Isnin, 5 Ogos 2013

1181. Kembali dengan keMuliaan Allah S.W.T., Yang Maha Mulia.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

006. Nota Buat Pengunjung Blog.. KLIK UNTUK KE MENU UTAMAeaho

"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH KESENANGAN YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185] 
FIRMAN ALLAH S.W.T., YANG BERMAKSUD: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120] 

[TELADAN] "Rahsia" Siak Dapat Mati Dalam Keadaan Bersujud Dikisahkan Isterinya


telokbakong.blogspot

greenboc.blogspot

Posted by greenboc
Alhamdulillah...Muslimat TJ telah menziarahi balu Allahyarham Siak Surau Tmn Desa Surada pagi tadi.

Satu pertemuan yang cukup menginsafkan, memanggil diri untuk bermuhasabah tentang kehidupan yang telah dikemudi selama ini, kerana Allah S.W.T..

Beberapa mutiara keikhlasan, zuhud & kecintaan kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW yang dapat dikutip dari perkongsian Kak Mar (balu) untuk tatapan bersama...

Allahyarham bersara awal pada umur 40an. Sejak itu Beliau bersama-sama bekerja untuk jamaah dan bertugas sebagai Siak Surau di Tmn Desa Surada. Surau itu menjadi rumah kedua malah menurut Kak Mar mungkin lebih dari rumahnya sendiri.

Allahyarham seorang yang berpegang kepada kata-kata ustaz dalam ceramah-ceramah dan kuliah yang diikutinya.

Oleh kerana itu beliau:

1. Tidak pernah meninggalkan Solat Berjamaah di Surau walaupun hujan beliau tetap ke Surau dengan menaiki motor dan berpayung.

2. Sentiasa membaca Al Quran, tidak pernah ketinggalan dalam hari-hari kehidupan beliau. Di Surau itu lah tempat beliau berjamaah, mengaji dan membersihkan surau.

3. Menyampaikan apa yang didengar ketika kuliah kepada anak-anak dan sentiasa berpesan supaya tidak meninggalkan solat dan mengerjakannya diawal waktu, kalau berkesempatan berjamaah di surau.

4. Berpesan supaya rajin membaca Al Quran kerana kata Allahyarham kepada anak-anaknya Al Quran ini lah yang akan menemani kita dan membantu kita kelak.

5. Kata beliau lagi jangan sibuk-sibuk harta dunia kerana hanya 3 benda sahaja yang kita bawa bila mati - "ayah tidak ada harta nak infaq, ini lah saja.... ke surau berjamaah, membaca Al Quran, bertugas membersih dan menjaga surau.... (amal soleh.... dan In Syaa Allah anak-anak beliau yang soleh).

6. Kurang melayan kehendak dunia - tidak suka berjalan jauh-jauh kerana kata Allahyarham nanti solat jamaah beliau (surau) macamana pula...
 


Itu lah antara amalan beliau yang istiqamah kerana Allah SWT.. Beliau tidak bekerja lagi walaupun bersara awal kerana nak menghabiskan sisa hidup dengan beramal soleh.

Beliau pernah berkata rentetan peristiwa kematian di Mekah/Madinah (tidak berapa ingat) yang meninggal dalam keadaan sujud.... kata beliau....orang biasa macam kita tidak boleh dapat ke macam tu....maka hajat dan doa beliau dimakbulkan Allah SWT. Rakan beliau yang pernah mendengar beliau berkata begitu menangis mengenangkan kata-kata Allahyarham.

Kata kak Mar hujan renyai-renyai ketika jenazah dibawa ke tanah perkuburan. Jenazah beliau pun lembut semasa diluruskan & ditanggalkan pakaian untuk dimandikan dan seperti tidur.

Melihat kepada kak Mar yang sederhana dan lembut orangnya... yang sentiasa menolong suami membersih surau (kerja kak Mar basuh toilet), saya dapat merasakan ketenangan dalam keluarga ini.

Hanya kak Mar, kerana hari itu...rutin hidup seperti biasa tanpa Allahyarham menunjukkan tanda-tanda kelainan dan kak Mar tidak banyak bercakap dengan suami beliau sebelum keluar mengambil anaknya.... dan tiada di sisi ketika Allahyarham pergi. Tapi beliau redha atas ketentuan Allah SWT., dan urusan jenazah pun dipermudahkan Allah SWT... Al fatihah...

Semoga kita yang hidup beroleh iktibar dalam melayari bahtera kehidupan yang singkat ini. Bila-bila masa kita akan dipanggil pergi mengadap Maha Pencipta... fb PHR
comments:
Amuraria said...
Allahu Akhbar !
Di Edit sebagai penambah dari amat baik kepada tambah baik.
Zulfarizan Zakaria "FABI AYYI AALA IRABBIKUMA TUKAZZHIBAN" = Nikmat Tuhan Manakah Yang Engkau Hendak Dustakan?........muhasabah buat diri kite ni belake kerana Allah S.W.T..... 

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..

Kuala Lumpur

Tiada ulasan: