بِسْمِ
اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
, الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ
وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ
الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ
الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
. 006. Nota Buat Pengunjung Blog.. KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™.
"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH KESENANGAN YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185]
"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH KESENANGAN YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185]
FIRMAN ALLAH S.W.T., YANG BERMAKSUD: Wahai
orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada
kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib
(yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan
kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah
pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa
yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami
telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya
(memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120]
Kelajuan Bukan Faktor Utama Kemalangan, Rakyat Terus Diperangkap!
telokbakong.blogspot
milosuam.blogspot
Kelajuan Bukan Faktor
Utama Kemalangan, Rakyat Terus Diperangkap!
Syukurlah, walaupun sedikit demi sedikit
kesabaran di bulan puasa ini tergugat, dek kenaikkan harga ayam, kenaikkan harga
sayur, kenaikkan harga gas dan sebelum itu kenaikkan harga tiket bas, akhirnya
ada juga penurunan yang diumumkan baru-baru ini. Daripada 110 turun menjadi 100,
dari 90 turun menjadi 80, ini cukup bermakna buat semua pengguna jalanraya
sempena musim perayaan.
Kononnya, demi mengurangkan statistik kadar
kemalangan jalanraya di musim raya, halaju kebangsaan diberi diskaun oleh pihak
kerajaan. Hanya seratus kilometer sejam sahaja kelajuan maksimum di seluruh
rangkaian lebuhraya seantero Malaya, rangkaian lebuhraya yang dikatakan terbaik
di dunia. Hanya 100km/j untuk semua jenama kereta.
Persoalannya, benarkah
kelajuan itu faktor utama kemalangan jalanraya di Malaysia? Atau sebenarnya
penurunan hadlaju kebangsaan ini sebuah skim cepat saman?
Dalam pengamatan saya, kesusahan dan
kesengsaraan rakyat adalah sebenarnya antara faktor utama kemalangan jalanraya,
bukan faktor kelajuan semata-mata. Tipikal rakyat Malaysia khususnya yang telah
berkahwin dan punyai anak, walau macamana susah dan sempitnya kehidupan, hari
raya wajib disambut. Hari raya tidak bermakna tanpa balik kampung, tidak kira
samada kampung suami ataupun isteri. Biasanya dua-dua kampung menjadi destinasi,
yang kerap menjadi titik perbalahan adalah untuk memilih kampung siapa di malam
dan pagi raya pertama.
Bila ekonomi rakyat tidak seberapa, kenaikkan
kos sara hidup tidak terkawal, maka rakyat perlu memilih risiko balik kampung
dalam keadaan kondisi kenderaan yang 'longgar'. Jika selenggara sekalipun,
lazimnya rakyat akan tanya apa yang murah untuk tayarnya, untuk minyak hitamnya,
untuk keperluan 'spare-part'nya demi menjimatkan kos. Jika ada bahagian yang
perlu ditukar atau diperbaiki, maka tangguhlah dulu kerana rakyat nak balik
raya, banyak kosnya. Ketika ini juga tayar terpakai cukup laris di pasaran. Ori
atau lokal, untuk jimat kos, ambillah lokal. Kalau ada tiruan, ambil
tiruan.
Risiko ini diambil bukan memperjudikan
keselamatan sendiri sahaja, tetapi juga nasib pengguna jalanraya yang lain.
Akibat penyelenggaraan kenderaan yang sangat tidak sempurna, jalanraya menjadi
medan bahana biarpun tanpa kelajuan.
Rakyat yang tertekan dengan sosial kehidupan
seperti masalah kewangan yang membawa kepada masalah rumahtangga, akan lebih
banyak berkhayal ketika memandu. Tidak fokus ketika memandu dan boleh
menyebabkan kecelakaan.
Skop penyelenggaraan kenderaan secara tidak
selamat ini juga bukan dipraktik dari kalangan individu sahaja, malah pengusaha
bas, pengusaha lori juga akan memilih jalan penjimatan yang sama demi
mengurangkan kos untuk menjana sedikit lebihan keuntungan. Tayar celup pun tidak
mengapa, asal barang boleh jalan.
Berapakah banyaknya
kenderaan yang tidak berada dalam kondisi yang baik di atas jalanraya ketika
ini?
Dalam masa yang sama, rakyat mencari duit lebih
untuk sambut Aidilfitri, maka kerja pun lebih masa. Bagi pemandu bas dan lori,
trip juga perlu lebih dari biasa dan untuk ambil trip lebih dari biasa, perlukan
tenaga tahan mengantuk yang luar biasa. Di sini juga jalanraya terdedah kepada
bahaya akibat pemandu yang mengantuk dan tidak cukup kuderat kerana telah
mengulang trip dalam hari yang sama. Ini lebih seram, lori dan bas bergerak
secara automatik sekali sekala tanpa pemandu.
Rakyat mencari sesuap nasi, mana-mana
kontraktor kelas rendah perlu belajar rasuah untuk dapat sub-projek, projek
tampal jalan seumpamanya. Tetapi oleh kerana sudah keluar kos luar jangka untuk
dapat projek, maka kos tar berkualiti untuk menampal jalan juga terpaksa
dikurangkan. Akhirnya jalan kembali berlubang juga dalam tempoh masa yang tidak
dijangka, jauh lebih awal dari sepatutnya. Lihatlah bagaimana jalanraya di
negara ini banyak berlubang, walaupun telah ditampal, jalan tetap kembali
berlubang.
Cuma lebuhraya menjadi pilihan yang lebih
selamat berbanding jalan biasa. Lebuhraya tidak berlubang, hanya berlendut dan
kurang rata. Namun bagi rakyat yang menghargai masa dan wang ringgit, apakah
berbaloi untuk membayar tol dalam keadaan kesesakkan lebuhraya yang melampau?
Jika duit bukan soal, pasti tiada masalah untuk bayar tol walaupun lalulintasnya
tidak lancar sepanjang jalan.
Percayalah, jika rakyat tidak susah,
'spare-part' tiruan dan tayar terpakai tidak akan laku di pasaran maka jalanraya
lebih selamat. Jika rakyat ada kemampuan, pemandu bas dan lori tidak ambil trip
lebih dari sepatutnya, lebih baik duduk rumah rehat dan bermain dengan anak,
maka jalanraya lebih selamat.
Bukan sahaja jalanraya lebih selamat, malah
jalanraya akan lebih berkualiti, mampu dicengkam oleh tayar dan tidak berlubang
sekiranya rakyat tidak memberi dan menerima rasuah, yang juga berpunca dari
kehidupan yang sempit. Tiada lagi rakyat yang tertekan ketika memandu, jika
kehidupan berjalan baik tanpa masalah kewangan dan seterusnya rumahtangga
aman.
Kerana itu saya katakan, kesusahan dan
kesengsaraan rakyat menjadi punca utama mengapa jumlah kemalangan jalanraya di
negara ini meninggi setiap tahun. Statistik kemalangan tidak mampu dikurangkan
melainkan berlaku revolusi rakyat, di mana ketika itu rakyat senang dan tenang
dengan kualiti kehidupan yang baik. Hidup ketika itu juga tidak dalam
tergesa-gesa seperti hari ini, malah rakyat tidak perlu diugut supaya
dikurangkan kelajuan. AES juga tidak perlu ketika itu.
Justeru itu, saya menilai bahawa tindakan
kerajaan menurunkan halaju kebangsaan sebenarnya untuk
perangkap rakyat, bukan untuk mengurangkan statistik kemalangan jalanraya.
Tiada hujah kukuh yang mengatakan kelajuan faktor utama
kemalangan.
Apakah dalam notis yang singkat, semua pemandu
akan menyedari bahawa halaju kebangsaan telah dikurangkan bermula hari ini?
Apakah ada papantanda sementara di sepanjang jalan? Bukan semua orang tengok
berita, dan bukan semua orang maklum penurunan ini, ia perangkap!
Bermula hari ini hingga 18 ogos, semua mesin
kamera AES akan menjalankan operasi 'menjala' dan 'memukat', tidak lagi
memancing. Inilah yang dinamakan Skim Cepat Saman, kita sangka kita patuh halaju
kebangsaan, rupa-rupanya kita terlebih 10km/j. Maka penuhlah kantung kerajaan
untuk bayar BRIM tahun hadapan.
EDY NOOR REDUAN
Aktivis Blogger
Solidariti Anak Muda Malaysia
(SAMM)
Zulfarizan Zakaria "FABI
AYYI AALA IRABBIKUMA TUKAZZHIBAN" = Nikmat Tuhan Manakah Yang Engkau
Hendak Dustakan?........muhasabah buat diri kite ni belake kerana Allah
S.W.T.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan