بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ
الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ,
الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ
وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ
الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ
الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
. 006.
Nota Buat Pengunjung Blog.. KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™.
"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185]

Firman allah s.w.t., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang
yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq)
menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha
mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu.
Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa
yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah
jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120]
Sultan Brunai Arah Tutup Premis Perniagaan Waktu Solat Jumaat, sejak hari Jumat 18 Zulhijjah 1433 Hijrah, bersamaan 2 November 2012 Masihi.
telokbakong.blogspot
tranungkite.net
Alangkah baiknya jika arahan ini dapat
dilaksanakan di Malaysia yang majoriti umat Islamnya bermazhab Syafie dari Ahlul
Sunnah Wal Jamaah dan ianya menjadi teks khutbah Jumaat.
Semoga JAKIM dapat mengeluarkan teks khutbah Jumaat sebegini.

KHUTBAH
JUMAAT : PENUTUPAN SEMENTARA PREMIS PERNIAGAAN BAGI SEMBAHYANG FARDHU
JUMAAT
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizaddien Wadaulah, Sultan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah bertitah sempena HariRaya Aidiladha tahun 1433 Hijrah bersamaan 2012 Masehi pada 10 Zulhijjah 1433 Hijrah bersamaan 25 Oktober 2012 Masehi, antara petikan titah baginda:
"Salah satu contoh paling tepat lagi mustahak untuk disegerakan dalam perkara membaiki imej bandar dan malah negara seluruhnya ialah, pada hari Jumaat, diwaktu atau jam yang bersesuaian, semua premis perniagaan bisaitah ditutup buat sementara waktu, sehingga selesai menunaikan sembahyang fardhu Jumaat".
Pada menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizaddien Wadaulah, Sultan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tersebut, Kementerian Hal Ehwal Ugama dalam negeri melalui jabatn-jabatan Daerah dan Jabatan Bandaran telah mengeluarkan arahan supaya semua premis perniagaan dan pejabat, pusat-pusat hiburan, rekreasi dan sukan, termasuk pawagam dan padang permainan, gerai/ tamu, pasar dan gedung-gedung perniagaan dibawah kawalan Lembaga Bandaran Bandar Seri Begawan hendaklah ditutup pada hari-hari Jumaat mulai jam 12 tengah hari hingga jam 2 petang. Arahan penutupan berkuatkuasa mulai hari Jumat 18 Zulhijjah 1433 Hijrah, bersamaan 2 November 2012 Masihi.
Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizaddien Wadaulah, Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mengenai penutupan sementara premis perniagaan pada hari Jumaat ini hendaklah kita junjung tinggi dan taati kerana mentaati perintah ulil Amri adalah wajib sebagaimana firman Allah Subhanahu Wataala dalam surat An-Nisa ayat 59 tafsirnya: "Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul Allah dan kepada ulil amri (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu".
Sesungguhnya arahan penutupan sementara bagi sembahyang fardhu Jumaat adalah salah satu tindakan yang baik bagi memelihara kesucian agama dan negara serta memberikan imej keislaman sesuai dengan falsafah negara kita 'Melayu Islam Beraja' dan bagi mencapai hasrat untuk menjadikan negara ini sebuah negara zikir.
http://www.religious-affairs.gov.bn/
http://www.bt.com.bn/news-national

Zulfarizan Zakaria "FABI
AYYI AALA IRABBIKUMA TUKAZZHIBAN" = Nikmat Tuhan Manakah Yang Engkau
Hendak Dustakan?........muhasabah buat diri kite ni belake kerana Allah
S.W.T.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan