بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ
الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ,
الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ
وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ
الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ
الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
. 006.
Nota Buat Pengunjung Blog.. KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™.
"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185]
"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185]
Firman allah s.w.t., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang
yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq)
menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha
mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu.
Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa
yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah
jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120]
malaysiaberih.blogspot.
lenggangkangkung-my.blogspot
*
Firman Allah S.W.T., “Dan orang-orang yang memberikan apa
yang telah mereka berikan, dengan hati yang takut.” (Al Mu’minun: 60).
Para Ulama Salaf terdahulu sangat bersemangat untuk
menyempurnakan amalan mereka, kemudian mereka berharap agar amalan tersebut
diterima oleh Allah SWT., dan sangat khuatir jika tertolak.
Ibnu Diinar mengatakan, “Tidak diterimanya amalan, lebih ku
khuatirkan daripada banyak beramal.”
Abdul Aziz bin Abi Rawwad berkata, “Saya menemukan Para
Salaf begitu semangat untuk melakukan Amalan Solih. Apabila telah melakukannya,
mereka merasa khuatir apakah amalan mereka diterima atau tidak.”
‘Umar bin ‘Abdul Aziz berkata semasa beliau berkhutbah pada
Hari Raya Idul Fitri, “Wahai sekalian manusia, kalian telah berpuasa selama 30
hari. Kalian pun telah melaksanakan Solat Tarawih setiap malamnya. Kalian pun
keluar dan memohon pada Allah agar amalan kalian diterima. Namun sebagian Salaf
malah bersedih ketika Hari Raya Idul Fitri. Dikatakan kepada mereka,
“Sesungguhnya hari ini adalah hari penuh kebahagiaan.” Mereka malah mengatakan,
“Kalian benar. Akan tetapi aku adalah seorang hamba. Aku telah diperintahkan
oleh Rabbku untuk beramal, namun aku tidak mengetahui apakah amalan tersebut
diterima atau pun tidak.” (Lathaif Al Ma’arif, 368-369).
Ada yang mengatakan Para Salaf biasa memohon kepada Allah
selama enam bulan agar dapat berjumpa dengan bulan Ramadhan. Baki lagi enam
bulan, mereka memohon kepada Allah agar amalan mereka diterima.
Wallahu a'lam.
Taqobbalallahu minna wa minkum. (In Syaa Allah, AllahSWT.,
menerima amalan kami dan amalan kalian).
Zulfarizan Zakaria "FABI
AYYI AALA IRABBIKUMA TUKAZZHIBAN" = Nikmat Tuhan Manakah Yang Engkau
Hendak Dustakan?........muhasabah buat diri kite ni belake kerana Allah
S.W.T.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan