hari ini.
Dalam kejadian
yang berlaku lewat malam kelmarin, sebuah bot pancung yang dipercayai membawa
seramai 40 pendatang tanpa izin warga
Indonesia ke Batam untuk menyambut
Aidilfitri karam dipukul ombak besar.
Mereka sebelum itu
dipercayai berlepas dari Tanjung Siang lewat petang kelmarin.
Kejadian
dipercayai berlaku ketika cuaca ribut dan tragedi malang itu hanya disedari
kira-kira jam 4 petang semalam apabila sekumpulan nelayan menemui tiga mangsa
berpaut pada tong plastik.
Seorang lagi
ditemui oleh bot peronda APMM yang melakukan rondaan rutin di kawasan itu. - Bernama, 3 Ogos,
2013.
Zulfarizan Zakaria "FABI
AYYI AALA IRABBIKUMA TUKAZZHIBAN" = Nikmat Tuhan Manakah Yang Engkau
Hendak Dustakan?........muhasabah buat diri kite ni belake kerana Allah
S.W.T.....
Kuala Lumpur |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan